Khamis, 19 Disember 2013

TUKAR TIUB -MEMECAH BERITA






GAMBAR INI DI SELUDUP KELUAR
inilah gambar kilang lynas tenggelam
keadaan tenggelam ini 
cuba di sorokkan dari pengetahuan umum

TIDAK ADA BERITA SUSULAN
tentang bagaimana 
jututera boleh tenggelam dalam kilang
kenapa  akhbar dan media
tidak buat kaji selidik
apa yang sebenarnya berlaku

PATIN DAN TALAPIA
apakah lynas selain dari
mengeluarkan radio aktif
juga memilihara 
ikan patin dan ikan talapia

BAGAIMANA 
DENGAN LONGGOKAN SISA
dikatakan telh bermula
maka sisa telah mula terkumpul
apakah sisa ini tengelam?
jika tenggelam maka ianya
akan merebak

SIAPA KATA KILANG INI SELAMAT
siapa yang berani kata kilang ini selamat
sila temui keluarga
muhamad fadzli
simpati dan al-fatihah
kepada keluarga


Jurutera Lynas ditemui mati lemas

KUANTAN - Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.

"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya. - Bernama


------------

5 ulasan:

Unknown berkata...

beri tahu mb nan kayap ... dulu dia jamin apa-apa berlaku dia bertanggungjawab ... dah berlaku dah ... dia sanggup tak bertanggungjawab?... kalau tidak sanggup berdosa besar .....

Pro Rakyat berkata...

Apasal air banjir kat kilang lynas tu warna hijau lain macam adakah air banjir telah bercampur sisa toksid ? Kalau air banjir dah bercampur sisa toksid sudah pasti ia dah merebak ke merata tempat di Kuantan dan boleh katakan semua tempat yang dilanda banjir di kuantan telah dicemari sisa toksid.

Awanama berkata...

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut,"

mati lemas ma. mati lemas lu boleh buat apa? dia mati lemas ma.

Pro Rakyat berkata...

Anon 4.41 ni bukan pasal jurutera lynas mati lemas tapi kilang lynas kena banjir dan adakah sisa radioaktif bercampur atau tak dengan air banjir sebab kalau bercampur bermakna sisa radioaktif telah merebak ke merata tempat di Kuantan dan kawasan sekitarnya. Kalau sisa radioaktif dah merebak lepas ni penduduk kuantan dan kawasan sekitar akan terdedah kepada pencemaran radioaktif nak tahu macam mana bahaya pencemaran radioaktif google kesan radioaktif di Perak , di Chernobyl dan Jepun.

Awanama berkata...

Padan muka penduduh Kuantan.. bodoh berlapis2.. berdemo pun x ada kesan pd BN..kahkahkah..