Rabu, 29 April 2026
HARI HARI AKHIR SEKOR MB ATU SEKOR YAMTUAN ?
HARI HARI
AKHIR SEKOR MB
ATAU HARI HARI
AKHIR SEKOR
YAMTUAN
AMIN
BIAR MATI MADANI
JANGAN MATI ADAT
KHALAS
Undang NS, Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar sekali lagi bersidang
Kemelut yang melanda Negeri Sembilan terus mencuri perhatian apabila Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar sekali lagi mengadakan pertemuan, dipercayai bagi membincangkan perkembangan terkini krisis yang semakin meruncing.
Pertemuan tersebut berlangsung di Balai Undang Luak Sungei Ujong sekitar pukul 3.30 petang sebelum berakhir kira-kira pukul enam petang, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju seterusnya konflik berkenaan.
Tokoh-tokoh adat yang hadir termasuk empat Undang iaitu Datuk Klana Petra Mubarak Dohak (Sungei Ujong); Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Maarof Mat Rashad (Jelebu); Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Muhammad Abdullah (Johol); serta Datuk Sedia Raja Abdul Rahim Yasin (Rembau). Turut serta ialah Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri dan Baharudin Abdul Khalid.
Bagaimanapun, kenyataan ringkas daripada Undang Luak Johol dilihat belum cukup meredakan spekulasi.
"Bincang anak-beranak saja," kata Muhammad sebelum ini meninggalkan Balai Undang Luak Sungei Ujong, Seremban.
Di sebalik penjelasan tersebut, situasi sebenar di negeri itu menunjukkan krisis yang jauh lebih kompleks. Negeri Sembilan kini berdepan ketegangan melibatkan institusi adat dan pentadbiran kerajaan negeri, yang berkembang menjadi polemik perlembagaan dan undang-undang yang serius.
Krisis ini bermula daripada isu pelucutan jawatan adat, sebelum berkembang sehingga menggugat kedudukan kepimpinan negeri termasuk jawatan menteri besar.
Pada 17 April, Mesyuarat Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di Istana Besar Seri Menanti mengesyorkan agar Datuk Klana Petra Mubarak Dohak ditamatkan perkhidmatan sebagai Undang Luak Sungai Ujong, dengan 33 alasan pelanggaran adat dikemukakan bagi menyokong tindakan tersebut.
Dua hari kemudian, pada 19 April, keadaan menjadi lebih tegang apabila empat individu bergelar Undang mengumumkan "pemecatan" Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar, serta cubaan menabalkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pengganti.
Namun, kesahihan tindakan itu segera dipersoalkan memandangkan pengumuman tersebut dibacakan oleh Mubarak yang ketika itu statusnya sebagai Undang juga dipertikaikan.
Pada 20 April, pihak Istana bersama DKU secara rasmi mengesahkan pemberhentian Mubarak. Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menegaskan cubaan menjatuhkan Tuanku Muhriz adalah tidak sah kerana dilakukan oleh individu yang tidak lagi mempunyai autoriti dalam institusi adat.
Krisis ini kemudiannya memasuki dimensi politik apabila tiga ahli DKU mempertikaikan kenyataan menteri besar berhubung pemecatan tersebut. Ketegangan memuncak apabila satu surat tuntutan dihantar oleh pihak Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang mendesak agar Aminuddin meletakkan jawatan.
Perkembangan terbaharu ini menunjukkan konflik yang pada awalnya berakar daripada isu adat kini telah meluas menjadi krisis pelbagai dimensi, melibatkan institusi tradisi, undang-undang dan pentadbiran negeri.
Dalam surat bertarikh 20 April, Undang Yang Empat bersama seorang lagi pembesar negeri, Tunku Besar Tampin, menuduh Aminuddin berbohong dalam kenyataan 17 April apabila mendakwa majlis itu sudah mengesahkan pemecatan Mubarak sebagai Undang.
Pemimpin berkenaan mendakwa ahli majlis yang hadir pada sidang tersebut tidak mencapai sebarang keputusan sepakat dan sebulat suara.
Bekas menteri besar, Rais Yatim, pula mendakwa Undang Johol, Jelebu dan Rembau serta Tunku Besar Tampin tidak bersetuju dengan penyingkiran Mubarak.
Sehubungan itu, Rais berpendapat pemecatan Mubarak tidak sah.
Setiausaha Sulit Undang Luak Sungai Ujong, Hanafi Ruzlan pada 24 April lalu mencabar Aminuddin mendedahkan minit mesyuarat yang berlangsung pada 17 April lalu, yang menurutnya menyaksikan keputusan sebulat suara dibuat untuk memecat Mubarak.
APA JADI DENGAN PARTI AMANAH ?
APA SUDAH JADI
PADA AMANAH ?
AMIN
AMANAH BAWA
GARIS ISLAM
PROGRESIF
AMIN
ISLAM MAJU
UNTUK SEMUA
KHALAS
APA
Ketua Pemuda Amanah Perlis umum keluar parti
Ketua Pemuda Amanah Perlis, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan keputusan untuk meninggalkan parti itu, sekali gus melepaskan semua jawatan yang disandang.
Dia berkata langkah tersebut dibuat selepas melalui pertimbangan yang disifatkan sebagai panjang dan mendalam, khususnya melibatkan peranan sebagai pemimpin muda serta hala tuju perjuangan politik yang ingin diteruskan.
"Sepanjang tempoh saya bersama Amanah, saya berusaha sedaya upaya untuk menyumbang kepada pembangunan parti, memperkukuh suara anak muda serta mendekati masyarakat melalui pelbagai inisiatif khususnya dalam bidang kesihatan dan kebajikan rakyat.
"Namun, saya melihat terdapat jurang yang semakin ketara antara prinsip perjuangan yang saya pegang dengan pendekatan serta keutamaan semasa dalam landskap politik yang sedang dilalui.
"Sebagai seorang pemimpin muda, saya percaya bahawa kepimpinan bukan sekadar soal kedudukan, tetapi soal keberanian untuk kekal berpegang kepada prinsip, integriti dan tanggungjawab terhadap rakyat," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Selain mengetuai Pemuda Amanah Perlis, dia turut memegang beberapa peranan lain dalam parti termasuk sebagai ketua Pemuda Amanah Kangar serta ketua Biro Kesihatan Pemuda Amanah Nasional.
Ahmad Fadhzil yang juga bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata keputusannya untuk berundur bukan sahaja melibatkan jawatan, malah keahlian parti secara keseluruhan.
Tumpu usaha selari perjuangan
Menurutnya, keputusan tersebut diambil bagi membuka ruang kepada kepimpinan lain meneruskan agenda parti, di samping membolehkannya memberi tumpuan kepada usaha yang lebih dekat dengan masyarakat.
"Di samping itu membolehkan saya menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha yang lebih dekat dengan masyarakat dan selari dengan prinsip perjuangan saya.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pimpinan, rakan seperjuangan serta anggota parti di semua peringkat atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perjalanan ini," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda berkata pihaknya mengambil maklum pengumuman pengunduran Ahmad Fadhzil.
Katanya, Pemuda Amanah Perlis akan terus diperkemas dan langkah segera akan diambil untuk urusan penubuhannya secara rasmi dengan kepimpinan baru.
“Saya menghormati keputusan beliau dan merakamkan ucapan penghargaan atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berada dalam parti,” katanya.
HARI HARI AKHIR SAEKOR DOLAR
1 MEI 2026 UAE
KELUAR DARI OPEC
AMIN
JUAL BELI MINYAK
TAK LAGI GUNA DOLAR
KHALAS
AGAMA ITU KEPERCAYAAN
AGAMA IALAH
KEPERCAYAAN
AMIN
MASA KECIL LU
DITAKUTKAN DENGAN
SEKSA LEPAS MATI
AMIN
LU JADI TAKUT
LU PERCAYA
LU IKUT PATUH
AMIN
BILA LU MEMBACA
LU MULA BEFIKIR
LE JADI BERANI
LU TAK PERCAYA
LU JADI BAHAYA
AMIN
JIKA LU TAK CAYA
LU TAK DAPAT DITIPU
LU AKAN DIHUKUM
KHALAS
Unknown commented on
"BIAR MATI MADANI
JANGAN MATI ADAT"
Saban hari, saban masa, asyik membuat onar, asyik mengacau, asyik menghasut, ini kerja sepenuh masa, orang-orang yang menggelar diri sebagai terpaling hebat, terpaling syumul, terpaling kemanusiaan, terpaling suci dalam debu, manakala yang kafir, yang makan babi, yang main bontot, yang minum arak, tidak begitu buruk perangai,
orang-orang kita terpaling tinggi keburukan, walaupun setiap masa membaca doa, meminta ampun atas segala dosa tetapi meneruskan dosa lagi kah kah kah, pelik kan?
Sehingga lagi banyak mempamerkan diri sebagai alim ulama lagi banyak moral teruk kelakuan buruk, perangai perasuah pencuri penyondol? Kah kah kah lagi hormat kepada peminta sedekah tepi jalan atau orang kurang siuman daripada para pemimpin yang terpaling hipokrit kah kah kah kah lembu
ADAT ITU TANDA SAPA MELAYU
ADAT ITU TANDA
SAPA MELAYU
KHALAS
APO KONO KAU JANG OOOI !
Bulat air kerana pembetung. Bulat manusia kerana muafakat.
Raja memerintah alam. Undang memerintah luak. Lembaga memerintah suku. Buapak memerintah anak buah.
Ini pepatah petitih dalam adat istiadat dan cara sistem penyusunan kepimpinan dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Heboh. Heboh. Heboh Satu Malaysia semua nak tahu apa sedang berlaku di Negeri Sembilan.
Krisis bermula apabila 4 Undang – Jelebu, Johol, Rembau dan Sungai Ujung memecat Tengku Mukhriz yang menyandang gelaran Yamtuan Besar.
Jangan silap faham - betul Mukriz dari keturunan Tengku tapi dia BUKAN RAJA DAN BUKAN SULTAN – dia hanya diangkat dan di nobatkan sebagai YAM PERTUAN oleh empat Datuk Undang.
Kuasa Datuk Undang Berempat ini jelas. Malah Datuk-Datuk Undang ini juga di pilih dan di lantik melalui satu sistem adat yang tersusun.
Di Negeri Sembilan ada 12 suku. Mereka ini berasal dari Minangkabau Sumatera. Ada suku Batu Hampar, Batu Belang, Tiga Batu, Tiga Nenek, Anak Acheh, Anak Melaka. Seri Lemak, Mungkal, Seri Melenggang, Tanah Datar dan Paya Kumbuh.
Yang ke dua 12 Suku Biduanda dari singkatan Benda Raja.
Biduanda ini darah keturunan Sakai. Mereka yang datang dari Minang telah berkahwin dengan Sakai di Negeri Sembilan maka lahir Suku Biduanda.
Justeru hanya Suku Biduanda yang boleh dipilih untuk menjawat Datuk Undang.
Datuk Undang ini pula dipilih oleh Perut -ini ialah keluarga asal. Contohnya di Jelebu ada 3 Perut. Waris Perut Kemin, Perut Sarin dan Perut Ulu Jelebu.
Dato' Undang Yang Empat (Undang Nan Ompek) merupakan gelaran bagi Pembesar Memerintah atau raja bagi luak-luak utama di Negeri Sembilan. Mereka adalah ketua adat pemerintah berdaulat di luak masing-masing dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan adat, terutamanya dalam sistem beraja Negeri Sembilan.
Nama "Negeri Sembilan" berasal daripada gabungan sembilan luak (daerah/negeri kecil) yang diasaskan oleh masyarakat di Sumatera Barat.
Luak-luak asal ini ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, dan Inas, yang bersatu di bawah pemerintahan Yang Dipertuan Besar pertama pada tahun 1773.
Hari ini hanya ada 4 Undang – Jelebu. Johol. Sungai Ujung dan Rembau.
NOTA : Jang oiii... kau jangan lupo .... maso Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 – Tok Undang Ompek Orang ini sain samo macam Rajo-Rajo Melayu yang lain.
Jaaag... Ekau jangan lupo – Agung pertamo untuk Tanah Melayu ialah Yamtuan Bosa Nogori Sembilan – Tengok duit kito - itu muko Agong.. muko Tengku Abdul Rahman. Sampai sekarang pakaian resmi Agong bilo nak bukak Parlimen akan pakai tanjak dan destar ikut caro Nogori Sembilan.
Sekarang telah berlaku krisis. Empat Undang sebulat suara memecat Yang Di Pertuan Besar Tengku Mukriz.
Menteri Besar tak setuju. Sebenarnya MB tak boleh masuk campur. Jawatan MB ini wujud hanya selepas Merdeka. Jawatan MB tidak wujud dalam Adat Perpatih.
MB ini mula campur aduk Adat Perpatih dengan hukum hakam Anglo-Saxon Inggeris bekas penjajah. Maka kini jadi celaru.
Sepatutnya MB terima keputusan Undang Nan Ompek yang telah memecat Tangku Mukriz. Khalas. Tak perlu bawa masuk cerita politik kerana Adat jadi panduan.
Keadaan tambah celaru dan kacau bilau bila para YB dari Barisan Nasional tarik sokongan kepada MB. Dari segi politik maka MB yang ada sekarang tidak ada sokongan dari wakil rakyat.
Ini bermakna wajib di lantik MB baru. Tapi lantikan MB dan Exco baru ini nanti nak angkat sumpah depan siapa ?
Justeru kerajaan PARTI MANA PUN di Negeri Sembilan perlu Yang Di Pertuan Besar Baru – kerana Tengku Mukriz telah di pecat. Dari segi adat Tengku Mukriz bukan lagi YamTuan yang sah dari Adat. Khalas.
BIAR MATI MADANI JANGAN MATI ADAT.
Perkembangan politik dan krisis kepimpinan Negeri Sembilan berterusan. Belum nampak jalan selesai. ( TUNGGU SAMBUNGAN )
KERAJAAN TITAH TAK DI PEDULKAN
DULU MALAON INI
SELALU HEBOHKAN
INI KERAJAAN TITAH
KAH KAH KAH
SEKARANG
DAH PUKEEE MAK
TAKDA SAPA
AMBIL POT
KAH KAH KAH
KHALAS
PH tolak langkah pengkhianatan, usaha 'tebuk atap' UMNO dan BN di Negeri Sembilan - Fahmi
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.
"PH menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO/BN Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar, Aminuddin Harun.
"Tindakan berkenaan dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata PH memberi komitmen bahawa seperti yang sudah disembah maklum oleh Anwar bin Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.
"PH akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan negeri demi kestabilan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat. PH juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu," katanya.
Semalam, kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan kemelut pemerintahan yang berlaku.
Namun, Aminuddin berkata, beliau dititahkan oleh Tuanku Muhriz untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri itu.
ADAT WUJUD. LEBIH AWAL DARI AGAMA
ADAT WUJUD
LEBIH AWAL
DARI AGAMA
KHALAS
Unknown commented on
"LANGKAH TOK UNDANG"
agama dah kena game, sekarang main adat. ubah tiang gol lagi. lepas adat, cawat jadi tarungan pula. kah kah kah!
Langgan:
Catatan (Atom)







