Rabu, 15 Julai 2015

AKTA BAGINDA QUEEN





TAK SETUJU
tukar tiub tidak bersetuju
bersama  sesiapa sahaja
yang menjunjung
kebebasan bersuara
pasti juga tidak akan bersetuju
papagomo dan ali tinju
atau sesiapa sahaja
di dakwa dibawah 
akta hasutan  baginda queen1948

ada pelbagai undang undang
yang boleh digunakan

menggunakan akta hasutan 1948
memperlihatkan bahawa 
apa yang berlaku di low yat
telah menghalalkan akta hasutan

lalu timbul persoalan
apakah ada perancangan
untuk memasang bendera salah
dalam usaha menyelamatkan najib
dan menghalalkan akta banginda queen




Papagomo, Ali Tinju, direman dua hari kerana menghasut 

Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris yang terkenal dengan panggilan Papagomo dan Aktivis Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) direman selama dua hari mengikut Akta Hasutan.
Papagomo yang ditahan malam tadi selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 9.00 malam ditahan kerana menyiarkan berita palsu di luar Plaza Low Yat pada Ahad untuk menimbulkan kemarahan kaum Melayu.

Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan dengan insiden di Low Yat
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/papagomo-ali-tinju-direman-dua-hari-kerana-menghasut#sthash.ofPQeaJq.dpuf


---------------

Tiada ulasan: