Isnin, 8 Mac 2021

PENYANGAK BARU MASUK ATAU BARU SAMPAI ?


 

 SIAPA TUAN

PENYANGAK INI

KAH KAH KAH

MUKA MACAM 

BARU

KAH KAH KAH

Pejuang mahu Putrajaya 

perjelas dakwaan 

kes jenayah bos 5G 

di India, Indonesia 

PEJUANG mahu kerajaan menjelaskan sama ada ketua pegawai eksekutif syarikat pembangunan rangkaian 5G pernah berdepan tndakan jenayah di luar negara. 

Ketua biro ekonomi parti itu Armin Baniaz Pahamin berkata terdapat laporan media yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Bhd Augustus Ralph Marshall berdepan tuduhan jenayah di Indonesia dan India dan mempunyai waran tangkap di India. 

Marshall dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif DNB sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) bagi menguruskan pembangunan teknologi 5G di negara ini pada 1 Mac lalu. 

“Ketua Pegawai Eksekutif DNB memiliki tanggungjawab besar kerana beliau akan mengawasi penggunaan infrastruktur 5G di seluruh negara dan untuk memastikan bahawa vendor dipilih secara adil dan profesional, dana digunakan dengan berkesan dalam anggaran dan penyampaian diselesaikan tepat pada waktunya.

“Pejuang menggesa kerajaan untuk menjelaskan sebarang pertuduhan ke atas Augustus Ralph Marshall atau menunggu kes pengadilan (jika ada) yang telah dituduh terhadapnya di India oleh Biro Penyiasatan Pusat (CBI), Indonesia dan di negara lain,” kata Armin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan pada 1 Mac lalu mengatakan bahawa DNB akan diuruskan dengan rangka tadbir urus yang sesuai dan amalan terbaik global.

“Kami menggesa kementerian untuk mula menegakkan ketelusan dengan menunjukkan kredibiliti dan integriti bagi lantikan yang dipersoalkan.”

Menurutnya idea untuk mewujudkan syarikat infrastukrtur telekomunikasi milik kerajaan dimulakan pada 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional yang mana Marshall juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Broadnet Sdn Bhd  – syarikat yang bertanggungjawab untuk membina kemudahan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini. 

Projek berkenaan bagaimanapun dibatalkan oleh Pakatan Harapan untuk proses tender menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP. Broadnet menyerahkan lesennya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada 2018. – 7 Mac, 2021.

MALOAN INI

WANTED

KAH KAH KAH

APA UDAH

JADI ?

KHALAS 

Tiada ulasan: