PERKARA INI
MUDAH SELESAI
AMIN
SEPERTI SELALU
TANGKAP
SOFIA RINI
PUNCA PEMBAWA
CERITA
AMIN
PAKSA SOFIA
BUAT PENAFIAN
AMIN
KEMUDIAN
FAHMI FADIL
UMUM SIASATAN
DAH SELESAI
AMIN
KHALAS SEMUA
BERITA BERES
KAH KAH KAH
AMIN
Dakwaan bekas pegawai PM curi duit, simpan di Afrika, sila bawa bukti – Anwar
JOHOR BAHRU – Anwar bin Ibrahim berkata, wanita yang membuat dakwaan pegawainya mencuri wang dan disimpan di Afrika atas arahannya perlu dibuktikan.
Menurutnya, beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular dalam media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.
“Kalau dia ada alasan dia kena ada bukti. You layan itu? You layan? Kalau 1,000 komen saya kena jawab semua? Kalau ada bukti bawalah.
“Kalau tidak ini jadi sarang fitnah dan sebagainya. Saya ada banyak kerja. Mak cik mana bagi komen you nak layan,” katanya ketika ditemui dalam Program Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temonggong Ibrahim di sini hari ini.
Sebelum itu Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Faisal Ismail Aziz menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat satu rakaman tular mengandungi dakwaan serius oleh individu dikenali sebagai Sofia Rini membabitkan dakwaan salah laku melibatkan bekas pegawai Anwar bin Ibrahim..
Menurut beliau, video berkenaan mengandungi beberapa dakwaan utama termasuk tuduhan wang yang didakwa dicuri bekas pegawai berkenaan telah dibawa ke Afrika untuk disimpan selain dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan atas arahan Anwar bin Ibrahim sendiri.
Tambahnya, Sofia juga mendakwa Anwar bin Ibrahim akan melarikan diri ke Afrika atau Turki sekiranya berlaku sesuatu dalam negara serta mendakwa bekas pegawai yang dinamakan mempunyai kekayaan mencecah berbilion ringgit.-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan