DI PUKUL POLIS
TUDUHAN BERAT
AMIN
SAPA NAMA
JANTAN INI ?
AMIN
NAMA PEGUAM
ADA DILAPOR
AMIN
DIA DATUK KE
ATAU ANAK
TAN SERI
KAH KAH KAH
KHALAS
Seorang lelaki yang ditahan dalam kes serangan terhadap S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai "Cikgu Chandra", mendakwa anggota polis memukulnya ketika berada dalam tahanan.
Malaysiakini difahamkan lelaki berusia 40 tahun dan bekerja sebagai operator trak tunda itu membuat laporan polis semalam, dengan mendakwa dia dipukul beberapa kali oleh pegawai polis semasa soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
Dia mendakwa sekurang-kurangnya dua anggota polis menggunakan kasut but untuk memukul kepalanya, manakala seorang lagi meletakkan pensel di antara jari kakinya dan memulasnya, sehingga dia menjerit kesakitan.
"Tangan saya yang digari di bahagian belakang telah dipijak oleh beberapa anggota polis dengan kuat sehingga saya menjerit kesakitan.
"Pada masa yang sama seorang anggota/pegawai juga telah berdiri di atas kaki kanan dan kiri saya di mana kaki kaki saya masih ada kesan pijakan
"Saya juga telah ditampar sebanyak sekali oleh siapa saya tidak pasti. Saya juga telah diberikan kejutan elektrik di bahagian telinga kanan sebanyak sekali oleh anggota yang saya tidak Pasti siapa memandangkan mata saya telah ditutup,” katanya dalam laporan yang dilihat Malaysiakini.
Mangsa berkata pegawai yang melakukan penderaan didakwa itu termasuk seorang Melayu dan seorang bukan Melayu.
Lelaki itu mendakwa polis menyiksanya untuk memaksa dia mengaku terhadap kesalahan tersebut.
Peguamnya, S Vinesh, memberitahu Malaysiakini bahawa laporan itu dibuat di Subang Jaya sejurus selepas anak guamnya dibebaskan daripada tahanan polis semalam.
Mereka juga merancang untuk membuat aduan kepada Suhakam, tambahnya.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan lelaki itu.
“Ya, saya boleh sahkan bahawa polis telah menerima laporan dan kami sedang menyiasat,” katanya dalam kiriman teks.
Suspek merupakan antara 12 individu yang telah ditahan polis setakat ini berhubung insiden yang melibatkan Chandrasegaran awal bulan ini.
Pada 10 Mac, Malaysiakini melaporkan tiga kereta milik Chandrasegaran dibakar dalam kejadian awal pagi di kediamannya.
Sehari sebelumnya, dia memuat naik video mendakwa pintu rumah dan keretanya telah dirosakkan oleh individu bertopeng dan bersenjatakan parang.
Semalam, Shazeli dalam satu sidang media berkata kesemua 12 suspek berumur antara 30 hingga 40 tahun, termasuk seorang wanita, telah ditahan di beberapa lokasi termasuk Banting, Subang dan Serdang antara Khamis hingga Ahad.
Menurut Shazeli, polis telah mengenal pasti tujuh daripada suspek tersebut mempunyai kaitan langsung dengan insiden berkenaan, termasuk dalang utama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan