Khamis, 31 Disember 2015

YA AMPOOON - KUANTAN HACUR





Kenyataan Media Biro Alam Sekitar KEADILAN Terhadap Sungai Balok dan Pantai Beserah, Kuantan Yang Dipercayai Diakibatkan Oleh Perlombongan Bauksit

Biro Alam Sekitar KEADILAN merasa terkejut dengan pendedahan gambar Sungai Balok dan Pantai Berserah yang dicemari dengan tanah sehingga menjadi warna merah.

Ini bukan kali pertamanya pencemaran berlaku di pantai di sekitar Beserah, Pahang. Sebelum ini, air laut di sekitar pelabuhan Kuantan telah terdedah dicemari oleh mineral yang kelihatan memiripi tanah bauksit dan air sungai di sekitar Kuantan telah didedahkan memiliki kandungan merkuri dan logam berat yang melebihi piawai.

Saya merasa amat terkesal dengan sikap Kerajaan Pahang yang lalai dan tidak serius dalam mengendalikan isu pencemaran Bauksit. Sedangkan isu ini telah dibangkitkan sejak setahun yang lalu, tiada sebarang tindakan tegas kelihatan telah diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional Pahang untuk menyelesaikan isu Pencemaran Bauksit.

Isu pencemaran air yang dibangkitkan adalah perkara yang perlu dipandang serius dan perlu diselesaikan dengan segera sebelum kesihatan warga Kuantan terancam. Pencemaran air dan laut ini menimbulkan keraguan dan kerisauan warga Kuantan sama ada air paip yang menjadi sumber air minuman harian telah tercemar, malah warga Malaysia akan hilang keyakinan terhadap ikan, udang dan sumber lautan lain yang ditangkap di sekitar Kuantan.

KEADILAN mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mencampur tangan terhadap isu ini dan membekukan semua lesen export bauksit dengan segera. Rakyat Pahang sudah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Negeri dan kebanyakan rakyat berpendapat bahawa Kerajaan Pahang tiada keinginan untuk menyelesaikan isu pencemaran Bauksit.

Dengan pembekuan lesen export, segala aktiviti perlombongan akan dihentikan dengan secara automatik dan tindakan segera boleh diambil untuk memulihkan bandar Kuantan yang telah dicemari dan dirosakkan oleh aktiviti perlombongan bauksit ini. Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan.

Akhir sekali, KEADILAN menegaskan bahawa segala pembangunan dan aktiviti perlombongan harus dijalankan dengan syarat alam sekitar tidak dicemari. Rakyat tidak menentang pembangunan, tetapi segala pembangunan yang dijalankan haruslah menjadi pembangunan yang mampan dan sejajar dengan kelestarian alam sekitar.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Biro Alam Sekitar KEADILAN
Ketua Penerangan Angkatan Muda





--------------

4 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Malam tadi di tivitigo .. najib kata ia sangat sukor pada tohan kerana meng-anu-gerah nya ketahanan menghadapi segala pancaroba 2015.

Embie Pahang yang masyur dongan signal kopalo butoh tu, nampaknyo pon dibori tohan kekuatan yang samo .. sukor hemdulilah.

Kekuatan yang dibori tohan tu, perlu ado korjosamo .. misalnyo macam kes kotorayo, korjosamo antaro poniago dongan polis. Korjosamo ini pon, buktikan ado porhubungan erat antaro kaum .. itulah yang cantiknyo Tanah Melayu ni.

Cantik nyo Tanah Melayu nilah mako Kuantan dah bowarno merah .. macam muko anak daro putih kemerahan .. cantek .. ado pulak jerawat merah sebutir duo .. mak ooii stim den.

Tu lah .. dah tontu harapan hamlau dua ekor ni, ia itu najib dongan embienyo akan di anu-gerah lagi oleh tohan, ketahanan pada 2016 .. tak kurang tapi lobih lagi kotahanannya .. kahkahkah.

Awanama berkata...

Dah tau kita ni Negara Dunia Ketiga.. nak harap bende lagi TT?? Berusaha malas..

Ko nak harap Tohan tolong ekau?? Kahkahkah...mmg aku awal2 lagi bagitau.. kepalabutuh la semua ni..sori la.. awal2 lagi Dia dah pesan dalam Quran.. "tak dapek lo Eden nak nolong ekau, melainkan ko tolongkan diri ekau sendirik"..

Di dalam donia ketiga.. semua manusia mereng hidupnya.. semuanya mengharapkan Tohan buatkan kerja utk derang.. kepalabutoh la.. ini awal2 lagi tohan sudah kabokan dalam kitabnya yang diturunkan melalui nabi.. ekau ni jangan jadi mcm spoonfeed punya umat.. selagi sumer tohan nak spoonfeed.. mmg ko pegi mampos la..

Nak elikopter apache....berdoa ja..
Nak hukum pembunuh Altantuya.. berdoa ja..
Nak tangkap pencuri.. berdoa ja..
Nak kawin pun.. berdoa ja..
Nak score 3.85 cgpa.. berdoa ja..
Nak score ielts band 8 dan 9.. berdoa ja.

Kan Tohan dah boitau.. kalo ko x berusaha macam nak mampos.. ko takkan dapek la bodo.. Tohan buat kerja Dia..dan ekau buat la kerje ekau.. kerje ekau bukan berdoa jo bodo..

Ini tidak.. percayakan ostat2 lebih dari percayakan nabi dan Tohan.. mmg la hari2 ko dikepalabutuhkan al-ostat..

Awanama berkata...

padan muka kau org Pahang...sokong BN lagi..gi lah kat pemimpin BN tu mtk hentikan lombong bauxite ini...tgk apa jawapannye..

Awanama berkata...

MB Pahang takkan nak derhaka pada sultan hahaaha....tu pun takkan tak tahu sapa punya projek...adoiii rakyat dah mati tak berdetik pun rasa bersalah dan berdosa dgn ALLAH swt dan rakyat.....semoga cepat ambik nyawa sebb menyusahkan rakyat