Isnin, 8 Mac 2021

MUHYIDIN BOLEH SELAMAT


 

 MUHYIDIN

BOLEH SELAMAT

AMIN

SENANG SAJA

AMIN

MASUKAN SEMUA

KEPALA PENYAMUN

DALAM PENJARA

KHALAS 

Pisah dengan Bersatu 

selamatkan kerusi Umno,

 kata penganalisis

KEPUTUSAN Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang menguntungkan parti Melayu itu, kata penganalisis.

Penganalisis Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menjelaskan, ini kerana Umno tidak lagi perlu berunding dengan Bersatu untuk agihan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU15.

Maka, Umno tidak perlu menggadaikan kerusi di kawasan boleh menang semata-mata untuk memenuhi kuota parti mengikut rundingan, katanya kepada The Malaysian Insight.

“Ini menjadikan (PRU15) pertandingan terbuka. Siapa yang kuat dia akan menang, dari satu segi akan menguntungkan Umno.

“Contohnya, di kerusi Umno boleh menang, tapi diserahkan kepada Bersatu semata-mata nak penuhi kuota boleh merugikan Umno,” katanya.

Awang Azman mengambil contoh kerusi Parlimen Mersing, Johor. Kawasan itu kini kini diwakili Abdul Latiff Ahmad, yang menang atas tiket Umno sebelum keluar parti menyertai Bersatu.

“Kawasan itu akar umbinya Umno. Kalau dalam pilihan raya ditandingi Bersatu, lawan dengan parti lain tanpa Umno, ini merugikan.

“Yang lompat ke parti Bersatu ini biasanya hanya ketua bahagian atau timbalan ketua bahagian, ahli tidak, dalam konteks ini Umno tidak rugi,” katanya.

Namun jika masih dalam kerjasama Perikatan Nasional sewaktu PRU15, Umno perlu berkongsi kerusi yang ada dengan Bersatu sekali gus menyukarkan peluangnya untuk mendominasi, katanya.

Walhal parti itu sememangnya lebih berpengaruh berbanding Bersatu dan PAS dalam PN, katanya.

“Kita tahu antara Umno, PAS, dengan Bersatu, parti mana yang lebih ramai ahli. Sudah tentu Umno. Takkan Bersatu boleh menang di negeri yang ahli Umno ramai, contohnya di Melaka atau Pulau Pinang.”

Jika rundingan dibuat untuk memberi peluang sama rata, Umno akan kehilangan peluang untuk menguasai kerusi tersebut, katanya.

“Katakanlah agihan kerusi 50-50 (Umno-Bersatu), Umno tidak akan mampu mendominasi kalau begitu. Belum bertanding sudah tahu Umno hilang kerusi,” kata Awang Azman.

Oleh itu, Umno perlu membuat keputusan sukar demi kelangsungan jangka panjang dan meleraikan kekusutan yang berlaku sekarang dalam suasana politik yang tidak menentu.

“Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pun sudah pasti tak mahu jadi presiden yang menyebabkan Umno hilang kerusi mereka kepada Bersatu,” katanya.

Selepas PRU15, parti berkenaan kemudian boleh kembali ke meja rundingan dengan kerusi yang dimenangi untuk membentuk pakatan baharu kerajaan, katanya.

“Bila sudah menang, baru mereka akan fikir pakatan baru yang hendak dibentuk hasil daripada keputusan pilihan raya.

Beliau menjangka Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menguasai PRU15 dan berpendapat gabungan baharu tetap diperlukan untuk membentuk kerajaan.

“Walaupun ada yang kata PH akan mendapat kelebihan, saya tidak rasa akan berlaku kerana sokongan pengundi Melayu kepada PH hanya sekitar antara 25% hingga 35% sahaja,” katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali pula berpendapat pemimpin berkenaan menolak Bersatu kerana melihat parti itu mengancam kedudukan mereka.

Lebih-lebih lagi kerana pemimpin Umno masih berpendapat mereka satu-satunya parti yang mewakili kelompok pengundi Melayu, katanya.

“Umno tak boleh terima Bersatu kerana survival Umno tak boleh diteruskan, (dengan kehadiran Bersatu) Umno tak boleh jadi dominan.

“Umno masih anggap mereka parti yang mewakili Melayu, tak boleh terima orang lain, apatah lagi parti serpihan dan Umno nak kembali zaman cemerlang.

“Jadi mereka merasaka tidak ada orang yang boleh halang hasrat untuk mereka tanding sekurang-kurangnya 100 kerusi Melayu dan kena menang di 82 kerusi,” kata Mazlan.

Parti itu meraih penguasaan terbesar, 102 kerusi dalam PRU 2004 dan kini masih menjadi parti dengan jumlah kerusi paling banyak dalam gabungan PN.

Umno mengesahkan tidak lagi akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 namun masih kekal berada dalam kerajaan PN buat masa ini.

Keputusan itu dibuat dalam satu pemukiman Umno pada 19 Februari dan dimaklumkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu.

Isu berkenaan dibincangkan Majlis Tertinggi Bersatu pada 26 Februari dan Muhyiddin kemudian dilaporkan berkata parti itu sudahpun mencapai keputusan berkenaan pendirian Umno.

Mengulas perkembangan itu, Mazlan berkata, pendirian Umno tersebut kini menimbulkan kekeliruan kepada PAS.

“Kenyataan MT Umno itu maksudnya tidak akan perundingan kerusi dengan Bersatu, Apabila itu berlaku, akan berlaku sedikit kekeliruan antara Umno dengan PAS.

“Lebih-lebih lagi di Kelantan, yang menjadi pusat kepada PAS,” katanya.

Mazlan berkata Umno sedar hakikat tindakan mereka mengakibatkan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan.

Oleh itu beliau berpendapat pendirian berkenaan dizahirkan Umno selepas yakin sokongan terhadap parti tersebut sudahpun pulih, dengan melihat prestasinya dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK).

Beliau juga berpendapat, Umno memutuskan untuk terus kekal menyokong kerajaan PN pada waktu ini pula dibuat untuk memastikan pentadbiran negara stabil.

“Momentum sokongan Melayu kepada Umno di PRK Slim terakhir, menunjukkan Umno telah pulih.

“Sebab itu Umno yakin mereka boleh bertanding tiga penjuru, tapi kenapa masih kekal dalam Perikatan Nasional, itu untuk elak negara tak stabil.

“Kalau mereka tarik sokongan sekarang belum tentu Umno boleh berkuasa. Mungkin PH akan naik (menjadi kerajaan),” kata Mazlan.

Oleh sebab itulah Umno terus menekan Muhyiddin agar Parlimen dibubarkan sesegera mungkin, katanya lagi.

Mazlan juga menjangka Umno akan berubah pendirian sekiranya Bersatu bertindak balas dengan reaksi lebih keras, namun melihat Muhyiddin masih bertenang.

Ini kerana Muhyiddin pada hujung minggu lalu mengulangi pendirian untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin apabila pandemik Covid-19 terkawal sepenuhnya.

Bagaimanapun, kerajaannya mengumumkan sidang Parlimen masih belum dapat diadakan sewaktu darurat berkuatkuasa walaupun Yang di-Pertuan Agong menyatakan sebaliknya.

“Kalau ada tindakan keras daripada Bersatu mungkin ada perubahan politik.

“Mungkin Umno akan berunding dengan PH. Tapi saya jangka Muhyiddin akan kekal tenang. Dia tak melatah. Walaupun Umno tarik diri sekalipun kerajaan ini selamat hingga Ogos kerana darurat.

“Kesimpulannya, Umno akan terus mengasak Bersatu, nak segera pilihan raya umum diadakan, makin lama kerajaan ini Umno makin lemah, PN makin kuat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommudin Bakar pula berkata, tindak-tanduk Umno itu menunjukkan sikap tidak bermaruah.

“Mereka putuskan hubungan dengan parti kerajaan tapi nak jadi kerajaan. Macam tak bermaruah. Menimbulkan persoalan besar kepada integriti dan maruah Umno,” katanya.

“Ketiga tiga parti ini hanya bertahan hanya untuk berkuasa tapi tak ada persefahaman untuk mentadbir secara harmoni. Ini menyebabkan ketidakyakinan pihak luar,” katanya.

Sikap Umno yang masih berhasrat untuk terus kekal dalam PN itu menerima kecaman keras dari veteran parti seperti Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, Umno perlu segera menarik diri dari kerajaan PN demi maruah. – 6 Mac, 2021.

BILA NAJIB

ZAHID KU NAN

EEE MAT MASLAN 

MASUK PENJARA

SEMUA AKAN 

SENYAP MENYAP

AMIN

 TAK CAYA 

CUBA TRY

KAH KAH KAH

AMIN 



1 ulasan:

Awanama berkata...

Bukan saja Muhyidin boleh selamat. Negara dan rakyat pun boleh selamat. Kalau penyamun dah masuk penjara, separuh tim pengacau akan senyap. Kerajaan dapat mula fokus kepada agenda negara dan rakyat, bukan tiap hari main nombor, main tikam-tikam. Tapi jangan lupa ada lagi separuh tim pengacau termasuk politikus yang tak henti angan nak jadi pm.