Isnin, 29 April 2013

KAJIAN BUKTI PAKATAN AKAN MENANG





PARTI KEADILAN BERSIKAP POSITIF TERHADAP KAJIAN PENDAPAT UMUM UMCEDEL, MEMPERTAHANKAN INTEGRITI UNIVERSITI

Parti Keadilan berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi kenyataan.

Perdana Menteri sementara Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum UMCEDEL. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji UMCEDEL pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum UMCEDEL memihak kepada pihak BN.

Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat pada Mei 5.

https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gifPihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43% orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk Negara) percaya kepada kebolehan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39% untuk Perdana Menteri i Najib Razak.

Adalah menggembirakan bahawa 54% daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang Melayu.

Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian.

Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan



---------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Najib ni....ihh...kalaau daun mati jatuh laman rumah dio ....marah tul dio....kalau boleh...dio kumpul semua daun mati tu....tengok kiri kanan takdak orang...tuang je ke rumah anuar....pui......takdak moral dan takdak timbang rasa....ORANG CINA CAKAP....MEH YU LI MAO........PUI.