Selasa, 12 Mei 2026

PROJEK JUAL VAKSIN SEDANG BERJALAN


PROJEK JUAL

VAKSIN

AMIN

PROJEK KONTROL

PENDUDUK

AMIN

SEMUA SEDANG

BERJALAN

KHALAS




Kapal wabak hantavirus belayar ke Belanda selepas penumpang dihantar pulang


Tersalah prosedur, 12 kakitangan hospital Belanda dikuarantin selepas rawat pesakit hantavirus

THE HAGUE: Seramai 12 kakitangan sebuah hospital di Belanda yang merawat seorang pesakit positif hantavirus yang dipindahkan dari kapal persiaran MV Hondius telah dikuarantin sebagai langkah pencegahan selepas prosedur rawatan tidak dipatuhi dengan betul, menurut hospital itu.

Hospital Universiti Radboud di timur Belanda dalam satu kenyataan berkata, kesilapan prosedur berlaku ketika pengambilan sampel darah serta pelupusan air kencing pesakit.

"Disebabkan keadaan ini, 12 pekerja akan menjalani kuarantin pencegahan selama enam minggu sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun risiko jangkitan adalah rendah," menurut kenyataan hospital.

Kesilapan pertama berlaku ketika pengambilan darah pesakit sebaik tiba pada Khamis.

Walaupun prosedur standard digunakan, hospital memaklumkan bahawa "disebabkan sifat virus ini, darah tersebut sepatutnya diproses mengikut prosedur yang lebih ketat."

Pada Sabtu pula, hospital mendapati prosedur lebih ketat juga tidak dipatuhi dalam pelupusan air kencing pesakit.

"Walaupun kemungkinan jangkitan sebenar adalah sangat kecil, langkah-langkah ini memberi kesan besar kepada semua yang terlibat," kata Bertine Lahuis, pengerusi lembaga hospital itu.

"Kami kesal perkara ini berlaku di pusat perubatan universiti kami. Kami akan menyiasat dengan teliti perjalanan kejadian untuk mengambil pengajaran dan memastikan ia tidak berulang pada masa depan," tambah Lahuis.

Pesakit berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan, dipindahkan dari MV Hondius melalui ambulans udara dan dimasukkan ke Hospital Radboud pada Khamis.

Kemudian, disahkan bahawa pesakit tersebut positif hantavirus. - AFP



SAEKOR TERAM MASUK PERANGKAP


SAEKOR TERAM

MASUK

 PERANGKAP

KAH KAH KAH

AMIN

SELAMATKAN NEGARA DARI CUKONG


SELAMATKAN

NEGARA DARI

CUKONG

AMIN

Unknown commented on 
"HASUT RAKYAT 
GUNA PELURU CUKAI YANG KAYA"

satu menghasut satu lagi sebab cukong banyak projek dalam terowong gelap..
gst tak noleh lari cukai...

bukti... DAPig mengamuk kalau cukai tambahan dekat cukong kaya.. cukong sumber dana DAPig

sebab tu projek babi wajib diteruskan untuk dana Politik...

kah kah kah

BERITA BAIK UNTUK ANWAR BIN IBRAHIM


BERITA AMAT BAIK

UNTUK ANWAR

BIN IBRAHIM 

AMIN 

PEMBANTU 

PENASIHAT

 POLITIK ASEAN

DI BEBASKAN

KHALAS



BETUL KE TENTERA AMERIKA TERKUAT DALAM DUNIA ?


TERAM WAJIB

SERANG IRAN

LEPAS PULANG

DARI CHINA

AMIN

DUNIA NAK TENGOK

BETUL KE  TENTERA

AMERIKA TERKUAT 

DALAM DUNIA

SEPERTI TERAM

SELALU KLIM

KHALAS




Iran sedia beri 'pengajaran yang tak dapat dilupakan' kepada penceroboh


ISTANBUL: Iran bersedia memberikan "pengajaran yang tidak dapat dilupakan" terhadap sebarang bentuk pencerobohan, kata Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf.

Kenyataan itu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak cadangan terbaru Tehran untuk menamatkan perang, lapor Anadolu Ajansi.

"Angkatan tentera kami bersedia untuk memberikan pengajaran yang tidak dapat dilupakan terhadap sebarang pencerobohan," tulis Qalibaf dalam hantaran di platform X.

"Strategi yang salah dan keputusan yang salah sentiasa menghasilkan keputusan yang salah. Seluruh dunia sudah memahaminya," tambah beliau.

Disyorkan
Al-Quran usia lebih 1,000 tahun, helaian naskhah daripada kulit haiwan jadi tumpuan
Isteri belum tahu suami dibunuh
RUU had tempoh jawatan PM 10 tahun: Anwar patut dihormati, dipuji tawar diri - Menteri
Arwah nak nikah sebelum Raya Haji, tunang dirisik sehari sebelum anak maut kemalangan - Ibu
Qalibaf turut memberi amaran bahawa Iran bersedia menghadapi "semua pilihan," sambil berkata pihak lawan "akan terkejut."

Play

Next
Mute
Current Time 
0:09
/
Duration 
4:10
Fullscreen

Backward Skip 10s

Play Video

Forward Skip 10s
Dalam hantaran berasingan di X, beliau berkata tiada "alternatif" selain menerima hak rakyat Iran yang terkandung dalam cadangan 14 perkara yang dikemukakan Tehran.


"Sebarang pendekatan lain tidak akan membawa hasil; hanya kegagalan demi kegagalan," tulis Qalibaf.

"Semakin lama mereka melengah-lengahkan, semakin banyak pembayar cukai Amerika akan menanggung kosnya," tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi mengkritik usaha yang diketuai AS berhubung draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Selat Hormuz.

Dalam hantaran di X, Gharibabadi berkata, cubaan AS dan beberapa rakan serantau untuk memajukan draf resolusi mengenai laluan strategik itu bertujuan "memutarbelitkan realiti" berhubung apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan ketenteraan serta sekatan laut yang tidak sah terhadap Iran.

Beliau berkata, kebebasan pelayaran tidak boleh ditafsir secara terpilih atau dipisahkan daripada Piagam PBB, sambil menegaskan bahawa sebarang inisiatif keselamatan maritim yang mengabaikan "penggunaan kekerasan, sekatan laut dan ancaman berterusan" akan kehilangan sifat berkecuali dan kredibiliti.

Gharibabadi turut menyatakan bahawa sebarang cadangan berkaitan Selat Hormuz yang gagal menangani apa yang digambarkan Tehran sebagai pencerobohan serta "hak sah" Iran untuk mempertahankan kepentingan keselamatannya adalah "berat sebelah, bermotif politik dan pasti gagal."

Amaran itu dikeluarkan selepas Trump menolak respons terbaru Iran terhadap cadangan AS untuk menamatkan perang sebagai "langsung tidak boleh diterima."

Pegawai dan media Iran menyatakan cadangan Tehran memberi tumpuan kepada usaha menamatkan perang, mengangkat sekatan, serta memulihkan keselamatan maritim di Selat Hormuz.

AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu, mencetuskan tindak balas Tehran terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk, serta penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April melalui pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan.

Gencatan itu kemudian dilanjutkan oleh Trump tanpa tempoh masa ditetapkan.-- BERNAMA-ANADOLU

HASUT RAKYAT GUNA PELURU CUKAI YANG KAYA


DULU 

GST DI TENTANG

SEBAGAI PELURU

MENGHASUT LAWAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR ANWAR BIN IBRAHIM


TERBAIK

SALUT UNTUK

ANAK MUDA

AMIN

KERAJAAN INI

WAJIB DI GULINGKAN

AMIN

BILA MADANI 

RUNTUH LUNGKUP

TANGKAP & DAKWA

ANWAR BIN

IBRAHIM

AMIN

KESALAHAN

MEMBAWA KONGSI

GELAP KE BADAN

POLITIK MALAYSIA

AMIN


'Anwar gagal' - Lapan pemimpin sayap siswa PKR keluar parti

Lapan pemimpin majlis pimpinan pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan telah keluar dari parti PKR selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan presiden parti Anwar Ibrahim selaku perdana menteri.

Pengerusinya Ram Erfan Zur Nuqman mengesahkan perkara itu pada satu sidang media di Petaling Jaya, malam tadi.

"Kami menolak budaya mempertahankan parti secara membuta tuli ketika prinsip perjuangan semakin ditinggalkan.

"Sehubungan itu, sebanyak lapan ahli majlis pimpinan pusat MKM mengumumkan keluar daripada parti hari ini," katanya.

Selain Ram Erfan, timbalan pengerusi R Paarveen, naib pengerusi II Ismail Hakim, setiausaha kerja Muhammad Zuhair Hazman Zohari, setiausaha kerja II Khairunnabiha Baharin, bendahari Emy Azariena, ketua penerangan Muhammad Luqman Hakim Mohd Kamal dan ketua biro seni, budaya & sukan Muhammad Danish Fitri Mohd Razi turut umum keluar parti.

Sementara, naib pengerusi III, Saw Zi Xuan pula meletak jawatan dalam majlis pimpinan pusat MKM namun kekal dalam parti.

Katanya, selaras dengan Fasal 13.3 Perlembagaan Mahasiswa Keadilan Malaysia, apabila lebih daripada satu pertiga Ahli Majlis Pimpinan Pusat MKM meletakkan jawatan, maka kepimpinan sayap siswa PKR itu terbubar dengan sendirinya.

"Dengan itu, majlis pimpinan pusat MKM terbubar secara rasmi.

"Pemilihan yang baru perlu dilaksanakan melalui Mesyuarat Agung Khas MKM," katanya.

Mengulas lanjut, Ram Erfan berkata bahawa PKR hari ini bukan lagi parti reformasi yang pernah diyakini oleh anak muda.

Dia menyenaraikan enam perkara sebagai punca hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

"Parti yang dahulu melaungkan perjuangan melawan salah guna kuasa, ketelusan dan kebebasan institusi kini dilihat semakin jauh daripada prinsip tersebut.

PKR gagal jawab

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa ini adalah tembakan sembarangan. Apakah isu-isu spesifik yang kalian nyatakan bahawa kalian tidak boleh berstruktur dalam kerajaan ini?

"Jadi, kita nyatakan kegagalan kerajaan pada umum ini. Saya dan anggota saya rasakan ini antara garis merah yang menyebabkan kita tidak lagi boleh mengkritik kerajaan dengan menjaga dan membaik pulihnya," katanya.

Antara perkara yang didakwa sebagai kegagalannya adalah isu mafia korporat, dakwaan seorang ahli parlimen PKR menerima RM9.5 juta daripada seorang ahli peniagaan, isu saham ketua pesuruhjaya Azam Baki, tekanan ke atas pihak yang kritikal terhadap kerajaan, kegagalan dalam kebebasan media dan pertikaian dalam pemilihan parti.

"Dari awal lagi, PKR dan Anwar masih gagal untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan di sini.

"Kita bayangkan bahawa masalah ini akan terus ada sekiranya tiada gerakan yang mendesak kepimpinan PKR untuk berbuat sesuatu.

“Jadi, berdasarkan enam sebab ini kami hari ini hilang kepercayaan kepada Anwar," katanya lagi.

Dua ahli buat pusingan U

Sementara itu, Ram Erfan turut menolak dakwaan kenyataan awal MKM ke atas Anwar pada 10 Mei tidak pernah dibincangkan dan ia bukan keputusan majoriti majlis pimpinan pusat sayap PKR itu.

"Saya ingin maklumkan bahawa jumlah anggota majlis pusat MKM yang menang adalah 15 ahli. Pada awalnya, sebanyak lapan ahli majlis pusat setuju untuk letak jawatan. Maka, ia adalah keputusan majoriti.

"Namun, selepas kenyataan dikeluarkan salah seorangnya menarik balik keputusan letak jawatan. Bayangkan, dia bersetuju sehingga 7.55 malam untuk letak jawatan. Kenyataan keluar pada 8 malam.

"Kurang dari sejam dia tarik balik keputusan awal. Kami tidak pasti apakah tekanan dihadapi oleh ahli tersebut sehingga menarik balik keputusan letak jawatan," katanya.

Untuk rekod, MKM mengeluarkan kenyataan kepada Malaysiakini menyatakan selepas menilai hala tuju parti, mereka percaya PKR semakin tersasar daripada semangat reformasi asal.

Bagaimanapun, kurang sejam kemudian setiausaha agung sayap itu, Aqeef Salih tampil menafikannya.

“Kenyataan tersebut tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan melalui saluran rasmi MKM. Ia hanyalah tindakan beberapa kerat individu dalam pimpinan pusat yang mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan menggunakan platform MKM untuk menimbulkan kekeliruan serta persepsi negatif terhadap organisasi.

“Lebih memalukan, kenyataan tersebut langsung tidak disertakan nama dan jawatan individu yang bertanggungjawab mengeluarkannya. Ini jelas menunjukkan ia dibuat secara tidak profesional, tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik.

"Mana-mana pihak yang benar-benar berani dengan pendirian sendiri sepatutnya tampil secara terbuka, bukannya berselindung di sebalik nama organisasi mahasiswa," kata Aqeef.

Bagaimanapun, Ram Erfan berkata bahawa pendirian setiausaha itu bercanggah dengan pendirian awal.

"Walaupun dia tidak menyatakan untuk letak jawatan, saya mempunyai bukti mesej daripada saudara Aqeef yang jelas menyatakan bahawa PKR bukan lagi parti seperti dulu (parti reformasi).

"Namun, dia juga buat U-turn atas sebab yang kita tidak pasti," katanya.

Sementara itu, Ram Erfan menjelaskan keputusan yang dibuat mereka "bukan diperalatkan oleh mana-mana pihak."

"Kami nak tegaskan kami anak muda tidak akan menyokong mana-mana pemimpin atau parti politik.

"Namun perjuangan memandaikan rakyat tidak akan mati bersama parti. Seluruh bekas ahli MKM dijemput untuk terus istiqamah membina kesedaran dan literasi politik anak muda melalui platform bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Kami akan terus turun ke kampus-kampus seluruh Malaysia untuk membantu mahasiswa berfikir, menilai dan membuat pilihan politik secara matang serta berprinsip.

"Akhir sekali, kami menyeru seluruh anak muda khususnya mahasiswa supaya menilai semula kedudukan masing-masing dalam parti ini. Tanya diri sendiri. Adakah parti ini masih benar-benar membawa reformasi? Atau reformasi hari ini sekadar slogan untuk mendapatkan kuasa. Anak muda bukan alat propaganda politik. Anak muda ada maruah, prinsip dan keberanian untuk berkata benar walaupun pahit," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Aqeef untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

Dalam perkembangan sama, bekas pengerusi MKM dari Mac 2024 ke September 2025 Yuveraaj Pillai (gambar bawah) yang turut hadir sidang media itu juga mengumumkan keluar dari parti.

"Saya selaku timbalan ketua pemuda PKR cabang Batu dan ahli pimpinan Pemuda PKR Wilayah Persekutuan bersama lebih kurang 50 ahli Pemuda PKR yang terdiri daripada golongan profesional muda daripada bidang undang-undang, psikologi, ekonomi dan pelbagai latar belakang akademik telah membuat keputusan untuk keluar daripada PKR," katanya.

Menurutnya, PKR yang satu ketika berdiri sebagai parti reformasi dan harapan rakyat kini dilihat semakin hilang arah serta gagal mempertahankan prinsip-prinsip perjuangan yang pernah dijanjikan kepada rakyat Malaysia.

PKR menubuhkan MKM pada 2012 bagi mewakili suara mahasiswa universiti awam dan swasta.

Sejak ditubuhkan, MKM secara konsisten memperjuangkan isu berkaitan kebajikan pelajar, kebebasan akademik dan keadilan sosial.

MKM sebelum ini juga dikenali kerana pendiriannya yang lantang terhadap dasar kerajaan yang dilihat mengekang kebebasan bersuara di kampus.

Beberapa demonstrasi dan kempen kesedaran turut dianjurkan di seluruh negara bagi menyokong agenda reformasi.

KESAN PALAT PERANG LAWAN


PERANG ZIONIS

 BAWA

KESAN AMAT PALAT

AMIN

KITA MASIH DALAM

ZONE BERSEDIA

KHALAS

AL- FATIHAH


AL-FATIHAH

AMIN

CARI TOWKAY

YANG MEMBAWA

PENDATANG INI

MASUK

AMIN

DAKWA TAIKONG

MEMBUNUH

TANPA NIAT

INI LEBIH ADIL

KHALAS

23 diselamatkan, 14 masih hilang bot bawa PATI tenggelam berhampiran Pulau Pangkor

LUMUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan selepas sebuah bot yang dipercayai membawa pendatang tanpa izin warga (PATI) Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor, awal semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Mohamad Shukri Khotob, berkata pihak berkuasa menerima laporan pada jam 5.30 pagi daripada seorang nelayan tempatan yang menemui beberapa mangsa terapung di laut sebelum segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bertindak pantas mengaktifkan operasi SAR pada jam 6 pagi dengan menggerakkan KM Gagah dan Benteng 1203 ke lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi itu turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), polis serta nelayan tempatan.

"Sebuah bot nelayan tempatan berjaya menyelamatkan 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita, semuanya warga Indonesia.

"Mereka kemudian diiringi anggota APMM ke jeti Polis Marin Kampung Acheh bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Shukri berkata siasatan awal mendapati seramai 37 individu dipercayai berada di atas bot berkenaan ketika ia karam.

"Setakat ini, 23 mangsa berjaya diselamatkan manakala usaha mengesan baki individu masih diteruskan," katanya.

Beliau berkata pasukan penyelamat turut menemui tiga beg mengandungi pakaian yang dipercayai milik mangsa di kawasan pencarian.

"Semua mangsa yang diselamatkan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung.

"Siasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai bertolak dari Kisaran, Indonesia pada 9 Mei dan menuju ke beberapa destinasi di Malaysia termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Beliau menambah operasi SAR melibatkan pelbagai aset termasuk kapal TLDM KD Sri Indera Sakti, helikopter TLDM Fennec, dua bot tempur laju TLDM, pesawat APMM Bombardier CL-415 serta bot peronda PPM bagi pemantauan udara dan operasi pencarian di kawasan berkenaan.

"Setakat ini tiada penemuan baharu dilaporkan. APMM kekal komited menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi berkaitan bagi memastikan semua mangsa ditemui," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai khususnya komuniti maritim supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan mangsa hilang atau objek mencurigakan yang dilihat di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Perak di talian 05-683 8737 atau talian kecemasan 999.


SEMUA BERSATU HAPUSKAN CUKONG


SEMUA BERSATU

HAPUSKAN CUKONG

KHALAS

Unknown commented on 
"CUKONG KAYA KERANA MENIPU"

Kalau Malaysia tak ada cukong, hanya 2 jalan .... jadi negara komunis ... atau kembali zaman purba. Kakakakak

PN & PAS TERAJU NEGARA


PN & PAS

BOLEH MENEAJU

MALAYSIA

AMIN


Unknown commented on 
"JANGAN HANYA CAKAP NAK DEMO - BUAT SUSUN DAN BERDEMO !!"

dan disokong golongan teknokrat serta profesional dalam pelbagai bidang.

“PAS sangat teliti mengatur langkah dan strategi politik. PAS bukan sekadar pemain biasa di gelanggang politik,” katanya.

“PAS menghormati Muhyiddin sebagai tokoh negarawan dan meraikan kewujudan serta peranan IPR. Namun PAS sudah tentu mempunyai pelan tersendiri untuk mengemudi PN memimpin masyarakat majmuk.

PAGI INI


PAGI INI 





PAGI INI

SELASA 12 MEI 2026

PERANG HARI KE 73

GENCATAN SENJATA ???


AMERIKA TOLAK CADANAGN IRAN
Teram kata  gencatan senjata dah   nazak.
IRAN JAWAB  KAMI DAH SEDIA
UNTUK TERUS BERPERANG

Tak cukup dengan ini : IRAN KATA  IRAN ADA SENJATA BARU – jeng jeng jeng.

APA SENJATA INI ?
GURU NANAK PUN TAK TAHU

Harga minyak naik lagi. Selat  Hormuz masih di tutup. Amerika tembak  kapal tangki minyak milik Iran – Iran tembak kapal Amerika.

 Iran juga hantar drone ke negara Arab Barua Amerika – jeng jeng jeng.

RABU INI DI CHINA  – Teram akan jumpa Xi Jin Ping – NAK CERITO APO? Kah kah kah.

PARTI KELUARGA  RAMANAN
Parti  ini terus bergelawak. Taktik Rafizi cun – kacau dari dalam kah kah kah.

Anak Muda Mahasiswa semua  lari dari Parti  KELUARGA Ramanan  kah kah kah.

PKR sedang tikam  menikam sesama sendiri.

BILA MUSUH KAMU BUAT SALAH – JANGAN DI TEGUR – Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering – kemarin hujan tak jadi. Matahari belum kelihatan. Langit  ada tompok  hitam – masih ada air di udara, KL & KL Sentral berkabus.

Pagi ini dari awal Siti dan Keluarga dah datang sambut. Kali ini Tiong juga datang –  kali pertama Tiong datang wilayah ini  – wow – Tiong ini burung yang bijak – tahu di mana punca rezeki.

Gua gumbira pagi ini ramai datang makan.

Lopak lopak air semua dah kering. Kecuali jalan yang lekuk dalam masih berair. Panas petang  kemarin menyedut semua air bawa ke langit.

Berjalan pulang di Wakaf Pertama ramai menunggu – seperti biasa Tiong laki bini  datang. 

Gua ternampak seekor Puppy Itam Kurus – nak datang makan tapi takut – gua nak beri friskies  – dia lari – gua akan cuba lagi esok pagi jika dia muncul.

Hari ini akan panas – gua harap tak hujan petang ini. Amin

BRO
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA 
SEPERTI BIASA

BRO 
Pulau Pandan jauh berseri
Kayuh sampan di waktu pagi
Gua beri  lu jadi menteri
Lu  terus lupa pada  janji

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA