Khamis, 19 Mac 2026

DIESEL MAKIN. MAHAL - HARGA BARANG PASTI NAIK


DIESEL NAIK

HARGA KERANA

 PERANG

AMIN

PUNCA PERANG

AMERIKA ISRAEL

AMIN

HAPUSKAN AMERIKA

PADAMKAN ISRAEL

JALAN TERBAIK

AMIN

SABSIDI LANGKAH

SEMENTARA 

AMIN

SABSIDI  PERLU

DANA BANYAK

AMIN

CARA TERBAIK

CUKAI YANG KAYA

KHALAS

Lonjakan harga diesel: Kerajaan perlu lakukan intervensi segera -MCA

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengambil langkah intervensi dasar bagi menangani impak lonjakan harga bahan api kepada rakyat dengan segera.

Ini termasuk mengkaji semula mekanisme penetapan harga bahan api dan memperkenalkan langkah penstabilan seperti had harga atau dana penampan ketika tempoh ketidaktentuan, kata Naib Presiden MCA, Ir Lawrence Low.

“Harga diesel melonjak mendadak secara kumulatif sebanyak RM1.60 dalam tempoh hanya dua minggu, keadaan ini amat membimbangkan.

“Kenaikan pantas ini berisiko menolak kos pengangkutan ke tahap yang sukar dikawal, sekali gus mencetuskan kesan berantai ke seluruh ekonomi. Jika kerajaan gagal bertindak segera, keadaan ini boleh berkembang menjadi krisis inflasi yang lebih meluas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Lawrence turut mencadangkan agar kerajaan memperluas subsidi diesel dan mensasarkannya dengan lebih baik bagi menyokong pengendali pengangkutan, sektor pertanian dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dengan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi mengelakkan ketirisan.

Beliau juga menyarankan agar pakej bantuan kos logistik, termasuk insentif cukai atau rebat dilaksanakan di samping menyediakan sokongan kecemasan kepada PKS seperti pinjaman faedah rendah, penangguhan bayaran balik dan pelepasan cukai juga amat penting.

Pihak berkuasa pula tegas beliau, mesti memperkukuh pemantauan harga bagi mengelakkan pengambilan keuntungan berlebihan, di samping mempercepatkan reformasi tenaga jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api.

“Keadaan ini tidak boleh ditangguhkan. Hanya dasar yang tegas, bersasar dan berkesan mampu menstabilkan harga, melindungi perniagaan dan menjaga kelangsungan hidup rakyat,” katanya lagi.

Lawrence yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi & PKS MCA menegaskan, diesel merupakan komponen penting bagi sektor utama termasuk logistik, pembinaan, pertanian dan rantaian bekalan makanan.

Apabila harga diesel meningkat ia bukan sahaja menjadi isu kenaikan kos pengangkutan tetapi mencerminkan peningkatan menyeluruh dalam struktur kos ekonomi. Harga makanan, barangan keperluan harian dan perkhidmatan akan meningkat, tanpa terkecuali.

Katanya, PKS menjadi sektor paling terjejas kerana ketika ini ramai yang sudah beroperasi dengan aliran tunai ketat dan margin keuntungan yang tipis dan sekarang terpaksa berdepan pilihan sukar sama ada menyerap kos yang meningkat atau memindahkannya kepada pengguna.

Keadaan ini  menurut beliau, boleh membawa kepada penutupan perniagaan atau pemberhentian pekerja, sekali gus menjejaskan peluang pekerjaan.

“Pada masa sama, pertumbuhan gaji terus ketinggalan berbanding kenaikan kos sara hidup, memberi tekanan yang semakin meningkat kepada isi rumah dan berpotensi meningkatkan kebimbangan sosial serta ketidakstabilan ekonomi.

“Walaupun kerajaan telah memperkenalkan langkah seperti menggalakkan kerja dari rumah dan amalan penjimatan kos, langkah ini masih bersifat dangkal dan tidak mencukupi untuk menangani punca sebenar masalah,” ujarnya lagi.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi minggu 19 hingga 25 Mac, harga diesel di Semenanjung Malaysia meningkat lagi sebanyak 80 sen, daripada RM3.92 kepada RM4.72 seliter, manakala petrol RON97 naik 70 sen kepada RM4.55. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: