Khamis, 11 Julai 2024

DI NAFIKAN BERGOLAK ?




Aminuddin nafi PKR Negeri Sembilan bergolak


SEREMBAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan  Aminuddin Harun menafikan berlaku pergolakan dalam PKR negeri itu seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

“Semua jawatankuasa kita baik, dalam mesyuarat MPN semua hadir cuma saya tak tahulah itu (dakwaan pergolakan) daripada kumpulan mana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian bagi mengulas video tular memaparkan gambarnya dengan dakwaan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli terhadap kepimpinan negeri.

Beliau berkata video itu difahamkan adalah isu lama yang dimainkan semula. – BERNAMA

WOIT

INGAT CARA

BACA MEDIA

KAH KAH KAH

BILA DINAFIKAN

TAK ADA

ERTINYA ADA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: