Selasa, 7 Jun 2022

RAFIZI MENANG KECUALI DITIPU



Pemilihan PKR: Afdlin Shauki buat laporan polis terhadap JPP

KUALA LUMPUR: Datuk Afdlin Shauki yang tewas merebut jawatan Ketua Bahagian Setiawangsa dalam pemilihan PKR bulan lalu, tampil membuat laporan polis terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) malam tadi.

Pelakon, penerbit dan pengarah itu mendakwa, JPP gagal menguruskan perjalanan pengundian dengan baik sehingga dipercayai wujud banyak penipuan.

Beliau hadir membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam tadi di Balai Polis Pudu.

"Hari ini kami buat laporan polis terhadap apa yang kami lihat berlaku ketika pemilihan parti dan laporan ini terhadap JPP.

"Kami rasa ada banyak benda yang mereka (JPP) lakukan yang menimbulkan syak wasangka dan juga benda-benda yang mereka lakukan yang terang-terang salah.

"Jadi, kami sudah buat laporan ke JPP tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Tak ada panggilan, tak ada tanya khabar, ucapan Selamat Hari Raya, semua tak ada. Yang ada hanyalah senyap dan sunyi.

"Oleh kerana itu, kami terpaksa ambil tindakan untuk membuat laporan kepada pihak polis untuk memulakan siasatan tentang perkara yang kami tanyakan," katanya.

Afdlin ketika ditemui turut mendakwa terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi Bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

Malah jelasnya, pengiraan kertas undi juga dibuat tanpa wakil calon dan cara bagaimana proses pengiraan dibuat tidak didedahkan.

JPP juga didakwa turut melakukan kesalahan apabila melantik bekas Setiausaha Bahagian Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami kepada salah seorang calon Wanita bahagian untuk bertugas di dewan tempat mengundi semasa hari pemilihan.

Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding dan tiada jaminan ketelusan dan integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali dan berkepentingan.

Dalam pemilihan lalu, Afdlin tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Bahagian PKR Setiawangsa.

Ia dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.





KIRA SAMPAI

MENANG

KAH KAH KAH

KES UNDI

TALIAN INI

MUDAH SAJE

AMIN

SAPA KONTROL

SERVER MAKA

DIA KONTROL

JUMLAH UNDI

KHALAS

TAK CAYA

TANYA AL GORE

KENAPA DIA 

KALAH DI FLORIDA

KAH KAH KAH

SERVER MILIK

JEFF BUSH

ADIK KEPADA

BUSH YG LAWAN

AL GORE

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: