Isnin, 27 Julai 2020

SIKAP DEGIL DAN BANGANG BAWA MAUT




SIKAP DEGIL

BANGANG BODOH

BAWA MAUT 

Sikap sambil lewa gugat lebih banyak nyawa, kata ahli Parlimen Kuching

KERAJAAN Sarawak perlu mempercepatkan penguatkuasaan dan mengehadkan aktiviti luar bagi mengekang peningkatan kes Covid-19 dari Kuching ke kawasan lain negeri itu, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Setakat semalam, Sarawak melaporkan satu lagi kes baharu dari kluster Hospital Sentosa menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 680 kes.

Negeri itu juga bertindak pantas dalam usaha mengekang penularan Covid-19 dari hospital itu apabila mengenakan perintah pengurungan di pekan Kota Sentosa dan kawasan yang dikesan ada kes aktif.

Statistik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menunjukkan jumlah kes aktif di negeri itu sebanyak 68 dengan 49 daripadanya di Kuching.

Yii berkata sikap tidak ambil peduli oleh rakyat boleh menyebabkan lebih banyak nyawa terancam di Sarawak dan tindakan segera perlu dilakukan.

“Kita tidak perlu menunggu sehingga menjadi zon merah untuk bertindak serius dan mengambil semua langkah berjaga-jaga.

“Ini sebabnya saya menggesa pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan, menggalakkan pemakaian pelitup muka dan orang awam mengehadkan aktiviti di luar sepanjang tempoh ini.

“Tetapi sikap sambil lewa boleh membahayakan orang lain dan sikap ini perlu dikikis. Pemakaian pelitup muka boleh melindungi masyarakat, bukan sahaja diri sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Yii, yang pernah menjadi pesakit Covid-19, mengulas pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) semalam bahawa Kuching diisytiharkan sebagai zon merah kerana kes penularan tempatan meningkat lebih 40 kes.

Bagaimanapun jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata daripada 52 kes yang dilaporkan di daerah itu dalam tempoh dua minggu lalu, hanya 38 kes melibatkan penularan tempatan.

Oleh itu, mereka mempertahankan status zon kuning di kawasan itu.

Ahli Parlimen DAP itu berkata protokol sewajarnya perlu dilaksanakan bagi mengendalikan situasi tersebut.

“Berdasarkan statistik rasmi yang disiarkan KKM, terdapat 40 kes (penularan tempatan) di Kuching dalam tempoh dua minggu, menjadikan bandar ini sebagai zon merah,” katanya. – 27 Julai, 2020.


DEGIL BANGANG

 BODOH JENIS INI

ADALAH JENAYAH

AMIN

BAWA MUDARAT

PADA ORANG 

RAMAI

AMIN

Tiada ulasan: