Ahad, 30 April 2023

KHALID SAMAD BAWA SUAR RAKYAT


Tolak pengampunan Najib bukan pendirian Amanah, kata Mat Sabu

KENYATAAN Khalid Samad merayu Yang di-Pertuan Agong supaya tidak mengampunkan Najib Razak bukan pendirian rasmi Amanah, kata Presidennya Mohamad Sabu.

Katanya, kenyataan itu adalah pandangan Khalid yang bebas memberi pandangan atas hak yang diberikan kepada semua orang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Namun dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti melainkan ia adalah keputusan rasmi parti tersebut yang diputuskan dalam mesyuarat parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad, Amanah dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan tertakluk pada keputusan gabungan, dan keputusan gabungan mengatasi keputusan parti.

Hal yang sama juga terpakai bagi keputusan kerajaan perpaduan, katanya.

“Keputusan di peringkat gabungan kerajaan perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ia perlu diutamakan,” katanya.

Jelas Mohamad, mana-mana pemimpin Amanah berhak untuk menyuarakan pandangan namun terikat dengan keputusan parti.

“Inilah ‘normal practice’ dalam mana-mana organisasi,” tambahnya.

Mohamad juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan mengenai permohonan pengampunan draja.

Pada Jumaat, Khalid dalam satu kenyataan berkata Amanah berpendirian bahawa pengampunan ke atas Najib akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan institusi Raja-Raja Melayu yang mahu membersihkan negara daripada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Amanah juga merayu agar Najib terus dipenjara dan ditolak permohonannya untuk pengampunan diraja, kata Khalid.

Susulan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak membuat kenyataan mengenai permohonan pengampunan Najib.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi pula menyifatkan Amanah tidak boleh dipercayai kerana bersikap “kawan makan kawan”.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan juga dikenakan denda RM210 juta selepas didapati sabit kesalahan terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya, yang disahkan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Panel kedua Mahkamah Persekutuan mendapati tidak berlaku kegagalan proses keadilan ketika mahkamah tertinggi negara mendengar rayuan akhir Najib pada Ogos 2022. – 30 April, 2023.

KHALID SAMAD

BAWA SUARA

RAKYAT

KAHALS

RAKYAT MAHU

ORANG JAHAT

PENCURI

DI HUKUM

KHALAS

AMIN

RAKYAT TAK MAHU

PENCURI

LAKI BINI BEBAS

KHALAS 

JANGAN 

TAK DENGAR 

SUARA RAKYAT

KHALAS

Tiada ulasan: