Rabu, 8 Mac 2023

MALAPETAKA EKONOMI


Banjir Johor: Lebih 10,000 ternakan lemas, kerugian lebih RM10 juta

MELAKA – Sekurang-kurangnya 10,000 haiwan ternakan dilaporkan lemas akibat banjir besar yang melanda Melaka sejak 1 Mac lalu melibatkan kerugian lebih RM10 juta.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Zahari Sarip berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam laporan setakat 3 Mac lalu memaklumkan seramai 251 penternak terjejas akibat banjir.

Mereka adalah antara 93,000 penternak di seluruh negeri yang kehilangan 8,180 ekor ternakan haiwan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau dan rusa di sembilan daerah.

“Daripada jumlah itu, Mersing merekodkan korban ternakan tertinggi berjumlah 1,432 ekor, Segamat (1,250) Kluang (1,225), Muar (1,140) dan Tangkak sebanyak 1,050 ekor.

“Manakala bagi haiwan bukan ruminan, daerah Muar merekodkan korban 1,000 ekor ayam selain 250 ekor ayam di Batu Pahat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan kerosakan tanaman di Kampung Spang Loi, Buluh Kasap, di sini hari ini.

Ditanya mengenai anggaran jumlah kerugian,  Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Kasap berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ia bernilai lebih RM10 juta mengambil kira angka yang dijangka meningkat.

“Saya jangkakan laporan angka korban ternakan ini akan bertambah kerana maklumat yang diperolehi adalah setakat empat hari lalu yang pastinya melibatkan nilai yang besar jika diambil purata seekor RM1,000.

“Esok saya akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tindakan khas banjir di bawah portfolio saya untuk mendapatkan maklum balas tepat anggaran kerugian daripada semua agensi terlibat,” katanya.

Tambahnya, semua petani dan penternak negeri yang terjejas akibat banjir terburuk di Johor kali ini diminta segera berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah untuk menyatakan laporan kerosakan.

“Ini penting untuk kita fikirkan bantuan yang mungkin boleh diberikan sama ada oleh kerajaan Pusat ataupun negeri,” katanya. – 

MALAPETAKA

CUACA BAWA

MALAPETAKA

EKONOMI

KHALAS

AL- FATIHAH

AMIN 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia selalu akal pendek, short term gain long time lost, hakikatnya selalu begitu, semua buat jangka pendek tanpa fikir panjang, alam tidak boleh disalahkan, cuaca alam, bentuk muka bumi semua tak boleh salah, tapi manusia berakal, bijak pandai pendidikan tinggi tapi sayang semua fokus kepada matawang saja, dimana mana sama, keuntungan kapitalis menjadi sumber inspirasi segala manusia, jadi kena terima perbuatan manusia terhadap alam, jadi ingat lah seluruh manusia tak kira apa warna apa bangsa apa ugama semua sama saja dihadapan alam semesta amin, nak korek sini nak korek sana, gondol bukit bukau, potong parit sungai sampah merata-rata semuanya ada tindak balas alam, flora fauna sesak nafas jadi jadi manusia baik jadi iman teguh kah kah kah