Rabu, 10 Januari 2024

LANGKAH BALAI



Polis akan panggil Papagomo, Chegubard dan Salim Iskandar

POLIS akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan kerajaan persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tiga individu berkenaan adalah Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Chegu Bard, Wan Muhammad Azri (Papagomo) dan Salim Iskandar.

Bercakap dalam sidang media khas di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

“Selain mereka, beberapa pemimpin parti politik juga akan dipanggil untuk beri keterangan,” katanya.

Razarudin berkata polis sehingga kini menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, katanya polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Selain itu, ia boleh disimpulkan sebagai aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menimbulkan keresahan.

“Saya boleh beri jaminan situasi negara ketika ini stabil dan polis telah pun membuat persediaan sekiranya ia (Langkah Dubai) menjejaskan ketenteraman awam negara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia sangat prihatin akan keamanan dan polis akan memastikan keselamatan mereka semua terpelihara.

Selain itu, Razarudin berkata polis turut mengesan video blogger Raja Petra Kamaruddin yang bercakap berkaitan perkara itu (Langkah Dubai) lebih daripada 10 hari.

“Polis sedang menyiasat video tular yang menyaksikan tiga atau empat individu bercakap tentang gerakan menukar kerajaan. Salah seorang daripadanya ialah Raja Petra Kamarudin,” katanya.

Pada 30 Disember lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). – Bernama, 9 Januari, 2024.




WOIT

INI BARU 

LANGKAH BALAI

AMIN

BELUM LAGI

LANGKAH

RUMAH PASONG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: