IRAN UCAP
SELAMAT DATANG
SILA MASUK !!!
AMIN
INI BERITA BAIK
ASKAR MASUK
MAYAT KELUAR
KAH KAH KAH
VIETNAM IRAQ
AFGHANISTAN
SEKALI LAGI
AMIN
DUNIA DAH LAMA
TUNGGU NAK LIHAT
KERANDA SAMPAI
DI KEM ASKAR
KAH KAH KAH
KHALAS
AS pertimbang hantar tentera darat ketika perang Iran masuk fasa baharu
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sedang mempertimbangkan kerahan ribuan tentera AS bagi memperkukuh operasinya di Asia Barat.
Perkembangan itu berlaku ketika tentera AS bersiap sedia untuk langkah seterusnya dalam kempen menentang Iran, kata seorang pegawai AS dan tiga individu yang arif mengenai perkara itu.
Penempatan itu berpotensi memberi Trump lebih banyak pilihan ketika beliau membuat pertimbangan untuk memperluas operasi AS, dengan perang Iran kini memasuki minggu ketiga.
Pilihan itu termasuk memastikan laluan selamat bagi kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz, satu misi yang dijangka dilaksanakan terutama melalui kekuatan udara dan laut, menurut sumber.
Namun, usaha mengawal selat itu juga boleh membabitkan penempatan tentera AS di pesisir Iran, kata empat sumber termasuk dua pegawai AS.
Reuters merahsiakan maklumat sumber bagi membolehkan mereka bercakap mengenai perancangqan ketenteraan.
Pentadbiran Trump turut membincangkan pilihan untuk menghantar pasukan darat ke Pulau Kharg, iaitu hab bagi 90 peratus eksport minyak Iran, menurut tiga sumber dan tiga pegawai AS.
Seorang pegawai menyifatkan operasi itu sebagai sangat berisiko kerana Iran mampu menyerang pulau berkenaan menggunakan peluru berpandu dan dron.
AS sebelum ini melancarkan serangan ke atas sasaran ketenteraan di pulau itu pada 13 Mac dan Trump turut mengancam untuk menyerang infrastruktur minyak utama Iran.
Namun, memandangkan peranan pentingnya kepada ekonomi Iran, mengawal pulau itu dilihat sebagai pilihan lebih baik berbanding memusnahkannya, kata pakar ketenteraan.
Sebarang penggunaan tentera darat AS, walaupun untuk misi terhad, berpotensi membawa risiko politik yang besar kepada Trump.
Ini berikutan sokongan awam di AS yang rendah terhadap kempen Iran serta janji kempen beliau untuk mengelakkan pembabitan perang baharu di Asia Barat.
Pegawai pentadbiran Trump turut membincangkan kemungkinan mengerahkan pasukan AS untuk mengawal stok uranium yang diperkaya milik Iran, kata seorang sumber.
Sumber berkenaan tidak menjangka penempatan tentera darat di mana-mana kawasan di Iran akan berlaku dalam masa terdekat, namun enggan mengulas lanjut mengenai perancangan operasi AS.
Pakar berkata usaha mengawal simpanan uranium Iran adalah amat rumit dan berisiko tinggi, walaupun bagi pasukan operasi khas AS.
Seorang pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali berkata, tiada keputusan dibuat untuk menghantar tentera darat ketika ini, namun Presiden Trump bijak mengekalkan semua pilihan di tangannya.
"Presiden memberi tumpuan untuk mencapai semua objektif yang ditetapkan dalam Operasi 'Epic Fury'.
"Ini termasuk memusnahkan keupayaan peluru berpandu balistik Iran, melumpuhkan angkatan lautnya, memastikan proksi pengganas tidak menggugat kestabilan serantau, serta menjamin Iran tidak akan memiliki senjata nuklear", kata pegawai terbabit. – REUTERS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan