TERIMA KASIH
TENGKIU MERCI
MISTER TERAM
AMIN
HARGA MINYAK NAIK
RAKYAT NAIK MINYAK
AMIN
MUDAH MENGHASUT
SENANG GULING
KERAJAAN
KHALAS
Sekatan laut AS ke atas Iran boleh berlarutan berbulan, harga minyak melonjak - Trump
WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi amaran sekatan laut oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, menyaksikan harga minyak dunia semalam melonjak ke paras tertinggi dalam lebih empat tahun.
Ketika diplomasi antara Iran dan AS buntu selepas beberapa percubaan awal gagal, Trump turut mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, yang memberi amaran tentang "akibat yang merosakkan" sekiranya AS dan Israel menyambung semula perang terhadap Iran.
Dalam pertemuan bersama eksekutif industri minyak, Trump berhujah sekatan terhadap pelabuhan Iran — yang dituntut Tehran agar ditamatkan sebelum sebarang perjanjian dimeterai — lebih berkesan berbanding pengeboman.
Trump, dalam pertemuan yang berlangsung pada Selasa, membincangkan usahanya "untuk meredakan pasaran minyak global dan langkah yang boleh diambil untuk meneruskan sekatan sedia ada selama berbulan-bulan jika perlu serta meminimumkan kesan terhadap pengguna Amerika," kata seorang pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali.
Niaga hadapan minyak Brent melonjak lagi 7.6 peratus kepada AS$119.69 setong, harga tertinggi sejak awal perang Ukraine pada 2022.
Iran sebelum ini berusaha mengenakan "harga" terhadap serangan yang diterimanya dengan mengawal Selat Hormuz, laluan sempit yang biasanya menjadi laluan bagi satu perlima minyak dunia.
Trump berdepan tekanan politik yang kuat untuk menamatkan perang itu, yang tidak popular termasuk dalam kalangan sebahagian penyokongnya sendiri, selain meningkatkan kos kepada pengguna Amerika di stesen minyak dan menimbulkan kebimbangan sekutu AS.
Pada Rabu, Trump mengkritik Canselor Jerman, Friedrich Merz dengan mengugut untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Jerman berikutan keengganan Berlin menyokong perang di Iran atau menyumbang kepada pasukan pengaman di Selat Hormuz.
Merz menjadi sasaran kemarahan Trump selepas berkata awal minggu ini bahawa Iran sedang "menghina" Washington di meja rundingan.
Pegawai kanan AS termasuk Naib Presiden, JD Vance dilaporkan dua kali membatalkan lawatan minggu lalu ke Pakistan untuk berunding dengan Iran, yang menyuarakan keraguan terhadap keikhlasan Trump dalam diplomasi.
Pegawai AS berkata, mereka tidak pasti siapa sebenarnya mewakili Iran, sama ada Kor Pengawal Revolusi Islam yang semakin berkuasa atau diplomat, selepas serangan Israel membunuh beberapa pemimpin tertinggi negara itu.
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) memberi amaran bahawa perang itu, yang turut menyebabkan harga baja melonjak, boleh menjerumuskan lebih 30 juta orang ke dalam kemiskinan di 160 negara.
"Ia pembangunan yang bergerak ke belakang," kata ketua UNDP, Alexander De Croo kepada AFP.
Walaupun kerajaan Iran menunjukkan sikap tegas, nilai rial Iran jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS.
Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf, yang muncul sebagai tokoh penting sejak perang bermula, berkata pada Rabu sekatan laut AS bertujuan mewujudkan perpecahan dan "membuatkan kami runtuh dari dalam."
Keganasan juga berterusan di medan perang Lubnan, walaupun gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah — kumpulan bersenjata disokong Iran — telah dilanjutkan baru-baru ini.
Buat pertama kali sejak gencatan senjata bermula, tentera Lubnan berkata pada Selasa serangan Israel menyasarkan anggota tenteranya, mencederakan dua askar di selatan negara itu.
Satu lagi serangan pada Rabu mengorbankan seorang askar Lebanon, menurut tentera.
"Israel mesti akhirnya sedar bahawa satu-satunya jalan menuju keselamatan ialah melalui rundingan, tetapi ia mesti terlebih dahulu melaksanakan sepenuhnya gencatan senjata untuk bergerak ke arah rundingan," kata Presiden Lubnan, Joseph Aoun dalam satu kenyataan.
Satu laporan yang disokong PBB pada Rabu menyatakan lebih 1.2 juta penduduk Lubnan dijangka berdepan kelaparan akut akibat perang terbaru itu. - AFP

1 ulasan:
200 setong.. kamon trader ini peluang buat duit..
mari support usd / minyak.. kita bantu ekonomi usa israel..
kah kah kah
Catat Ulasan