Khamis, 11 Julai 2024

GERAKAN PATANI MERDEKA !!!



Lelaki bersenjata serang dan larikan senjata di Yala

YALA: Kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng menyerang tiga pusat kawalan keselamatan kampung dan melarikan senjata api dalam tiga insiden berasingan di Yala, selatan Thailand.

Ketua Polis Wilayah Yala Mej Jen Pol Seksan Churangsarit berkata, tiga kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng menyerang tiga pusat kawalan keselamatan kampung di Tambon Krong Pinang, Tambon Yaha dan Tambon Muang Lamai.

Dalam kejadian pertama pada 8.30 malam semalam, Seksan berkata sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pusat kawalan keselamatan Kampung Krong Pinang dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan sepucuk pistol serta walkie talkie.

Beliau berkata kejadian kedua, kira-kira 9.50 malam di daerah Tambon Yaha, kira-kira 15 lelaki bersenjata telah menyerang pusat kawalan keselamatan Tambon Yaha sebelum melarikan sepucuk senapang dan sepucuk pistol.

"Kejadian yang sama juga dilaporkan di Tambon Muang Lamai kira-kira 10.30 malam iaitu kira-kira 17 lelaki bersenjata telah menyerang pusat kawalan keselamatan dan melarikan dua pucuk senapang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seksan berkata polis telah memperketat kawalan keselamatan dan meningkatkan rondaan untuk memburu suspek yang melarikan senjata api.

"Usaha mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan namun setakat ini, masih belum ada mana-mana pihak yang mengakui bertanggungjawab dalam serangan itu," katanya.

Pada Selasa, kerajaan Thailand telah bersetuju untuk melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala - selama tiga bulan lagi sehingga 9 Oktober, bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

SOKONG

PERJUANGAN

RAKYAT PATANI

AMIN

HAK UNTUK

MERDEKA

KHALAS

Tiada ulasan: