PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 30 APRIL 2026
PERANG HARI KE 61
GENCATAN SENJATA BERJALAN
PAGI INI
MINYAK NAIK 120 DOLAR SATU TONG
JENG JENG JENG
INI BERITA BAIK
Ekonomi dunia huru hara – peluang untuk menghasut terbuka luas. Kita ada peluang mengubah dunia lama ke dunia baru - INI PELUANG BESAR
MINYAK NAIK HARGA
RAKYAT NAIK MINYAK
AMERIKA – di lapor sedang bawa banyak lagi senjata ke wilayah Iran – ini amat baik.
DUNIA MENUNGGU soldadu Amerika mendarat – Iran nak pungut satu per satu. Amin
KRISIS ADAT NEGERI SEMBILAN BELUM SELESAI
Makin parah – makin kacau – ini suasana politik yang amat baik – huru hara boleh DIGUNAKAN MENGHASUT.
Tak turun jalan raya – tak menang pilihan raya.
BIAR MATI MADANI
JANGAN MATI ADAT
Amin
HOKKIEN
Pagi ini segar sejuk – matahari dah keluar – cahaya memanas pipi – langit biru campur awan putih. KL & KL Sentral berjerebu nipis.
Ha ha – Jantan Baik sambut gua di Lorong Masuk – kemudian semua muncul – Emak dan Siti dan Yang Hitam semua datang makan – Pagi ini ada nasi, daging , labu dan carrot - juga taburan friskies.
Berjalan ke Wakaf Tiga gua dengar Cheep Cheep Cheep entah burung apa – gua juga dengar Piter Piter Piter – entah burung apa.
Di Wakaf Pertama – Siti dan Jantan Baik menunggu – Tiong Laki Bini pun turun berlabuh di atas jalan untuk mendapat Friskies.
Gumbira ialah melihat Warga Hokkien ramai makan.
Hari ini akan panas – jika petang hujan – malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
BRO
Seni akan membantu melengkap kehidupan lu – tanpa seni hidup lu tempang.
BRO
Seni bertujuan memelihara akar budaya kita.
BRO
Penciptaan rasa ialah cinta. Penciptaan keindahan ialah seni. Amin
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan