Ahad, 3 Mei 2015

KE RUMAH PASONG LAGI


SABTU, 2 MEI 2015 @ 4:38 PM Rafizi Ramli, 

Hishamuddin Rais ditahan polis berkaitan Bantah GST

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/52354



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan aktivis pembangkang Hishamuddin Rais ditahan Polis Kuala Lumpur, tengah hari tadi kerana dipercayai terbabit dalam perhimpunan dan perarakan Bantah GST di sekitar ibu negara semalam. Rafizi ditahan pada jam 2 petang sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan semalam, manakala Hishamuddin ditahan di rumahnya di Jalan Syed Putra, di sini, pada jam 2.40 petang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/52354


KAH KAH KAH

woit
gwa bukan 
aktivis pembangkang
gwa aktivis
anti -kerajaan
berapa kali gwa
nak bilang
KAH KAH KAH

NOTA
itu gambar kenangan
topi gwa yang hilang
ketika  diculik dahulu

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar , batu nesan tetap tegak

Bebudak bahalol mentedarah harta rakyat tak ke mana jugak. Masa nak KIOK burok rupa nya...