Ahad, 31 Julai 2022

PENG ANAL DAN PKR SARAWAK

PKR Sarawak akan kalah teruk lagi pada PRU15, kata penganalisis



PELANTIKAN Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR dan perubahan besar dalam kepimpinan tertinggi parti tidak mungkin dapat mengubah nasib parti itu di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata penganalisis.

Pakar meramalkan PKR Sarawak juga dijangka kalah teruk seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Pada PRN Disember lepas, PKR Sarawak yang diperuntukkan 47 kerusi oleh Pakatan Harapan (PH) hanya meletakkan 28 calon di kerusi yang disifatkan setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Joshua Jabeng sebagai “kerusi yang kami yakin boleh menang”.

Keyakinan itu bagaimanapun meleset kerana mereka bukan sahaja kalah teruk tanpa menang walau satu kerusi, malah terpaksa menanggung malu melihat Pemangku Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri PKR Abang Zulkifli Abang Engkeh hilang wang deposit ketika bertanding di kerusi majoriti Melayu pesisir pantai Beting Maro.

Abang Zulkifli hanya mendapat 765 undi dalam perebutan kerusi empat penjuru yang dimenangi selesa oleh Razaili Gapor dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memperoleh 3,769 undi dengan majoriti 1,711 undi.

Pakar politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya dan pakar Asia Universiti Tasmania James Chin semuanya bersetuju PKR Sarawak sedang mengalami masalah kepimpinan.

“Mereka tidak ada pemimpin yang kuat seperti mana Baru Bian,” kata Lee dan Chin kepada The Malaysian Insight, merujuk kepada Ahli Parlimen Selangau yang dipecat kerana terlibat dalam Langlah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH pada 2020.

Baru pernah dipuji kerana menjadikan PKR sebagai kuasa politik penting, yang mereka buktikan dengan memenangi tiga kerusi pada PRN Sarawak 2011 dan mengekalkannya pada pilihan raya 2016 berikutnya.

Lee dari UMS berkata selepas Baru tinggalkan PKR, parti itu masih belum jumpa tokoh “yang dihormati penyokong”, yang boleh menggantikan Baru.

Tempat Baru digantikan Ahli Parlimen Julau Larry Sng namun tidak lama kerana Sng kemudiannya menjadi Bebas malah menyokong kerajaan persekutuan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah.

PKR, kata Lee, tidak perlukan “ketua bidan terjun” seperti Sng.

Parti itu kemudiannya melantik Abang Zulkifli.

GPS terlalu kuat, PKR semakin parah

Pelantikan pengerusi PKR bahagian Hulu Rajang Abun Sui Anyit ke majlis pimpinan pusat baru-baru ini memburukkan lagi kepimpinan PKR Sarawak apabila pemimpin yang lebih kanan, Abang Zulkifli dan Ahli Parlimen Miri Michael Teo, mendapati diri mereka tidak mendapat tempat dalam keputusan tertinggi parti itu.

“Mereka nampaknya tidak bersetuju siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin tertinggi,” rumus Chin.

Lee berkata walaupun ketika mereka dalam keadaan terdesak, mustahil buat PKR untuk menambat hati Baru kembali.

“Kita semua tahu siapa yang pecatnya,” kata Lee, merujuk kepada presiden parti Anwar Ibrahim.

Lee berkata bukan sahaja “janggal untuk mereka berdua bekerjasama semula” selepas apa yang berlaku, ia juga akan membuatkan PKR kelihatan seperti “sangat terdesak”.

Katanya beliau melihat PKR Sarawak “semakin parah” walaupun Rafizi mungkin telah membawa sedikit sinar kepada parti itu.

Awang Azman berkata beliau tidak nampak PKR akan bangkit selepas PRN Disember lepas kerana GPS “terlalu kuat”.

“Mustagil bagi PKR untuk dapatkan semula kedudukan mereka melainkan GPS disabotaj dari dalam,” katanya.

Kedua-dua Awang Azman dan Chin berkata parti itu tidak membentuk semula “jentera pilihan raya” akibat pemecatan pemimpin utamanya dan selepas penyokong mereka lari tinggalkan parti.

“GPS bukan sahaja mempunyai jentera pilihan raya yang hebat dan teruji, malah mereka mempunyai semangat yang tidak dapat ditandingi PKR,” kata Awang Azman.

Berdepan dengan kesukaran seperti itu, Awang Azman berkata peluang PKR untuk menang kerusi di Sarawak, atau mengekalkan apa yang mereka ada pada PRU adalah sama dengan “meletak Rafizi di Besut, Terengganu”.

Chin berkata, ahli Parlimen tunggal PKR di Sarawak, Teo “malah mungkin hilang kerusinya”, menambah parti itu berada dalam keadaan “sangat, sangat susah.”

“Mereka sudah hilang momentum kepada GPS, mereka tidak ada pemimpin yang kuat dan jentera pilihan raya mereka dalam keadaan kucar-kacir.”

Katanya mustahil untuk melihat PKR membuat perubahan yang diperlukan “melainkan jika mereka boleh bersatu” dan mencari masa untuk penyelesaian.

“Ramalan saya… Jika pilihan raya diadakan tahun ini, ia (akan jadi satu lagi) bencana (buat PKR). Sejak kalah teruk tahun lepas sehingga sekarang, saya tidak nampak sebarang perubahan, saya tidak nampak pergerakan besar di lapangan.

“Mereka tidak boleh bersatu bersama.”

Bagi menimbunkan lagi masalah PKR, Chin berkata Parti Sarawak Bersatu (PSB) - di mana Baru bawa bersama penyokongnya - telah mengambil beberapa kawasan di mana PKR pernah mempunyai pengaruh.

Beliau berkata dengan pengundi beralih sokongan kepada parti yang menyokong nasionalisme negeri, ia “akan menjadi lebih teruk” buat PKR yang berpangkalan di semenanjung. – 31 Julai, 2022.

BILA BARU BIAN

TINGGALKAN PKR

 INI BERMAKNA

HARI AKHIR  PKR

DI SARAWAK

AMIN

HABIS TUTUP

KEDAI GULUNG

TIKAR

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: