Rabu, 29 Januari 2025

TARING TRUMP MULA KELIHATAN

 

TARING TRUMP 

MULA KELIHANTAN



Taring Donald Trump telah kelihatan pada 100 jam  pertama di Rumah Putih. Kuku Trump sedang cuba mencengkam kuat pada tampuk kuasa. Ini bukan satu yang mudah dalam sistem politik di Amerika. Daulah terpendam dan kaum  kapitalis antara bangsa  sedang memerhatikan  dasar  politik dan tindak laku Donald Trump. 

‘ The most historic 100 hours in American history – the golden age of America  begins rights now ! 100 jam paling bersejarah dalam sejarah Amerika – zaman keemasan Amerika bermula sekarang !

Diatas ialah  tulisan Trump dalam X setiba sahaja dia memasuki Rumah Putih

Ketika tulisan ini di garap Trump baru masuk minggu ke dua di Rumah Putih.  Dunia sedang menyaksikan bagaimana MAGA – Make America Great Again – Jadikan Amerika Gagah Kembali -  sedang berjalan. MAGA ialah slogan , dasar   dan ratipan Donald Trump ketika berkempen.

Belum pernah dalam sejarah Amerika beratus-ratus Arahan Eksekutif di tanda tangani oleh Presiden sebaik sahaja selesai upacara mengangkat sumpah. Ada Arahan Eksekutif  Trump  untuk dasar dalam negara dan ada arahan untuk dasar luar negara.

Paling jelas ialah arahan Trump kepada bala tentera untuk mengawal sempadan Amerika dengan Mexico. Dengan serta merta  soldadu Amerika telah di hantar ke wilayah sempadan. Kapal terbang, helikopter dan ratusan soldadu telah bergerak ke wilayah sempadan. Ini macam suasana perang.

Dalam negara – di kota-kota besar tangkapan mula dilakukan terhadap pendatang haram yang masuk ke Amerika.  Ramai yang sedang  di tahan dalam penjara kini menunggu masa untuk di hantar pulang.

Dua buah kapal terbang  tentera udara Amerika   telah di cadang mendarat di Columbia. Kerajaan Columbia telah mengsailang Donald Trump.  Kapal terbang yang akan membawa  pendatang haram  dan penjenayah yang berasal dari Columbia tidak dibenarkan mendarat di Columbia. 

Bila ini berlaku dengan serta merta Trump mengarahkan  cukai import barangan dari Columbia di naikan ke 25%. Dalam satu minggu  lagi cukai akan menjadi 50%. 

Presiden Columbia Gustavo Petro dengan tergopoh gapah bersetuju untuk membenarkan kapal  tentera udara Amerika masuk mendarat membawa pendatang haram. 

Jelas  Presiden Trump mengotakan janji yang di buat ketika berkempen.  Menghalau dan menghalang kemasukan pendatang haram adalah salah satu kempen Trump yang amat popular.  Sikap  dan dasar Bumiputera Trump ini amat disokong oleh warga kulit putih, malah  yang berkulit hitam dan Latino juga  sama menyokong  dasar immigration Trump.

Pendatang haram yang masuk  nyeludup  secara haram atau yang masuk dengan  halal kemudian tak pulang adalah bahaya. Bukan sahaja untuk Amerika malah  di mana-mana negara pun sama mengikut Trump.

Selain dari Presiden Columbia yang gelabah Presiden Zelensky  dari Ukraine juga menggelabah dalam ketakutan.  Trump mentakrif  Perang Ukraine ini sebagai Perang Biden. Trump mahu perang ini  segera di tamatkan. 

Presiden Putin sendiri telah mengakui jika undi Trump tahun 2020 tidak ditipu pasti Perang Ukraine ini tidak bermula. Kenyataan Putin ini di lafaz  untuk menyambut kenyataan Trump yang   bersedia menemui Putin untuk mencari jalan penamat perang.

Senario ini  yang menjadikan Zelensky gelabah dan ketakutan. Dia sedar masa dan umurnya sebagai Presiden Ukraine semakan terhad. Justeru dia telah membuat ucapan gila di Davos. Zelensky telah meminta tentera NATO dan tentera Amerika datang segera masuk ke Ukraine dan turut sama memerangi Rusia.

Ucapan gila lagi bangang ini membuktikan bahawa tidak lama lagi Perang Ukraine akan tamat. Jika perang berterusan hasilnya soldadu Rusia pasti akan sampai ke Kyiv. Amin.

Dari segi ekonomi dunia  sedang memerhatikan apakah Trump akan melakukan cukai terhadap beberapa negara seperti  China, Canada dan Mexico. Negara ini menjadi  sasaran dasar Trump kerana hubungan perniagaan yang amat  berat sebelah. 

China dan Canada menjual lebih banyak barangan ke Amerika tapi mengimport kurang. Manakala cukai akan di kenakan kepada Mexico jika tidak bekerja sama dalam  agenda menghalang kemasukan  pendatang haram.

China juga dituduh sengaja membenarkan dadah Fentenyl di seludup masuk ke Amerika melalui Mexico untuk mengkucar kacirkan masyarakt Amerika.

Ketika tulisan ini di garap  kenaikan cukai yang mengancam China masih belum terjadi. Malah Tik Tok yang wajib di jual kepada syarikat Amerika atas arahan Biden kini di tangguhkan oleh Trump. Ini kerana Trump menyedari Tik Tok telah membantu dirinya ketika berkempen mengumpul undi.

Trump juga mengarahkan negara OPEC untuk menurunkan harga bahan bakar minyak petrol. Dari kaca mata Trump harga minyak yang mahal telah membolehkan  Putin meneruskan perang. Ekonomi Rusia yang disekat dalam usaha melemahkan Rusia negara pengeksport minyak telah gagal. 

Untuk terus menurunkan harga  minyak petrol Trump akan membatalkan semua dasar dan arahan terdahulu yang melarang cari gali minyak di Amerika. 

‘ Drill baby drill... gali terus gali...’ Ini mantra Trump yang tidak mempedulikan apakah minyak yang akan di gali di Alaska ini mengakibat pencemaran alam. 

Dalam hal alam sekitar  Trump telah secara resmi  telah menarik diri dari Perjanjian Paris. Perjanjian Paris ialah perjanjian antarabangsa yang mengikat secara sah yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengehadkan pemanasan global. Ia telah diterima pakai pada 2015 dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP21) di Paris, Perancis. Perjanjian itu mula berkuat kuasa pada 2016.

Trump berkata dia menolak  menyertai perjanjian global, "...rekod kejayaan Amerika Syarikat dalam memajukan kedua-dua objektif ekonomi dan alam sekitar harus menjadi model bagi negara lain...'' . 

Hakikatnya dasar Trump terhadap perubahan iklim dunia ini agak mencurigakan. Dalam satu segi dia pernah berkata dia mahu air minuman yang bersih dari pencemaran. Dalam satu kenyataan yang lain Trump menyifatkan Perjanjian Paris ini tidak membawa keuntungan  pada ekonomi. 

Untuk sementara waktu dunia boleh mengetepikan  kata-kata Trump  terhadap kepada Canada,  Greenland atau Panama. Anggaplah  ancaman  kekuatan tentera yang akan digunakan ke atas Panama dan Greenland   hanya retorik politik.

Tetapi   dunia tidak boleh mengabaikan apa yang sedang dan yang  akan di lakukan oleh Trump  kepada Palestin dan Timur Tengah. Apa saja tindak tanduk Trump di wilayah ini akan menghuru harakan  seluruh dunia.

Trump ialah seorang Zionis. Dalam hal Trump menyokong Zionis Israel ini kita  tidak ada hah tidak  ada hok.   Trump mengiktiraf  ibu negara Israel dari Tel Aviv. Ini ketika Trump  menjadi Presiden kali pertama.

Kali ke dua ini Trump membatalkan arahan Biden yang  melarang kemasukan pendatang Yahudi baru ke wilayah Tebing Barat. Dasar ini pasti akan meruncingkan lagi krisis Palestin Israel.

Dalam masa yang sama Rumah Putih juga telah mengarahkan Pentagon untuk menarik balik penahanan yang dikenakan oleh pentadbiran Biden terhadap membekalkan bom seberat 2,000 paun kepada Israel, lapor portal Axios.

Pada Mei lalu, Presiden Joe Biden ketika itu menghentikan penghantaran senjata yang termasuk bom 2,000 paun yang digunakan Israel untuk meratakan kawasan yang luas di Semenanjung Gaza.

Dunia yang sedang melihat projek genosid  dan pembersihan  warga Palestin dari bumi Palestin oleh Zionis Israel pasti akan membantah apa yang sedang di rancang oleh para Zionis.

Berita telah melaporkan bagaimana warga Gaza yang hilang rumah tangga  boleh di hantar ke Mesir atau Jordan. Ini  mengikut kata-kata Trump yang telah menalipon Raja Jordan.

Malah portal Tribune News dari Indonesia telah  juga melaporkan bagaimana secara tidak resmi kaki tangan Trump telah mencadangkan agar Indonesia menerima juga warga Palestin ini.  

Cadangan ini  telah di tolak oleh Indonesia. Malah kerajaan  Mesir, Jordan dan termasuk  pihak berkuasa Palestin tidak mahu pemindahan ini berlaku.

Gencatan senjata pada ketika ini sedang berjalan dengan baik. Fasa pertama akan berakhir sebulan lagi. Persoalan hakiki yang wajib diselesaikan sekarang ialah dari mana dana hendak di cari untuk mendirikan kembali Gaza yang telah menjadi padang jarak padang tekukur.

Bank Dunia menganggarkan 18.5 bilion dolar nilai kerosakan ke atas Gaza. Pada ketika ini Gaza wajib mendirikan 200-300 ribu rumah penempatan baru untuk 1.8 juta warga.

Akhbar Hindustan Times pada 28 Januari 2025 telah melaporkan kenyataan PBB dimana  1.2 bilion dolar di perlukan hanya untuk memindahkan 50 juta tan  batu bata hasil dari keruntuhan. Ini akan mengambil masa selama 21 tahun.

Dalam masa yang sama Zionis Israel yang memberhentikan serang ke atas Gaza kini telah mula  menyerang Jenin di Tebing Barat.

Untuk meloyakan tekak warga Palestin, warga Arab dan  warga dunia kita terbaca bagaimana  Putera Muhamad Bin Salman dari Saudi Arabia berjanji  akan melabur 600 bilion dolar dalam masa empat tahun  tahun bukan untuk Gaza tetapi untuk membantu ekonomi Amerika.

Ketika tulisan ini digarap gencatan senjata di Lebanon masih berjalan walau pun Zionis Israel terus mengebom dan membunuh. 

Ketika tulisan ini digarap  ratusan ribu warga Gaza telah mula berjalan kaki pulang ke  rumah kediaman mereka yang runtuh rantah.

Ketika tulisan ini di garap  dunia sedang menunggu apakah maklumat baru tentang pembunuhan JFK, Martin Luther King dan Robert Kennedy. Presiden Donald Trump telah mengarahkan agar semua dokumen sulit tentang pembunuhan ini di buka kembali. Pembunuhan ini bersangkut paut dengan  lembaga CIA dan FBI – dua badan perisik Amerika. 

Ketika tulisan ini digarap dunia sedang melihat dan memerhatikan dengan teliti  gerak laku politik Amerika di bawah pentadbiran baru  Donald Trump.  

Seperti filem Alfred Hitchcock dunia kini sedang dalam suasana suspens. Apakah sosok yang bernama Donald Trump ini akan  berjaya menamatkan pentadbirannya selama emat tahun atau Donald Trump akan dijimatkan oleh daulah terpendam. Amin. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL 
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/733041























MALAPETAKA IKLIM - DUNIA MAKIN PANAS



5 maut, ratusan terjejas akibat tanah runtuh, banjir di Indonesia

JAKARTA: Lima maut dan beberapa lagi cedera akibat tanah runtuh dan banjir yang disebabkan hujan lebat di seluruh Indonesia, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) ketika negara itu memasuki minggu terakhir Januari.

Menurut jurucakap BNPB Abdul Muhari, pasukan tindak balas kecemasan dikerahkan ke kawasan terjejas untuk membantu masyarakat setempat serta meneruskan usaha mencari dan menyelamat.

Pada 26 Januari lalu, kejadian tanah runtuh di Mamuju, Sulawesi Barat mengakibatkan empat maut dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh.

Abdul Muhari memaklumkan bahawa operasi pencarian terpaksa dihentikan sementara kerana cuaca buruk dan keadaan rupa bumi berbahaya, yang meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh susulan.

"Apabila keadaan bertambah baik, usaha diteruskan termasuk membersihkan jalan yang terhalang," menurut jurucakap itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tanah runtuh berasingan di Tasikmalaya, Jawa Barat, pada hari yang sama, mengorbankan seorang penduduk, merosakkan sebuah rumah dan menyebabkan tiga rumah lain berisiko runtuh.

Banjir teruk di daerah Tapin, Kalimantan Selatan pada Sabtu lalu, turut menjejaskan 179 rumah dengan paras air antara lima hingga 20 sentimeter, namun air kini dilaporkan semakin surut.

Ahad lalu pula, hujan lebat menyebabkan banjir di Bima, Nusa Tenggara Barat, yang menjejaskan 395 keluarga manakala di Pasuruan, Jawa Timur hujan lebat mengakibatkan 393 rumah dinaiki air antara 10 hingga 40 sentimeter.

Abdul Muhari berkata banjir di Tulang Bawang, Lampung yang berpunca daripada limpahan sungai, menjejaskan 379 keluarga, menenggelamkan 470 hektar sawah padi dan menjejaskan tiga sekolah. – BERNAMA


CUACA MAKIN

KACAU

AMIN

CUACA TIDAK

MENENTU

AMIN

INI TANDA

DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

TAHUN DEPAN

DEPAN TAHUN

DEPAN

AKAN LAGI TEROK

AMIN

UMAT MANUSIA

MASIH TAK SEDAR

KHALAS

HUJAN LEBAT DI SABAH DAN SARAWAK - BANJIR ?


HUJAN LEBAT

DI SABAH & 

DI SARAWAK

APAKAH AKAN 

BANJIR?

SELAMATKAN MALAYSIA DARI BLACKROCK


BERSATU

DENGAN SATU

TUJUAN

AMIN

SELAMATKAN

NEGARA DARI

BLACKROCK

KHALAS

Unknown commented on
 "LAWAN RASUAH"

ramai2 demo lawan rasuah , blackrock , x UNDI pakatan terhormat, 3R , sakau47 , dgn senjata united front,susun atur elok2 & x putus asa hingga putarjaya terguling langgang kahkahkah

SAUDI DAH LAMA JADI BARUA ZIONIS


SAUDI DAH

LAMA JADI

BARUA ZIONIS

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

ARAB SAUDI
MEKAH DAN MADINAH
DI BUKA UNTUK
PELABUR ASING

Malaon zionis blackrock akan mask melabur juga?

PAGI INI


PAGI INI

RABU 29 JANUARI 2025
HARI INI
HARI RAYA
HARI TAHUN BARU CHINA
YAAAAAM  SEEENG
JENG JENG JENG

GUA RASA
DALAM DUNIA INI
TAKDA NEGARA
MACAM NEGARA KITA
MALAYSIA

ADA RAYA MELAYU
ADA RAYA CHINA
ADA RAYA INDIA
ADA RAYA DAYAK
SANA SINI DI RAYAKAN
SANA SINI ADA CUTI
SANA SINI ADA MAKAN
SAMA SINI ADA KUIH
SANA SINI ADA RUMAH TERBUKA

INILAH INDAHNYA MALAYSIA
BAYANGAN
JIKA TAKDA RASUAH
TAKDA ANWAR BLACK ROCK
TAKDA NAJIB
TAKDA ZAHID
TAKDA NGA KO MENG
TAKDA JAKIM
TAKDA SKMM
ALANGKAH INDAHNYA
MALAYSIA INI
AMIN

INDIA
RAMAI MATI TERPIJAK
MATI TERHIMPIT
DALAM PERAYAAN 
KUMBA MELA
DI UTTAR PRADESH
PESTA AGAMA KUMBA MELA
DIRAYA DI TEPI
SUNGAI GANGES
INI ADALAH PERAYAAN AGAMA
YANG TERBESAR DALAM DUNIA
20 KE 30 JUTA ORANG
DATANG BERHIMPUN MERAYAKAN

AMERIKA
TRUMP MASIH BERKERAS
MAHU JORDAN DAN MESIR
AMBIL WARGA GAZA

GREENLAND
PUNGUTAN SUARA 
MENUNJUKKAN 85%
WARGA GREENLAND
TIDAK MAHU JADI AMERIKA

KOREA SELATAN
SEBUAH KAPAL TERBANG 
DENGAN 176 PENUMPANG
DAN KREW DISELAMATKAN
PESAWAT TERBAKAR KETIKA
HENDAK NAIK TERBANG
KE HONG KONG

HOKKIEN 
PAGI INI DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT
OLEH SIMPONI CENGKERIK
TANAH LEMBAB MENCERIAKAN
CENKERIK

PAGI RAYA CHINA
KALI PERTAMA HOKKIEN KOSONG
TAKDA SESIAPA PUN
HANYA KAMI BERTIGA
BERSAMA UNGGAS DAN BURUNG

DALAM SUNYI
GUA DENGAR 
SUARA TERKUKUR
SUARA TIONG
CHI CHIP CHIP
TUK TUK TUK
TAPI SUARA HOW WOW
HILANG

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMAH
ANGIN BERTIUB SEJUK
KEMARIN UJAN
KL & KL SENTRAL
BERKABUS TEBAL

HARI RAYA INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH TERBARING
DI BALKONI

TAK TAK DAN EZI
DI PAGI RAYA INI ADA SPESIAL
DUA DUA DAPAT  SEKEPING
TULANG LEMBU
MALAM KEMARIN
GUA BELI DI NSK
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU

BRO
JIKA LU SAKIT
LU MASIH ADA SEMANGAT
LU ADA HARAPAN SEHAT

BRO
LU AKAN DAPAT
APA YANG LU USAHAKAN

BRO
SEDIKIT DEMI SEDIKIT
LAMA LAMA JADI BUKIT
NASEHAT IBU SEMUT
PADA ANAK SEMUT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MERAYAKAN
TAHUN BARU CHINA