Khamis, 26 Januari 2023

BANJIR MENYERANG JOHOR


Mangsa banjir di Johor cecah 5,000 orang

JUMLAH mangsa banjir di Johor terus mencatat peningkatan diikuti Sabah dan Pahang susulan hujan lebat berterusan, setakat malam ini.

Di JOHOR, Pontian menjadi daerah ketujuh dilanda banjir selepas Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar dengan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 51 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini meningkat kepada 5,000 berbanding 4,368 orang petang tadi.


2,000 pekerja ladang, Orang Asli 'terputus hubungan' di Kahang akibat banjir


LEBIH 2,000 pekerja ladang dan penduduk di perkampungan Orang Asli di Kahang, Kluang, Johor “terputus hubungan” akibat jalan penghubung ke kawasan berkenaan ditenggelami air akibat banjir, hari ini.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah berkenaan membabitkan 1,700 pekerja di 14 ladang dan 647 penduduk dari enam perkampungan Orang Asli.

Beliau berkata enam kampung yang terlibat adalah Kampung Orang Asli Pucur, Peroh, Sengka, Air Pasir Batu 17, Berasau dan Sedohok. Pemantauan dan usaha menghulurkan bantuan makanan serta keperluan akan dilakukan pagi esok.

AWAS

HATI HATI

KITA JAGA KITA

KHALAS

Tiada ulasan: