Rabu, 8 Mac 2023

DUNIA MUSNAH KERANA MANUSIA



Penebangan hutan, perubahan iklim, longkang tersumbat punca banjir di Johor

BANJIR besar akibat hujan lebat di Johor mungkin berpunca daripada beberapa faktor, antaranya adalah aktiviti penebangan hutan besar-besaran yang menyebabkan perubahan iklim, kata pakar alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil berkata banjir di Johor akibat daripada kurangnya kesedaran Malaysia berkenaan perubahan iklim, penebangan hutan, pembangunan berlebihan dan sistem perparitan yang teruk di Johor.

“Contohnya, jika Johor dan Singapura menerima jumlah hujan yang sama, kenapa tidak banjir di Singapura?

“Jika Malaysia hendak melakukan pembangunan, belajar dari Singapura bagaimana hentikan banjir daripada pembangunan.

“Pembangunan berlebihan, penebangan hutan, meratakan bukit adalah kesan yang menyebabkan banjir pada masa sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Johor, negeri kedua terbesar di negara ini dan mempunyai hampir empat juta populasi, terletak bersempadan Singapura, adalah negeri paling teruk terjejas akibat banjir dengan 40,000 penduduk masih berada di pusat perlindungan sementara (PPS).

Angka itu berkurangan berbanding lebih 50,000 mangsa beberapa hari lalu.

Setakat hari ini, seramai enam mangsa maut akibat banjir sejak minggu lalu.

Shariffa Sabrina berkata Malaysia patut belajar dari Singapura bagaimana untuk melakukan pembangunan tetapi pada masa sama mengekalkan hutan hijau.

“Kehijauan di Singapura meningkat 60% kerana ia menanam banyak pokok di mana-mana.

“Mereka lebih berhati-hati berbanding Malaysia yang sesuka hati tebang saja bila mereka mahu melakukan pembangunan. Malaysia tidak ada perancangan yang sempurna,” katanya.

Shariffa Sabrina berkata banyak lagi bencana alam boleh berlaku pada masa akan datang jika kita terus jahil tentang penebangan hutan dan perubahan iklim.

“Malaysia adalah negara yang hujan sepanjang tahun.

“Sudah bertahun-tahun saya bercakap tentang penebangan hutan akan membawa kepada masalah ini. Semua ini adalah kesan penebangan hutan. Sekarang kita terpaksa hadapi akibatnya.

“Malaysia tidak bersungguh dalam isu alam sekitar,” katanya.

Shariffa Sabrina berkata kerajaan Persekutuan sering memberikan bantuan kewangan apabila banjir berlaku, dan bukannya menangani punca sebenar masalah itu.

“Hutan di bawah kawalan kerajaan negeri, itu sebabnya tidak banyak yang boleh dilakukan kerajaan pusat.

“Tetapi kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan moratorium terhadap penebangan hutan dan pembalakan.”

Presiden Persatuan Bumi Hijau Johor Sivakumar Packirisamy senada dengan pandangan Shariffa Sabrina dan mendakwa Malaysia tidak memandang serius isu perubahan iklim.

Beliau berkata ada beberapa isu yang boleh menyebabkan banjir di Johr, antaranya ialah peningkatan gas rumah hijau.

“Pelepasan gas rumah hijau perlu dikurangkan. Paras karbon dioksida meningkat menyebabkan hujan lebat membawa hujan lebih lebat berbanding biasa.

“Ini isu global. Malaysia perlu serius untuk mengurangkan karbon dalam atmosfera.

“Kerana kepanasan yang dihasilkan, menyebabkan kita menerima hujan terlalu banyak berbanding hujan biasa. Mungkin tiga kali ganda lebih banyak,” katanya.

Sivakumar berkata kekurangan langkah tebatan banjir juga antara sebab mengapa banjir berlaku.

“Kerajaan berkali-kali bercakap tentang tebatan banjir tetapi bila yang mereka hendak laksanakan?

“Ia disebut setiap kali belanjawan tetapi sekarang kita tidak pasti berapa banyak projek tebatan banjir yang dijalankan di negeri yang berdepan masalah ini,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan projek tebatan banjir, terutama di Johor, akan dipercepatkan.

Bercakap di Parlimen, Anwar berkata Putrajaya tidak pernah membatalkan projek tebatan banjir tetapi hanya membuka semula tender.

Projek itu termasuk kerja tebatan banjir di Sungai Johor dan Kota Tinggi di Johor, pembangunan empangan dwi fungsi di Sungai Klang-Sungai Rasau di Selangor, dan pembangunan Fasa 3 integrasi sungai di Sungai Golok, Kelantan.

Sivakumar turut mengecam sikap orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan longkang tersumbat dan akhirnya membawa kepada bah besar.

Dilaporkan jumlah mangsa banjir di tiga negeri berkurangan sedikit dengan 42,459 ditempatkan di 235 PPS setakat petang semalam berbanding 42,909 pagi semalam.

Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 39,315 di sembilan daerah setakat 2 petang semalam berbanding 39,315 mangsa pada 8 pagi susulan ramai yang mulai pulang ke rumah masing-masing.

Daripada sembilan daerah, Batu Pahat paling teruk terjejas dengan 23,370 di 78 PPS; diikuti Muar dengan 4,106 (23 PPS) dan Segamat 3,620 mangsa di 45 PPS. – 8 Mac, 2023.


SEMUA HASIL

KERJA MANUSIA

AMIN

INI BARU

PERMULAAN

AMIN

AKAN DATANG

LEBIH KERAP

LEBIH LUAS

LEBIH PARAH

LEBIH DASHAT

AMIN

KALAU UMAT

MANUSIA TIDAK

BERUBAH MAKA

KIAMAT CUACA

AKAN SAMPAI

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mentaliti konservatif feaudal. malu mau kutip sampah keliling rumah. malas juga mau tanam pokok dan jaga. tanah pusaka atau tanah kosong, juga parit tali air biarkan semak samun, sumbat dan cetek. cukai parit tali air biarkan tertunggak tidak mahu dibayar. jauh lagi mau ekonomi mandiri. disini madet sangat betul. melayu pemalas sampai diri keluarga dan rumah tetangga tidak mahu dijaga. kite jage kote dibaca taling.

Tanpa Nama berkata...

Telah berlaku kerosakan didarat dan dilaut kesan dari perbuatan tangan manusia. Dah 1400 tahun diingatkan bukan baru sekarang TT.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah tahu kenapa perlu ada orang cerdik, bukan pencuri bukan perompak sebagai pemimpin negara? Kalau perompak dia asyik pasal rompak saja siang malam, kalau orang cerdik lari jauh ke Pulau Singapura berjaya membina negara makmur mampan untuk rakyat dia, sini semua nak projek katakan diri kemudian nak salah alam nak salah doa nak salah Ustaz kah ha kah sedar lah sedikit sudah, belajar dari orang pandai tak kira apa, tak kira bangsa walau Yahudi, walau DAP walau Cina Merah semua itu tak penting demi kesejahteraan umat negaraku amin kah kah kah yang tinggal sepokok lagi

panglimo potaseh berkata...

Tumasik berjaya kekalkan kehijauan sebab mereka kapir laknat .. Malaysia tak mau ijau.. kalau boleh nak ikut corak negara Nabi, padang pasir, takde pokok dan di penuhi dengan onta ..tuckbEEr ..