Jumaat, 24 April 2026

AMERIKA WAJIB TERUS SERANG ISLAMIK REPUBLIK IRAN !!!


AMERIKA WAJIB

TERUSKAN PERANG

AMIN

ISLAMIK REPUBLIK

IRAN MASIH

 TAK RUNTUH

AMIN

SENJATA IRAN

MASIH BANYAK

AMIN

KERAJAAN MAKIN

KUKUH & ISLAM

MAKIN TERSEBAR

AMIN

INI BAHAYA UNTUK

ZIONIS ISRAEL

BARUA ARAB &

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS


Had berakhir 1 Mei, Trump perlu pilih tamatkan atau teruskan perang

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syrikat (AS), Donald Trump, kini berdepan tekanan politik yang semakin meningkat apabila tempoh 60 hari di bawah undang-undang kuasa perang AS hampir tamat.

Dilema itu secara langsung memaksa keputusan sama ada pentadbiran Trump menamatkan konflik di Iran atau mendapatkan kelulusan Kongres.

Konflik yang bermula pada 28 Februari itu dimulakan tanpa kelulusan Kongres, dengan Trump menyatakan beliau bertindak atas kuasa sebagai panglima tertinggi bagi melindungi kepentingan strategik AS serta sekutu di Asia Barat.

"Tindakan ini diambil bagi mempertahankan kepentingan negara dan sekutu serantau, termasuk Israel," katanya sebelum ini.

Di bawah Akta Kuasa Perang 1973, presiden dibenarkan mengerahkan tentera tanpa kelulusan Kongres selama 60 hari sebelum perlu menarik balik pasukan atau mendapatkan kebenaran rasmi.

Trump memaklumkan Kongres mengenai operasi itu pada 2 Mac, sekali gus menetapkan tarikh akhir pada 1 Mei.

Tarikh itu kini dilihat sebagai titik penting yang boleh mengubah sokongan politik terhadap perang terhadap Iran.

Walaupun Republikan sebelum ini menyekat usaha Demokrat untuk menghentikan perang, beberapa ahli parti itu mula menunjukkan pendirian lebih tegas.

Parti Demokrat berulang kali cuba menggunakan peruntukan dalam Akta Kuasa Perang untuk menghentikan konflik, namun gagal apabila usul mereka disekat oleh Republikan di Senat.

Ini adalah kali kelima usaha tersebut gagal sejak perang bermula dan tarikh akhir 60 hari dijangka meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Trump dalam beberapa minggu akan datang, lapor The New York Times.

Selepas tempoh 60 hari tamat, pilihan presiden menjadi lebih terhad. Trump perlu sama ada mendapatkan kelulusan Kongres, mula mengurangkan pembabitan tentera, atau menggunakan lanjutan 30 hari yang dibenarkan undang-undang bagi tujuan pengunduran pasukan.

Bagaimanapun, lanjutan itu tidak membenarkan operasi serangan ketenteraan diteruskan. Hanya Kongres mempunyai kuasa untuk meluluskan penggunaan kekuatan ketenteraan melalui undian.

Namun, tidak jelas sama ada terdapat sokongan mencukupi dalam kalangan Republikan untuk menyokong langkah itu.

Kali terakhir Kongres meluluskan penggunaan kekuatan ketenteraan adalah pada 2002, semasa perang Iraq.

Walaupun undang-undang menetapkan had masa, pentadbiran presiden sebelum ini sering berhujah bahawa Perlembagaan memberikan kuasa luas kepada presiden sebagai panglima tertinggi.

Sebagai contoh, Presiden Barack Obama pernah meneruskan operasi ketenteraan di Libya melepasi tempoh 60 hari pada 2011 dengan alasan undang-undang itu tidak terpakai dalam keadaan tertentu.

Trump sendiri pernah mencabar undang-undang itu pada 2019 apabila menggunakan kuasa veto terhadap resolusi bipartisan berkaitan konflik di Yaman.

Penganalisis menjangkakan bahawa mengabaikan tarikh akhir kali ini boleh membawa kesan politik yang lebih besar.

Berikutan tarikh akhir semakin hampir, pentadbiran Trump kini berada di persimpangan penting antara meneruskan konflik atau mencari penyelesaian politik.

Walaupun sokongan politik masih wujud, tekanan daripada undang-undang dan kerumitan dalaman Kongres menunjukkan bahawa perang di Iran kini bukan sahaja isu ketenteraan, tetapi juga ujian terhadap keseimbangan kuasa dalam sistem politik AS. - AGENSI






 

Tiada ulasan: