Selasa, 5 Mei 2020

SYARIKAT CUKONG ATAU KRONI






PASANG LUKAH

CELAH

KANG KANG


SPRM siasat 5 syarikat ditawar kontrak RM30 juta bina makmal Covid-19

LIMA syarikat kontraktor dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung tawaran kontrak kelengkapan makmal kira-kira RM30 juta, kata sumber agensi antirasuah itu.

Sumber itu berkata, sejak siasatan dimulakan pada 30 April lalu, lima syarikat sudah dipanggil dan banyak lagi syarikat akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Lima syarikat sudah dipanggil termasuk syarikat pembinaan yang dikatakan memperolehi projek pembinaan makmal walaupun mereka tidak memiliki kepakaran dalam bidang itu.

“Namun tiada tangkapan dilakukan berhubung kes yang masih di peringkat awal,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Kata sumber itu, SPRM memberi tumpuan kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

“Keadaan darurat ini bukan satu kelonggaran untuk sewenang-wenangnya melantik mana-mana kontraktor. 

“Ia mesti dianugerahkan kepada kontraktor yang mempunyai lesen, kelayakan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu,” katanya.

Semalam, SPRM mengesahkan sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa tidak layak mendapat kontrak kelengkapan sebuah makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

The Malaysian Insight juga difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan.

Sumber SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terlibat dalam siasatan itu.

Sumber berkata sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

Siasatan kes ini dimulakan apabila SPRM mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba juga mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta Kementerian Kesihatan bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang melibatkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE. – 5 Mei, 2020.


ADAKAH 

SYARIKAT

CUKONG

SYARIKAT KRONI

ATAU HANYA

SYARIKAT

AIR SUAM

KAH KAH KAH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pengarah KKM bersama2 doktor dan kakitangan kementrian bertungkus lumus bekerja 24 jam untuk menyelamatkan pesakit dengan risiko pada diri sendiri dan klrga, depa senang2 ambil kesempatan sedut duit. Tukar kerajaan atau tak tukar kerajaan, penyakit cornerduit nie berjangkit dari zaman firaun sampai sekarang. Memang takde vaccine punya.

cikminah berkata...

Macai bersusah payah beri alasan, susah nak buat open tender time COVID ni, itu sebab serah je kat cukung atau kroni.
Mujur ada CIVID19, kalau tak, tentu salah DAP.

Boleh ke SPRM terima alasan ni....????

Tanpa Nama berkata...

Banyak NGO, Syarikat swasta, rakyat marhaen termasuk orang OKU dengan sukarela bagi sumbangan tenaga atau perbelanjaan untuk beri sumbangan PPE dan keperluan lain kapada KKM. Semua atas semangat patriotisma dengan kata2 #kitajagakita.
Peruntukkan kerajaan kepada KKM pula di seleweng kepada kroni dan cukong pilih an.Juga atas nama #kitajagakita. Ini lah dasar Penyangak Negara.