Khamis, 26 Januari 2023

APA JADI KES AZAM BAKI ?



Nilai integriti pudar, `buaya ekonomi' buat tuntutan palsu, kata SPRM


“BUAYA ekonomi” yang mengambil kesempatan membuat tuntutan palsu bagi memperoleh dana kerajaan, menyebabkan golongan yang sepatutnya mendapat manfaat terpinggir dan ekonomi tidak dapat berkembang seperti dijangka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Khusairi Yahaya berkata nilai integriti dilihat semakin pudar, dalam segelintir syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan menerusi penyaluran dana atau bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau berkata kerajaan menyediakan dana seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), yang bertujuan membantu rakyat yang terkesan akibat tekanan ekonomi sepanjang pandemik Covid-19.

“Golongan buaya ekonomi mengambil kesempatan secara terang-terangan, dengan membuat tuntutan palsu bagi memperoleh dana yang disediakan kerajaan untuk kekayaan sendiri.

“Inilah sikap buaya ekonomi di skala kecil dan sederhana, nilai integriti semakin pudar dan tamak haloba menjadi budaya, kesannya, golongan pekerja dibuang, mahasiswa menganggur, peniaga yang sepatutnya menerima faedah serta bantuan, dipinggirkan begitu sahaja dan terpaksa menutup perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khusairi berkata ketirisan dana berkenaan berlaku akibat beberapa faktor, antaranya kelemahan dalam proses semakan terhadap ketulenan maklumat yang menyebabkan beberapa syarikat yang dimiliki orang sama membuat tuntutan, isu darurat (kecemasan) digunakan sebagai alasan untuk tidak membuat “due diligence” terhadap pemohon.

Selain itu, katanya kerajaan juga tiada mekanisme jelas untuk memantau program atau aktiviti yang sedang dijalankan, untuk memastikan ia benar-benar dilaksanakan dengan jumlah peserta yang tepat dan tiada peraturan dan undang-undang jelas untuk diambil tindakan terhadap pemohon seperti senarai hitam, saman sivil dan tuntutan semula, dana yang tidak dibelanjakan.

Khusairi berkata hasil kerjasama antara SPRM dan agensi serta kementerian terlibat, seramai 133 individu terdiri daripada pemilik dan pengarah syarikat telah ditahan dan lebih 100 syarikat disiasat melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM194 juta dalam operasi khas tahun lepas dengan 34 pemilik atau pengarah syarikat didakwa di mahkamah.

“Pada 2023 SPRM akan memberikan tumpuan terhadap isu ketirisan dan penyelewengan dana dalam sektor sumber manusia, kebajikan, automotif, pendidikan dan pengajian tinggi, penternakan, pertanian serta perladangan,” katanya. – Bernama, 26 Januari, 2023.

WOIT

NI LAH YG SUSAH

KAH KAH KAH

ADA BANYAK

BUAYA 

BERKELIARAN

KAH KAH KAH

DALAM KABINET

PUN ADA BUAYA

KAH KAH KAH

WOIT

APA JADI

DENGAN KES

AZAM BAKI

DIA BUAYA KE

IKAN JERUNG

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang cakap itu cermin diri dulu boleh tak? Integriti ada tak? Kes banyak masuk tv pun pandai hilang hilang saja,kalau hilang ada bagi tahu apa sebab musababnya tak? Kah kah kalau meludah langit jatuh muka sendiri woit, kah kah sudah sudah makan gaji jangan makan rasuah amin, mati nanti tak bawa apa apa, sudah booking tiket ke syurga tak? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Yang cakap itu cermin diri dulu boleh tak? Integriti ada tak? Kes banyak masuk tv pun pandai hilang hilang saja,kalau hilang ada bagi tahu apa sebab musababnya tak? Kah kah kalau meludah langit jatuh muka sendiri woit, kah kah sudah sudah makan gaji jangan makan rasuah amin, mati nanti tak bawa apa apa, sudah booking tiket ke syurga tak? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Itu biawak, bukan buaya @ jerung...Biawak hidup mcm warna proton perdana yang goverment bagi kat pengarah.