Isnin, 23 Januari 2023

HADI AKAN KELUARKAN AYAT BAKSHEEH


SPR, SPRM perlu siasat Hadi dakwaan beli undi, kata aktivis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti meneliti pengakuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai wang diagihkan kepada pengundi pada hari pilihan raya tahun lalu, kata bekas pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Beliau berkata Putrajaya mesti menyemak semula undang-undang pilihan raya untuk mengetatkan sebarang pelanggaran dalam kesalahan pilihan raya.

Aktivis terkenal itu memberitahu The Malaysian Insight, amat mengejutkan seseorang yang mempunyai reputasi tinggi seperti Hadi tidak memahami undang-undang (pilihan raya), terutamanya perkara yang dimaksudkan membeli undi.

Maria mengulas pengakuan Hadi di mana wang diberikan kepada pengundi tetapi mendakwa ia bukan satu kesalahan kerana ia tidak diberikan oleh calon pilihan raya atau wakil rakyat mereka semasa pilihan raya umum tahun lepas.

Hadi menyifatkan perbuatan itu sebagai “sedekah” yang didakwanya tidak melanggar mana-mana undang-undang.

“Sungguh mengejutkan seseorang seperti Hadi tidak dapat memahami undang-undang pilihan raya, terutamanya perkara yang membawa maksud membeli undi. Beliau tidak boleh mewajarkan pembayaran tunai semasa tempoh kempen pilihan raya sebagai amal kebajikan,” kata Maria.

Maria yang pernah mengetuai Bersih – badan pemantau pilihan raya – adalah antara beberapa aktivis hak sivil yang diletakkan di bawah akta Kesalahan Keselamatan dan Langkah-langkah Khas (Sosma) kerana mengadakan perhimpunan jalanan,  menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Maria berkata kedua-dua suruhanjaya itu, SPR dan SPRM, mesti bertanggungjawab terhadap kenyataan Hadi sambil menambah sudah terlalu lama kedua-dua institusi itu tidak bertindak dalam menangani amalan rasuah sebelum dan semasa kempen pilihan raya.

“Di sinilah kita perlu menyemak semula undang-undang pilihan raya untuk mengetatkan sebarang pelanggaran dalam kesalahan pilihan raya.

“Parlimen perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Pilihan Raya dan serius dalam agenda reformasinya untuk menghapuskan rasuah dan ketidaktelusan dalam pilihan raya.

“Laporan tahunan SPR perlu dikemukakan seperti Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) dan juga dibahaskan di Parlimen untuk mencapai tadbir urus yang lebih baik,” jelasnya.

Kenyataan Hadi mengenai dakwaan membeli undi mengejutkan banyak pihak. Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata presiden PAS itu menggunakan Islam untuk kepentingan dirinya dengan sentiasa mengubah fatwa itu mengikut cita rasanya.

“Apabila kita memberi wang, itu rasuah tetapi apabila PAS memberi wang, itu adalah sedekah,” kata Zahid selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA.

Menurut Hadi, peraturan sedia ada hanya melarang calon dan wakil mereka memberi wang tunai kepada pengundi.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tidak boleh memberikan wang tunai, terpulang kepada orang ramai untuk bersedekah,” kata Hadi.

Ketua Penerangan Umno Isham Jalil turut menyelar usaha Hadi untuk menghalalkan rasuah kepada pengundi.

Isham berkata sebarang tindakan pemberian wang kepada pengundi adalah rasuah.

Maria juga berkata di bawah kerajaan perpaduan ini, reformasi sistem pilihan raya mesti menjadi legasi untuk meninggalkan kesamarataan di kalangan semua parti yang bertanding.

“Walaupun ini mungkin memerlukan pindaan Perlembagaan, ia bukan alasan untuk tidak berbuat demikian,” tambahnya. – 23 Januari, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

JANGAN RISAU

HADI AKAN

KELUARKAN

AYAT

KAH KAH KAH

HADI AKAN

KELUARKAN

HADIS

KAH KAH KAH

HADI AKAN

KELUARKANKA

PUNAT... OPS..

SILAP  FATWA

KAH KAH KAH

WAL PULSIKON

IN KUNTUM

HALALON PI

REMBAT TUN

WAL TIPU RIM

AL AMEEEN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: