Selasa, 25 November 2014

LAGI LAGU HUTANG








PENGHAPUSAN HUTANG OLEH KERAJAAN SEBANYAK RM876 JUTA

Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini memasukkan dua urusan Kerajaan Persekutuan yang membawa kesan kewangan besar kepada rakyat. Urusan ini adalah dalam bentuk dua usul yang dibawa oleh Menteri Kewangan seperti berikut:

Usul Pertama:
Menteri Kewangan mencadangkan supaya hutang sebanyak RM400 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), ditukar dari hutang kepada ekuiti pada nilai yang sama.

Usul Kedua:
Menteri Kewangan mencadangkan supaya baki hutang sebanyak RM475.59 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), sebuah syarikat dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), ditukar dari hutang kepada ekuiti pada nilai yang sama.

Ini bermakna sejumlah RM876 juta hutang anak-anak syarikat milik Kerajaan Persekutuan dihapuskan begitu sahaja dengan menukarnya kepada pegangan saham atau ekuiti. Akibat tindakan menukar hutang kepada ekuiti seperti ini, Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengutip hutang RM876 juta dari anak-anak syarikat ini sedangkan hutang awal yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada anak-anak syarikat ini tetap perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Lebih membimbangkan, tindakan menukar hutang kepada ekuiti ini membayangkan bahawa anak-anak syarikat ini tidak mampu untuk membayar hutang sehingga perlu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Apabila anak-anak syarikat yang prestasi kewangannya tidak memberangsangkan hingga tidak boleh membayar hutang ini dimiliknegarakan terus dengan cara ini, tanggunggan hutang dan risiko kerugian akan datang kini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Operasi MDV adalah memberi pembiayaan kepada syarikat dan projek teknologi maklumat (IT) dalam bentuk hutang. Kegagalan membayar hutang RM400 juta ini bermakna ada ramai penerima pembiayaan dari kalangan syarikat dan korporat yang gagal membayar hutang dan hutang mereka dilupuskan begitu sahaja.

Keadaannya lebih teruk bagi Prasarana kerana kegagalannya membayar baki hutang sebanyak RM476 juta itu membayangkan operasi Prasarana yang mengendalikan pengangkutan awam di negara ini terus menerus mengalami kerugian.

Oleh itu, saya mengecam tindakan Najib  yang selalu menyembunyikan penghapusan hutang besar negara ini melalui cara menukar hutang kepada ekuiti. Perkara yang sama berlaku dengan anak syarikat 1MDB iaitu SRC International yang telah dipindahmilikkan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) dengan tanggungan hutang RM4 bilion yang diambil dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Dalam keadaan peminjam hutang kecil PTPTN dikejar, subsidi dihapuskan dan rakyat terus dibebankan dengan kos sara hidup, tindakan menghapuskan hutang secara sembunyi seperti ini benar-benar mencabar kesabaran rakyat.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan




-------

4 ulasan:

Awanama berkata...

Apa nk harapkan pada perwakilan bn....semua kaki pengampu....cakap berdegar2 bagai nk rak membodek....tp taik bertaburan kt pungung...itulah perwakilan umno......

Awanama berkata...

Salam TT,

Sedikit Pencerahan.

HUTANG tukar ke EKUITI

EKUITI PEMILIK
Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
Tanggungan perniagaan kepada pemilik;
jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.

Occasionally, a company will need to undergo some financial restructuring to better position itself for long term success. One possible way to achieve this goal is to issue a debt/equity or an equity/debt swap. In the case of an equity/debt swap, all specified shareholders are given the right to exchange their stock for a predetermined amount of debt (i.e. bonds) in the same company. A debt/equity swap works the opposite way: debt is exchanged for a predetermined amount of equity (or stock). The value of the swap is determined usually at current market rates, but management may offer higher exchange values to entice share and debt holders to participate in the swap. After the swap takes place, the preceding asset class is canceled for the newly acquired asset class.

There are many possible reasons why management would wish to restructure a company's finances. One possible reason may be that the company must meet certain contractual obligations, such as a maintaining a debt/equity ratio below a certain number, or a company may issue equity to avoid making coupon and face value payments because they feel they will be unable to do so in the future. The contractual obligations mentioned can be a result of financing requirements imposed by a lending institution, such as a bank, or may be self-imposed by the company, as detailed in the company's prospectus. A company may self-impose certain valuation requirements to entice investors to purchase its stock.


AKHIRNYA 2K = Kuat Kencing.

SEMUA INGIN TIPU MELAYU.

MELAYU TIPU MELAYU Bhd (MTM)!!!

Awanama berkata...

satu lagi projek tipu melayu!kah..kah..kah...

Awanama berkata...

Minggu bebudak Bahalol jadi Lembu telah tiba.... Ketahui lah , lembu lembu kaki dua ber kepala Melayu dan Mamak adalah jijik se jijik ciptaan Tuhan.

Nasib baik Lembu2 pakai baju kalau tak boleh buta mata kalau tengok nya...