Rabu, 10 Januari 2024

RUMAH NGEH KENA BOM MINYAK



Kediaman Ngeh dibaling bom petrol

KEDIAMAN Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham diserang dengan “molotov cocktail” sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya. 

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata Ngeh memaklumkan tentang kebakaran itu awal pagi tadi.

Pihak bomba sempat memadamkan api dan berjaya mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediaman pengerusi DAP Perak itu, tambahnya.

“DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas ini yang mengancam keselamatan nyawa keluarga beliau. 

“Kami menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita. 

“DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga,” kata Loke.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri tidak menolak kemungkinan kebakaran itu melibatkan tindakan khianat, dan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

“Betul, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai aspek. Saya mohon mana-mana saksi untuk tampil membantu siasatan,” katanya dipetik Malaysiakini.

SinChew Daily pula melaporkan kebakaran berlaku pada pukul 2.50 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketika kejadian, Ngeh dan isterinya dilaporkan sedang tidur sebelum mereka dikejutkan oleh orang yang lalu lalang yang membunyikan loceng rumah dan memaklumkan kebakaran itu.

Menurut SinChew Daily, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar menerima laporan pada 3.05 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 3.12 pagi.

Ngeh telah membuat laporan mengenai perkara itu di balai polis Ayer Tawar.

Disember lepas, Ngeh mencetus kontroversi selepas mencadangkan supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang Islam.

Selepas dikritik teruk, beliau memohon maaf dan menarik semula cadangannya itu.

Ngeh menjelaskan beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Bernama, 10 Januari, 2024.

WOIT

BETUL KE NI ?

KALAU BETUL

INI DAH  BERAT

AMIN

POLITIK 

KESEDARAN 

MELAYU ISLAM

NAIK SETINGKAT

AMIN

ATAU INI PROJEK

CARI SIMPATI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: