Khamis, 30 Jun 2022

IKAN NAIK HARGA

 

Harga ikan naik bukan sebab monopoli, kata nelayan

CUACA yang tidak menentu, kekurangan tenaga kerja yang kritikal serta kemudahan bilik sejuk beku antara punca harga ikan naik di Semenanjung ketika ini, kata persatuan nelayan.

Mereka menafikan dakwaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) harga tinggi ikan di pasaran berpunca daripada aktiviti monopoli kartel yang semakin berleluasa.

Pengerusi LKIM Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mungkin menerima maklumat yang tidak tepat ketika membuat dakwaan tersebut, kata Presiden Persatuan Industri Ikan Chia Tian Hee kepada The Malaysian Insight.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya Hussin duduk berbincang dengan pemain industri bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi sebenar.

Chia berkata kenaikan harga ikan disebabkan hasil tangkapan menurun kerana nelayan tidak dapat turun ke laut semasa musim tengkujuh, sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan tinggi di pasaran.

“Oleh kerana cuaca buruk, banyak bot nelayan tak berani ambil risiko turun ke laut. Sebab itu pendaratan ikan kurang dan tidak dapat memenuhi permintaan.

“Ini secara langsung menyebabkan harga ikan naik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pemilik Bot Ikan Negeri Kedah Toh Sang Chai senada dengan Chia, menambah nelayan di Kedah menjual hasil tangkapan terus kepada penjual.

LKIM katanya, tidak boleh menafikan bahawa orang tengah menjadi punca harga ikan naik.

Manakala naib presiden pertubuhan itu, Abdul Khadzib Bakar pula berkata kenaikan harga ikan bukan semata-mata kerana faktor cuaca tetapi juga masalah kekurangan tenaga kerja yang serius.

Selain itu, nelayan di Kedah berdepan masalah kemudahan bilik sejuk beku, tambahnya.

Di ibu negara, Presiden Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock berkata dakwaan LKIM bahawa wujud monopoli dalam rantaian bekalan tidak masuk akal kerana hasil pendaratan ikan semakin bertambah.

Juga tiada keperluan mengeluarkan stok beku sekarang untuk menurunkan harga ikan.

Sing berkata hanya ikan diimport mungkin mahal disebabkan kadar pertukaran, dengan nilai ringgit yang rendah dan kos pengangkutan.

Hussin juga baru-baru ini berkata LKIM akan membeli, memproses dan menyimpan ikan dalam skala besar melalui syarikat yang dilantik pihak berkuasa untuk menghapuskan aktiviti monopoli kumpulan tertentu.

Katanya, beliau yakin syarikat akan menstabilkan dan mengurangkan harga ikan di pasaran.

“Subjek monopoli sindiket bukanlah perkara baru kerana mereka membeli ikan lebih banyak di zon mendarat semasa musim tangkapan tinggi untuk memanipulasi harga pasaran,” tambah Hussin. – 30 Jun, 2022.     

WOIT

MAT MASLAN

KATA

KALAU IKAN

MAHAL MAKAN

DAGING

KAH KAH KAH

LOKMAN ADAM

KATA 

TURUN KE LAUT

PANCING IKAN

KAH KAH KAH

ROSMAH KATA

IKAN MAHAL

MAKAN SOTONG

KAH KAH KAH

MOKTAR SENIK

KATA IKAN MAHAL

MAKAN BUAH 

NENAS SARAWAK

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kementerian Petanian missing in action sejak pkp dan tiada turun padang utk pantau mai 2022 baru bangun tidur .... dah terlambat.... makan gaji buta bodoh piang