Selasa, 25 Januari 2022

AWAS - SUNTIKAN KE TIGA !!!

Kesan sampingan vaksin Covid-19 perlu siasatan rapi

TERDAPAT keperluan segera bagi sistem yang lebih tepat bagi laporan dan akses awam terhadap rekod tindak balas kesan sampingan ubatan memandangkan kejadian baru-baru ini mengenai tindak balas kesan sampingan kepada vaksin yang dilaporkan di Penjara Kajang.

Pada Oktober 2021, pihak berkuasa Penjara Kajang menulis surat kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, mengetengahkan 18 kes tindak balas kesan sampingan kepada vaksin Covid-19, termasuk 2 kematian dalam kalangan penghuni yang menerima vaksinasi.

Pihak Pengarah Penjara menulis surat kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan pandangan mengenai perlunya banduan diberikan dos penggalak.

Surat oleh Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr. Zailiza Suli yang menjadi tular, mendedahkan kesan sampingan yang dialami oleh penghuni yang terjejas adalah seperti berikut: 3 kes isu berkaitan kardiovaskular, 4 melibatkan lumpuh sementara, 3 darinya mengalami bisul bernanah (kudis dengan nanah jauh dari titik inokulasi), dan 6 penghuni mengalami jangkitan paru-paru selepas menerima suntikan.

Surat yang tular itu berkata 15 penghuni diberikan suntikan Pfizer, dan 3 penghuni menerima CanSino.

Dr. Zailiza menyatakan dalam surat itu bahawa kadar kematian daripada AEFI (“Adverse Effects Following Immunisation”) – satu kematian bagi setiap 1,391 penghuni – satu nisbah yang amat membimbangkan. 

Beliau menyarankan agar kajian lanjut dijalankan sebelum mewajibkan suntikan vaksin penggalak atau tambahan kepada penghuni ini.

Pada 4 Januari 2022, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan (MoH) memberikan jawapan mengenai AEFI yang dilaporkan dan keselamatan umum vaksin berdasarkan pandangan Dr. Zailiza dalam suratnya yang didedahkan kepada orang ramai.

Pada tarikh yang sama, Kementerian Kesihatan berkata ia akan menyiasat perkara itu. Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata dalam satu kenyataan: “Kementerian Kesihatan secara berterusan memantau penggunaan selamat semua vaksin termasuk vaksin Covid-19 melalui NPRA dengan memantau laporan AEFI.”  

Dr. Roshayati dalam kenyataannya berkata semua laporan yang dinyatakan dalam surat yang menjadi tular itu telah diterima oleh NPRA dan sedang disiasat.

Sehingga hari ini kami masih belum mendengar hasil siasatan yang dilakukan itu.

Surat yang menjadi tular itu telah menggoncang sikap puas hati pihak berkuasa kesihatan untuk mengambil perhatian berhubung kematian dan kesan sampingan. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Ini bukanlah hanya satu-satunya insiden kesan sampingan yang dilaporkan. Pada 19 Januari 2022, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan dalam Berita Harian berkata bapanya mengalami strok selepas menerima suntikan penggalak.

Beliau menggesa Kementerian Kesihatan supaya menangguhkan suntikan dos penggalak ketiga yang dibimbangi mempunyai kesan sampingan kesihatan yang serius. 

Pihak berkuasa, katanya, perlu untuk menilai semula keselamatan dan keperluan dos vaksin ketiga bagi kumpulan orang tertentu.

Menurut beliau, ramai orang yang bertemu dengannya untuk menyatakan kesan sampingan yang dialami oleh rakan atau keluarga mereka. 

“Sesetengahnya mendakwa bahawa kematian berlaku selepas dos ketiga tetapi penduduk kampung ini tiada saluran untuk mengadu secara rasmi kepada pihak berkuasa,” katanya.

Timbang semula kekerapan suntikan penggalak   

Suntikan penggalak Covid-19 yang berulangan tidak mampan, kata pakar WHO baru-baru ini.

Pada 12 Januari kumpulan pakar WHO, diwujudkan untuk menilai prestasi vaksin Covid-19, berkata bahawa strategi vaksinasi dos penggalak berulangan daripada vaksin sedia ada terhadap varian virus corona baharu bukanlah cara berkesan untuk menangani dengan pandemik. 

Vaksin semasa perlu diolah semula untuk memastikan ia berkesan terhadap jangkitan dan penyakit oleh varian yang dibimbangi (VOC), termasuk Omicron dan varian masa depan, kata mereka.

Di Malaysia, pakar kesihatan awam juga tidak menyokong kekerapanmemberikan suntikan penggalak vaksin Covid-19 tanpa bukti kukuh bahawa vaksinasi permulaan tidak berkesan terhadap jangkitan atau penyakit yang teruk.

“Pada pendapat saya, keputusan bagi dos penggalak selanjutnya disebabkan oleh parameter imunologi yang semakin pudar – daripada pecahan kecil penduduk – mestilah dikuatkan dengan bukti epidemiologi bahawa vaksin dan langkah kesihatan awam lain tidak lagi berkesan. Kita tidak boleh dikuatkan selepas setiap beberapa bulan,” kata Prof. Dr. Lokman Hakim Sulaiman, Pro Naib Canselor Penyelidikan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU). (Code Blue, 20 Januari 2022)

Saranan CAP

Malaysia perlu menyediakan satu sistem laporan yang lebih telus seperti VAERS di Amerika Syarikat dan skim Yellow Card di United Kingdom di mana orang awam boleh melaporkan kesan sampingan dan juga melihat laporan kesan sampingan.

Pada masa kini rakyat Malaysia boleh melaporkan kesan sampingan kepada pihak berkuasa tetapi tiada akses awam kepada laporan seperti itu.

Di Amerika Syarikat (AS), sesiapa sahaja boleh menyerahkan laporan kepada VAERS (Sistem Laporan Kesan Sampingan Vaksin) termasuk inu bapa, pesakit, profesional penjagaan kesihatan, dan pengeluar vaksin. 

Laporan VAERS dipantau dengan teliti oleh Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) dan Pentdabiran Makanan dan Ubatan (FDA). 

Semua kesan sampingan yang dilaporkan kepada VAERS boleh didapati oleh orang ramai secara dalam talian.

Di United Kingdom (UK), terdapat laman sesawang khusus yang disediakan di bawah skim Yellow Card di mana orang awam boleh melaporkan kesan sampingan yang disyaki daripada ubatan, vaksin atau peranti perubatan berkaitan rawatan Covid-19.

Skim itu bergantung kepada laporan secara sukarela insiden kesan sampingan yang disyaki oleh profesional penjagaan kesihatan dan orang ramai (pesakit, pengguna atau penjaga). 

Tujuan skim itu adalah untuk menyediakan amaran awal bahawa keselamatan produk itu mungkin memerlukan siasatan lanjut.

Di Kesatuan Eropah (EU), Agensi Ubatan Eropah (EMA) memantau keselamatan vaksin Covid-19 yang dibenarkan untuk kegunaan dengan “sangat berhati-hati”. 

Ini membolehkan pengesanan sebarang kesan sampingan yang jarang berlaku yang mungkin muncul sekali daripada berjuta orang yang divaksinasi. 

Maklumat terbaharu mengenai keselamatan setiap vaksin, termasuk bilangan kes kesan sampingan yang disyaki, diberikan dalam kemas kini keselamatan vaksin bulanan, yang dengan mudah boleh diakses oleh orang ramai secara dalam talian.

Pihak berkuasa kesihatan kita mestilah mengambilkira kesan sampingan ini dengan serius, menyiasatnya dan melakukan autopsi ke atas mereka yang meninggal dunia daripada kesan sampingan yang disyaki, untuk mencari punca sebenar kematian.

Menurut ahli patologi terkenal Jerman, Peter Schirmacher dari Universiti Heidelberg, kumpulannya telah mengkaji 40 orang yang mati dalam tempoh 2 minggu selepas vaksinasi; beliau merumuskan bahawa sekitar 30% hingga 40% daripada jumlah itu sesungguhnya mati akibat vaksin. 

Beliau percaya bahawa keseluruhan kematian berikutan vaksinasi kurang dilaporkan.

Kami menggunakan ujikaji vaksin ini yang diluluskan oleh peraturan kecemasan, oleh itu keperluan kepada penyiasatan terhadap kesan sampingan dan kematian akibat ujikaji vaksin ini adalah lebih penting berbanding untuk melindungi rakyat Malaysia.

Daripada hanya menggunakan ujikaji vaksin, kita juga seharusnya melihat kepada rawatan alternatif yang boleh didapati dengan selamat, murah dan berkesan. Rawatan ini telah digunakan di banyak negara dan menunjukkan hasil yang positif.

Negara kadar vaksin yang tinggi (seperti AS, UK dan Israel) menderita daripada kadar jangkitan yang tinggi. Jangkitan Covid-19 di AS telah mencapai 1 juta sehari. 

Vaksinasi tidak merendahkan kadar jangkitan walau pun ia berkesan dalam mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian.

Kesan jangka panjang ujikaji vaksin ini mungkin mengambil banyak tahun untuk membongkarnya. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pandangan serius mengenai kesan sampingan dan bertindak ke atasnya sekarang untuk melindungi diri kita sekarang dan masa depan. – 24 Januari, 2022.

* Mohideen Abdul Kader, 
Presiden Persatuan Pengguna-Pengguna 
Pulau Pinang  

AWAS

WASPADA

HATI HATI

AMIN

PROJEK BUAT

DUIT

KHALAS

PROJEK KURANG

PENDUDUK DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan: