Jumaat, 24 Julai 2020

SEBUT NAMA RESTORAN ITU









CILAKAK

GUA DAH KATA

SEBUT NAMA

RESTORAN

YANG ADA

VIRUS KOBID

DALAM MEDIA

SEBAB

DI BRICKFILEDS

ADA BERPULUH

RESTORAN

Little India dipulau selepas pecah berita Covid-19 di Brickfields

BERITA meledaknya kes jangkitan Covid-19 Brickfields memberikan kesan besar kepada peniaga Little India yang terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan di Kuala Lumpur itu.

Ada peniaga di Little India mendakwa perniagaan mereka terjejas sehingga 80% sejak berita mengenai wujudnya kes jangkitan berlaku 1.5 km jauhnya daripada kawasan perniagaan itu.

Mereka bimbang perniagaan di Little India- terdiri daripada restoran, pakaian India, barangan kemas dan kedai kain- akan terus terjejas disebabkan salah lapor kes berlaku di kawasan itu.

“Kami faham ada dua kes Covid-19, tetapi kami percaya ia bukan berasal dari Little India tetapi di kawasan lain Brickfields.

“Sehingga sekarang, sepanjang jalan ini, tidak ada kes Covid-19 berlaku di kedai atau pekerja,” kata jurucakap Persatuan Komuniti Niaga Brickfields Kumar Alagarsamy.

Tambahnya, perniagaan di Little India sangat mematuhi prosedur operasi standard dikeluarkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak itu.

Kesukaran mereka bermula sejak pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham pada Ahad lepas mengenai kluster baharu di Kuala Lumpur yang dikesan di sebuah restoran di Brickfields.

Daripada kluster itu, dua pekerja warga India diuji positif Covid-19 apabila 14 pekerja dan 236 pelanggan menjalani saringan.

Dr Noor Hisham bagaimanapun tidak menyebut dengan khusus kawasan atau restoran yang terlibat.

Situasi itu bertambah buruk untuk komuniti Little India, terutama dalam kalangan perniagaan makanan, apabila media melaporkannya berserta gambar dan video kawasan itu.

Kumar yang juga pengarah urusan Sri Paandi berkata, pengguna mula menjauhkan diri daripada kawasan itu sejak berita itu dilaporkan.

“Gambar dan video Little India dimasukkan dalam berita dan dalam talian, tetapi ini bukan kawasan terjejas.

“Laporan berita menyiarkan gambar yang salah. Kerana pelanggan kami dapat maklumat salah, mereka rasa tak selamat dan menjauhkan diri dari kawasan ini.”

Tambahnya, sejak kluster restoran Brickfields itu dilaporkan media, perniagaan mereka terjejas antara 60% sehingga 80%.

“Terdapat 37 kedai dan restoran di sini. Perniagaan kami akan terus terjejas sekiranya perkara ini tidak dibetulkan.

“Kami tak mahu hilang lagi ramai pelanggan.”

Kumar berkata jawatankuasa sedang berusaha menghubungi media untuk membetulkan laporan mereka.

“Kami rasa maklumat itu salah dilaporkan.”

Pemilik Seetharam Family Curry House S Mahoharan berkata Brickfields adalah kawasan yang besar dan kes Covid-19 itu tidak melibatkan mereka.

“Perniagaan kami rancak berjalan pada Ahad tetapi bila berita keluar pada Isnin, kami rugi sehingga 80%.”

Tambahnya, pada Februari, mereka sudah membelanjakan RM170,000 untuk mengubah suai dan menaik taraf restoran tetapi semuanya bertukar buruk apabila perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa pada 18 Mac.

“Sekarang kami cuba memulihkan (perniagaan), ini pula yang berlaku. Kami perlukan media untuk mengeluarkan maklumat yang tepat.” – 24 Julai, 2020.

GUA HAMPIR

TIAP MALAM

DIBRICKFIELDS

AMIN

SEKARANG 

TAKUT 

HANTU KOBID

TAK ADIL PADA

WARUNG TOMYAM

RESTORAN HUSEN

OLD TOWN 

NASI LEMAK

AYAM BELANGA

AMIN

MEDIA WAJIB

BERI LAPORAN

TUNTAS

HENTIKAN

TAJUK BERITA

ANAK DATUK

MEROGOL

KITA ADA 

987564 DATUK

YANG TELAH 

DIJUAL BELI

AMIN

ANAK DATUK 

YANG MANA

TELAH MEROGOL

PUKRAK MUKRAK




Tiada ulasan: