Rabu, 10 Januari 2024

MACAM MANA NAK JADI KAYA ?

Isteri dakwa wujud kempen gambarkan Daim perasuah


WUJUD kempen yang menggambarkan Daim Zainudin seorang perasuah semata-mata kerana beliau sangat kaya, dakwa isteri bekas menteri kewangan itu.

Naimah Khalid juga mendakwa Daim difitnah dan dianiaya, serta menegaskan suaminya telah pun berjaya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar jutawan sebelum menjadi menteri.

“Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

“Umum mengetahui Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan pada 1984. Malah media secara meluas merujuk beliau hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu,” katanya kepada media di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Daim disiasat susulan maklumat daripada Kertas Pandora didedahkan kepada umum pada 2021, menurut SPRM dalam satu kenyataan bulan lepas. 

Kertas Pandora merujuk kepada berjuta-juta dokumen bocor mengenai akaun luar pesisir pemimpin seluruh dunia, termasuk presiden, perdana menteri, bilionair dan ahli perniagaan terkemuka.

SPRM berkata, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Daim pada 7 Jun lalu, yang menghendaki beliau mengisytiharkan segala aset milik bekas menteri kewangan itu.

Aset terbabit sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut, kata SPRM.

Bagaimanapun, Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali, tambah kenyataan itu.

Bulan lepas, SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik keluarga Daim bagi menyekat sebarang tindakan menjual, memindah hak milik atau melupus secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan. 

Semalam, peguam keluarga Daim dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan SPRM memanggil isteri dan dua anak lelakinya untuk memberi keterangan di ibu pejabat agnesi antirasuah itu di Putrajaya hari ini. – 10 Januari, 2024.

WOIT

BUKAN TUDUH

DAIM RASUAH

AMIN

RAKYAT NAK TAHU

MACAM MANA

ZAHID NAJIB 

ROSMAH KU NAN

DAN TUN DAIM

DAPAT DUIT

AMIN

KUMPUL DUIT GAJI

MENANG EKOR KE

JUMPA EMAS KE

ATAU JUAL  BURIT

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK TAU

KERANA NAK

IKUT CARA ZAHID

CARA NAJIB

CARA ROSMAH

CARA KU NAN

DAN  CARA DAIM

JADI KAYA

AMIN

RAKYAT PUN

NAK KAYA JUGA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: