Isnin, 27 Januari 2025
LAWAN LAWAN DAN LAWAN !!!
Pesawah berhimpun di Putrajaya bantah harga lantai padi, beri kerajaan 2 minggu
Kira-kira 500 petani dan pesawah dari seluruh Semenanjung Malaysia hari ini berhimpun di Putrajaya mendesak pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800, di samping membantah usaha memperkenal undang-undang benih yang merugikan mereka.
Mereka berkata harga lantai ketika ini terlalu rendah lebih-lebih lagi selepas penghapusan subsidi pukal untuk diesel pada Jun tahun lalu, yang menyaksikan kos operasi meningkat.
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) berkata ia memberikan tempoh dua minggu bermula hari ini kepada Anwar untuk mengadakan perbincangan dan memberikan keputusan berhubung tuntutan tersebut.
"Walaupun kami balik tanpa tiada satu keputusan lagi, tapi kita harapkan dengan kehadiran besar pesawah ini ada perkara yang besar," kata Pengerusi Pesawah, Abdul Rashid Yob kepada MalaysiaNow, selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, di pejabat kementeriannya.
Himpunan serupa pernah diadakan sebelum ini beberapa negeri. Bagaimanapun, himpunan pagi tadi merupakan kali pertama pesawah beramai-ramai berhimpun di Putrajaya.
Perhimpunan yang asalnya dirancang di luar Pejabat Perdana Menteri berpindah ke pejabat Mohamad Sabu selepas Anwar berkata ia bakal mengganggu majlis lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Menurut Rashid, komuniti pesawah tidak lagi mampu mengimbangi harga semasa lantai padi.
Menurutnya, musim menuai padi hampir tiba dan penetapan baru harga lantai padi amat dinanti-nantikan petani bagi memastikan industri itu mampu bertahan.
Petani turut membantah terhadap rang undang-undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman yang cuba dibentang Mohamad Sabu.
Rashid berkata RUU itu akan menyekat aktiviti tradisi petani termasuklah amalan menyimpan, berkongsi dan menjual benih padi kerana memerlukan lesen.
Menurutnya, Akta Kawalan Padi dan Beras yang sedia ada melibatkan perlesenan dan kebebasan petani.
"Sekarang (mahu) ditambah pula akta baru. Kami sepenuhnya menentang dan membantah kerana akan beri kesan dan masalah," katanya.
Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan keluhan pesawah yang dibelenggu kos operasi yang tidak menentu sehingga sanggup berhutang kos modal dengan pengilang.
Selain itu, kos sewa jentera padi seperti traktor dan harga benih turut meningkat.
Harga sewa traktor yang sebelum ini RM220 dinaikkan kepada RM380 bagi satu relung, manakala harga benih padi naik dari RM45 kepada RM58 di pintu kilang.
Ramai juga yang terpaksa menanggung kos lebih tinggi akibat tanaman musnah apabila dilanda banjir.
LAWAN LAWAN
SEMUA BAGUN
DAN LAWAN
AMIN
INI PROJEK
KAUAM KAPITALIS
KAWAL BENIH
AMIN
SAMA MACAM
VAKSIN KITA
DI PAKSA
DI CUCUK
AMIN
NANTI BENIH
DIKAWAL OLEH
MOSANTO
AMIN
SAPA KAWAL BENIH
SAPA KAWAL
MAKANAN
AKAN KAWAL DUNIA
KHALAS
KES BUNUH TEOH BENG HOCK ?
Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut - Shuhaily
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil semula saksi yang terbabit dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat, susulan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 November lalu untuk menyiasat semula semua aspek berkaitan kes itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya akan mengenal pasti saksi yang perlu dirakam semula kenyataan mereka selepas cuti Tahun Baru Cina.
"Saya yakin proses ini tidak akan mengambil masa lama dan kertas siasatan akan dikembalikan dalam tempoh masa ditetapkan," katanya kepada pemberita dalam sesi libat urus bersama wartawan di Bukit Aman di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, beliau dan pegawai penyiasat juga akan menjalankan siasatan semula di lokasi kejadian kematian bekas pembantu EXCO Selangor itu.
"Kita telah mendapat perintah mandamus daripada mahkamah tinggi untuk menyerahkan kertas siasatan lengkap mengenai kes ini pada Mei ini.
"Seperti semua sedia maklum, kes ini sudah kira-kira 15 tahun dan telah berlaku banyak perubahan di lokasi berkenaan," katanya.
Pada 21 November 2024 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan kes kematian mendiang dalam tempoh enam bulan.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa mendiang Beng Hock terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Pengarah JSJ PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.
Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Mendiang yang ketika itu ialah Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.
Mengulas kes serangan simbah asid membabitkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim, Mohd Shuhaily menjelaskan siasatan kejadian berkenaan masih berjalan.
Menegaskan siasatan kes itu tidak pernah ditutup, Mohd Shuhaily bagaimanapun menjelaskan buat masa kini pihaknya masih tidak mempunyai petunjuk baharu yang dapat membantu siasatan.
Pada 5 Mei 2024, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.
TAHNIAH PADA
POLIS
AMIN
JIKA INI BETUL
MAKA KITA
UCAP SYABAS
AMIN
TAPI JANGAN
BUAT TEATER
KAH KAH KAH
MACAM KES
ASID FAISAL
SAMPAI SEKARANG
MASIH TEATER
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)

