Ahad, 30 April 2023

INGATAN DARI UBU ORI


Hasnul Hisham is with Zahriela Jamaludin at Republic of Brickfields

Kuala Lumpur 

Beraya dengan kawan lama yang juga mentor politik aku. Kenal sejak 1999. Bergaduh pasal idea2 dan macam2 lagi. Tak pernah bosan dengan sorang ni. Jiwa sentiasa muda.

Sewaktu dia di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kem Tahanan ISA di Kamunting Perak, aku dan beberapa kawan lain dimasukan di bawah list pelawatnya yang dibenarkan. 

Pertama kali aku lawat dia dalam tahanan ISA pada tahun 2001 dengan seorang sahabat bernama Daud. Aku menangis dalam perjalanan pulang sebab sedih - first time tengok kebebasan orang disekat sebab pemikiran berbeda dengan pemerintah. Tuduhan tentulah berbau subversif dan mengganggu keamanan awam.

Sewaktu lawatan aku itu, ada juga terlihat tahanan Al Maunah dan Kumpulan Militan Malaysia sedang bercucuk tanam. Tenang dan harmoni keadaan.

Aku dan rakan2 lain mengadap Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai di Bukit Aman. Dijemput berjumpa tetapi gagal mendapat hajat.
Pada masa yang sama jugalah filemnya Dari Jemapoh ke Manchestee ditayangkan di Malaysia selepas beberapa tahun tergendala.  

Semalam banyak pulak soalan pasal oil and gas. Mungkin nak bikin filem. Aku yakin aku termasuk dalam senarai pelakon utama kalau jadi.

Itulah saudara Hishamuddin Md Rais yang aku kenali. Thank you for the beautiful friendship from myself and Iela.

Tambahan perkongsian pengalaman melawat Hisham di Kem Kamunting:

Senarai pelawat diserahkan lebih awal melalui peguam dan dapat kelulusan KDN. Waktu melawat tahanan ISA dihadkan sejam sehari. Kita boleh bawak buah2an tetapi mesti dikupas. Tak boleh ada biji dan kulit. Ada locker untuk kita tinggalkan barangan peribadi. Kesemua barangan diperiksa rapi oleh pihak penjara. 

Kami bertemu di dalam bilik seperti bilik darjah sekolah lama - dipisahkan oleh jaring besi tetapi ada ruang kosong lebih kurang sejengkal untuk bersalaman dan berkongsi makanan seperti di atas meja . Ya - boleh order makan dan minum. Bukanlah nasi beriyani tapi cuma kuih muih. Kuih muih ini adalah dimasak sendiri oleh tahanan sebagai aktiviti harian mereka. 

Ada seorang warden penjara menemani sepanjang sessi berlangsung. Dia membiarkan sahaja kami berborak sambil membaca surat khabar. 

Di hujung sessi kami dibenarkan berjumpa dan berpeluk. Masa ni yang sedih sikit. Kita akan keluar bebas tetapi mereka kekal di dalam.

Duit boleh bagi tetapi dalam bentuk draf / wang pos. Sepanjang pengalaman aku melawat dapat kerjasama dan bantuan baik dari pihak penjara dan kerajaan.

Tiada ulasan: