Ahad, 22 Januari 2023

RASUAH HALAL



Beri duit kepada pengundi rasuah, bukan sedekah, Isham beritahu Hadi

BERI wang tunai kepada pengundi semasa pilihan raya umum kemudian meminta mereka bersumpah untuk mengundi PAS bukan sedekah, sebaliknya sogokan atau rasuah, Ketua Penerangan Umno Isham Jalil.

Menurutnya, sedekah tidak ada timbal balasnya jika ia ikhlas diberi kepada orang yang memerlukan.

“Jika sesuatu transaksi itu ada timbal balasnya, ianya bukanlah sedekah, tetapi lebih kepada perniagaan, suapan, sogokan atau rasuah atau lain-lain transaksi selain sedekah, ” katanya di Facebook malam tadi.

Beliau seterusnya menggesa Presiden PAS Abdul Hadi Awang supaya tidak mencari dalil untuk menghalalkan sebarang bentuk perbuatan rasuah.

“Kepada Haji Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi.

“Jika rasuah pengundi ini halal, ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju apabila parti dan ahli politik boleh sewenangnya merasuah pengundi atas nama sedekah untuk menang pilihanraya?” katanya.

Isham mengulas kenyataan Hadi semalam, yang berkata pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Beliau juga menyifatkan tindakan Umno memfailkan petisyen berhubung sogokan didakwa berlaku sewaktu kempen pilihan raya di Terengganu itu sebagai perang saraf.

“Itu gerak saraf… Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi, orang awam nak bagi sedekah terpulang kepada dia,” kata Hadi yang juga ahli Parlimen Marang kepada pemberita selepas majlis Semarak Gelombang Rakyat bersama Perikatan Nasional, di Kuala Pilah semalam. – 22 Januari 2023. 


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MESTI ADA

AYAT

MESTI ADA HADIS

TENTANG TAFSIR

RASUAH SEBAGAI

SEDEKAH

KAH KAH KAH

TUAN HAJI HADI

TAK PERLU RISAU

BUKA KITAB

CARI AYAT

KAH KAH KAH

LAGI PEKAT

ARABNYA

LAGI SUCI

AYATNYA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: