Khamis, 19 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

KHAMIS 19  MAC 2026

PUASA HARI KE 29

PERANG HARI KE 20


MINYAK OOOH MINYAK
KAH KAH KAH – Berita baik untuk syarikat minyak – dalam tiga minggu ini  syarikat minyak mendapat keuntungan berbilion dolar. Yang parah orang ramai.

Perang berterusan. Iran TOLAK GENCATAN SENJATA . Trump gelabah. Setanyahu lesap – kah kah kah. Ini keadaan  dan tanda amat baik untuk keruntuhan ekonomi kapitalis Amerika.

ISLAMIK REPUBLIK IRAN telah menunjukkan pada dunia bahawa di bawah GARIS ISLAM – Iran telah membuktikan keunggulan teknologi senjata. Keunggulan bala tentera Iran. Keterampilan pimpinan politik dan militer Iran.

IRAN NEGARA   SELANATN GAGAH BERANI BANGUN MELAWAN -  ISRAEL DAN AMERIKA  - dua negara ini yang terkuat – yang memiliki senjata nuklear – tapi negara  IRAN  TIDAK GENTAR malah kini menjadi contoh untuk diikuti oleh semua negara SELATAN  yang anti Amerika – anti imperialis  dan anti kapitalis.

Rakyat dunia KAGUM DENGAN IRAN – anak muda GenZee kini melihat Iran sebagai negara contoh. Anak muda dari London Paris New York Melbourne  Berlin – turun ke jalan raya – bersetia kawan dengan IRAN.

NEGARA  ARAB BARUA AMERIKA akan mengalami perubahan – satu politik baru akan muncul – Raja dan kaum feudal Arab  akan di humbankan ke dalam TONG SAMPAH SEJARAH.

Sejarah menunjukkan kaum feudal ini amat setia  menjadi Barua dan Budak Suruhan Amerika dan Zionis Israel.

ZIONIS ISRAEL INI SEDANG  TERDESAK – tapi awas !!! AWAS DENGAN ZIONIS TEMPATAN – mereka juga bersedia jadi barua dan alat kepada Amerika  dan Israel. 

NOTA ; Dua buah kapal  PENYAPU PERIUK API milik Navy Amerika telah berlabuh di Butterworth. Mereka baru selesai bertugas di Teluk Parsi. 

INI TANDA ZIONIS TEMPATAN MEMBERI LALUAN KEPADA  KAPAL INI. Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Langit biru berawan putih yang nipis. Kemarin hujan gagal. KL & KL Sentral berkabus.

Di Pintu Masuk gua dengar suara How Wow – gua dengar juga suara Terkukur. Cengkerik senyap. 

Di lorong masuk  gua dah ternampak Emak dan keluarga Siti datang menyongsong. Haha  Ibu Itam pun ada sama. Dia menyalak tapi nak datang sama makan.

Pagi ini ramai yang datang makan. Jantan Putih pun ikut sama. Jantan putih ini jantan baik. Dia  dan Siti mengekor gua hingga ke Wakaf Ketiga 

Jantan Putih bermain dan  bergurau dengan Tak Tak. Sesekali agak kasar – mungkin tergigit lalu menjerit – kah kah kah.

Pulang ke Wakaf Pertama Jantan Baik dah menunggu. Pagi ini Tiong Laki Bini tidak muncul. Maka Siti, Jantan Putih dan Jantan Baik  dapat Friskies   banyak – kerana yang lain dah lesap kenyang makan nasi.

Hari ini akan panas. Tak Taka dah berjemur di balkoni  – tapi gua harap petang tak hujan. Pasti  banyak Bazar Ramadan dah tak niaga lagi – hari hari akhir bulan puasa.’

BILA RAYA? Gua harap HARI SABTU – baru cun! Amin

BRO 
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

Memerang  mandi di Sungai Beruas
Ambil parang dari  sawah
Perang Iran terus meluas
Perang dunia akan pecah

Baju lusuh perlu di seterika 
Kurnia hadiah Radin Galuh
Iran  gagah lawan  Amerika
Dunia melihat sebagai contoh 

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan: