Selasa, 7 Jun 2022

SEORANG LAGI JADI KENG

 


Penasihat 1MDB terima RM30,000 sebulan tanpa buat apa-apa, mahkamah diberitahu


BEKAS ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Sidek Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi pagi ini bahawa syarikat milik Kementerian Kewangan itu tidak pernah bersidang untuk satu mesyuarat pun sepanjang tahun beliau berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

Saksi pendakwaan ke-19 dalam perbicaraan Najib Razak berhubung penyelewengan lebih RM12 bilion dana 1MDB juga memberitahu mahkmaah selama lima tahun beliau tidak pernah menerima jemputan menghadiri mana-mana mesyuarat tahunan.

Sidek merupakan ketua setiausaha kerajaan dari September 2006 hingga Jun 2021 dan dilantik oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak sebagai ahli lembaga penasihat pada 2010.

“Saya menerima surat pelantikan saya sebagai ahli lembaga pengarah pada 30 Ogos 2010. Ini adalah surat daripada perdana menteri (Najib) yang menyatakan pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta dan saya dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat tahunan yang akan dipengerusikan oleh perdana menteri sendiri,” kata Sidek yang membaca daripada kenyataan saksi.

“Selepas dilantik saya tidak pernah hadir mahupun diundang menghadiri mana-mana mesyuarat tahunan atau perbincangan berkaitan 1MDB.

“Saya tidak pernah meminta perdana menteri atau 1MDB dilantik untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Najib sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah berhubung penyelewengan dana 1MDB RM2.28 bilion.

Beliau berdepan 25 pertuduhan, empat penyalahgunaan kuasa dan 21 kes pengubahan wang haram bagi kesalahan yang didakwa dilakukan antara 2011 dan 2013.

Sidek juga memberitahu mahkamah selain tidak diundang menghadiri sebarang perbincangan berkaitan 1MDB beliau tidak pernah diberi taklimat oleh pengurusan 1MDB tentang apa-apa berkenaan operasi syarikat itu.

Beliau bagaimanapun berkata walaupun tidak melakukan apa-apa sebagai penasihat namun beliau menerima pendapatan bulanan RM30,000. 

“Sepanjang saya dalam 1MDB saya dibayar RM30,000 sebulan sebagai ‘yuran nasihat’ dan surat itu ditandatangani oleh Shahrol Azral Ibrahim Halmy pada 2010.

“Saya ingin nyatakan ketika Najib jadi perdana menteri, pernah sekali dia tanya saya tentang gaji sebagai KSN dan dirasakan gaji saya sebagai KSN terlalu rendah.

“Jadi, saya anggap pelantikan saya dalam 1MDB adalah untuk tingkatkan pendapatan saya selaku KSN yang dianggap Najib sebagai sepadan,” katanya.

Sidek menerima bayaran sebanyak RM30,000 sebulan dari Julai 2010 hingga Disember 2012.

Jumlah itu kemudiannya dikurangkan kepada RM10,000 sebulan dari Januari 2013 hingga Jun 2015. 

Tambahnya beliau mengisytiharkan bayaran tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mengenai dakwaan masalah dalam 1MDB Sidek berkata beliau hanya mengetahui mengenainya melalui pembacaan di akhbar termasuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tak pernah diberi penerangan atau diberitahu lebih lanjut berkenaan siasatan terhadap 1MDB. Saya sahkan Najib selaku perdana menteri ketika itu tidak pernah jelaskan isu 1MDB kepada saya, walaupun dengan pelantikan saya sebagai ahli lembaga penasihat.

“Saya juga ingin katakan yang saya tak pernah tanya Najib atau sesiapa dalam 1MDB berkenaan masalah dalam syarikat kerana menurut kefahaman saya, 1MDB ditubuhkan untuk digunakan sebagai dana politik kepada parti pemerintah ketika itu, iaitu BN,” tambahnya.

Sidek dijangka dipanggil semula esok untuk disoal balas oleh peguam utama pembelaan Shafee Abdullah. Kes dibicarakan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – 7 Jun, 2022.


BELOT BELOT

JADI KENG

KAH KAH KAH

SELAMATKAN

DIRI SENDIRI

AMIN

BIARKAN NAJIB

SORANG MASUK JIL

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

JADI KENG

MAKIN SUSAH

AGONG NAK

AMPOOOON

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Asrul Sani berkata...

Belot jadi keng satu hal. Tapi bekas KSN ni pun jenis buta perut juga. Langsung tak ada rasa guilty masa tedarah duit RM 30k sebulan tanpa lakukan apa2 kerja. Apa.. dia ingat dia Duta Khas Ke Timur Tengah Bertaraf Menteri ka senang2 nak makan gaji elaun buta tanpa buat kerja? Duit MDB tu duit rakyat wooiii...akai letak kat mana..... Mana etika sebagai seorang ketua penjawat awam. Sembahyang tunggang tonggek tak dapat mensucikan hati ka...kalau dah level KSN perangai macam tu...jangan salahkan Polis Pacak pau duit pekerja Bangla Indon la....

Tanpa Nama berkata...

Pasnie gua rasa mamat nie tak mahu balik kePekan lg.