Jumaat, 21 Oktober 2022

AKHIRNYA DUNIA INI MILIK ANAK MUDA


40% pengundi baharu tak tahu nak sokong parti mana, menurut tinjauan

SEBANYAK 40 peratus pengundi muda baharu tidak tahu parti mana yang mereka akan sokong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai.

Katanya, tinjauan terbaharu yang dilakukan Undi18 melalui sebuah agensi mendapati pengundi sama ada tidak tahu parti mana yang hendak diundi atau tiada maklumat mengenai parti tersebut.

“Berdasarkan tinjauan, kami dapati kira-kira 40 peratus pengundi tidak menyokong mana-mana parti politik.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka mempunyai pandangan sendiri tentang politik, tetapi tidak ada pihak dominan yang mempengaruhi mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, tinjauan di seluruh negara itu dijalankan tiga bulan lepas melibatkan belia semua kaum berumur antara 18 dan 30 tahun.

Tharma, bagaimanapun, melahirkan rasa kecewa dengan angka itu, yang mewakili sebilangan besar pengundi muda yang tidak menentu.

“Perkara ini sepatutnya sangat merisaukan semua parti politik.

“Di situlah mereka (belia) mengambil berat tentang politik, berminat dengan demokrasi negara tetapi mereka tidak tahu apa naratif yang dibawa oleh semua parti.

“Persoalan belia ialah: Mengapa saya perlu yakin dengan (parti politik) anda? Mengapa saya perlu percayakan anda? Mengapa saya perlu guna duit balik mengundi anda?

“Ini adalah soalan yang mesti dijawab oleh parti politik sebelum PRU15.”

Beliau juga berkata golongan belia ingin tahu keunikan setiap parti politik dan apa yang boleh mereka lakukan untuk menjadikan kehidupan golongan muda lebih baik.

Bagi mewujudkan kesedaran mengenai pelaksanaan Undi18, Tharma berkata Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melakukan lebih banyak lagi dalam menyebarkan maklumat mengenai kesedaran mengundi.

Beliau berkata walaupun mereka telah menjalankan beberapa inisiatif di sekolah dan universiti, masih banyak lagi yang boleh dilakukan.

“Kami rasa tidak ramai pelajar yang dapat manfaat daripada program-program ini, yang kami rasa ianya tradisional termasuk seminar dan ceramah.

“Kerajaan perlu guna lebih banyak kaedah baharu dan kreatif serta bekerjasama dengan agensi lain untuk memastikan berjuta-juta belia tahu hak mereka.”

Beliau berkata semasa pandemik Covid-19 terdapat MySejahtera dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berterusan oleh kerajaan untuk memaklumkan kepada rakyat tentang apa yang berlaku di negara ini.

“Dengan cara yang sama kerajaan boleh menghantar SMS kepada semua rakyat Malaysia yang telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.

“Supaya mereka tahu tanggungjawab dan hak mereka sebagai pengundi.” – 21 Oktober, 2022.


ANAK MUDA

JADI PENENTU

MASA DEPAN

NEGARA KITA

AMIN

AKHIRNYA 

DUNIA INI

MILIK ANAK MUDA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: