SPRM tahan Muhyiddin, akan didakwa esok, kata laporan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok, lapor portal Harapan Daily.
Laporan memetik sumber itu menyebut pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditahan ketika bermain golf di Selangor.
The Malaysian Insight cuba mendapatkan pengesahan daripada SPRM tetapi masih belum mendapat respons setakat berita ini ditulis.
Beberapa portal memetik sumber melaporkan seorang pemimpin tertinggi PN akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM 2009. – 8 Mac 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan