Isnin, 4 Mei 2026

KRISIS NEGERI 9 TAK AKAN SELESAI


KRISIS NEGERI 9

HANYA AKAN

 SELESAI

BILA ADA  

KERAJAAN BARU

DAN YAMTUAN BARU

KHALAS 

TAKADA KABEL BESAR



DUA YANG

 DI TUDUH TAKDA

KABEL BESAR

AMIN

TAK KENAL 

AZAM BIN BAKI

VICTOR CHIN

RAMANAN 

AMIN BANGLA

ATAU FARSHASH

AMIN

JIKA DIBUKTI SALAH

PASTI KENA HUKUM

KHALAS

Polis nafi bapa seorang suspek kes 61 tikaman pesara polis, ada 'kabel' besar
KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan mengatakan bapa kepada seorang suspek remaja lelaki yang ditahan berhubung kes kematian penuntut kolej dengan 61 tikaman Jumaat lalu, adalah pesara polis selain mempunyai pengaruh besar.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, sebaliknya berkata bapa kepada seorang suspek adalah pesara di sebuah agensi kerajaan lain.

"Apa yang tular mengatakan pesara pegawai polis selain ada yang maklum mempunyai 'kabel' besar adalah tidak benar sama sekali.

"Kita menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini dan berharap pihak luar tidak sesuka hati memuat naik maklumat yang tidak betul.


"Pada masa sama saya meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan maklumat yang disebarkan. Apa yang pasti siasatan menyeluruh sedang dijalankan, tidak wujud soal 'kabel' besar atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam mengatakan bapa kepada salah seorang remaja lelaki yang ditahan adalah pesara pegawai polis.

Pada masa sama, ada yang mengaitkan suspek mempunyai 'kabel' atau pengaruh besar.

Dua warga emas dibebaskan dengan jaminan semalam

Semalam, dua warga emas yang berusia 60 dan 66 tahun sebelum ini direman tiga hari dibebaskan dengan jaminan polis.

Difahamkan, warga emas berkenaan adalah ibu bapa kepada salah seorang suspek remaja lelaki yang ditahan berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian tengah malam Jumaat lalu, mayat seorang wanita ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh di sini jam 12.30 tengah malam dengan mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

Katanya, hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.



 

PELUANG UNTUK SUSUN SEMULA TANAH MELAYU


PELUANG UNTUK

SUSUN SEMULA

TANAH MELAYU

AMIN 

Unknown commented on 
"RAFIZI DAN UMNO"

Semakin berpecah belah, semuanya hukum sampai, semuanya akan jadi terbalik, lain-lain semakin kuat bersatu tak kira apa kerja jahat memecahkan mereka, kita pula semakin haru biru kan? Kah kah kah masa sudah sampai untuk Sabah Sarawak untuk menjadi Kampung Ketua kah kah kah kah


Unknown commented on
 "RAFIZI DAN UMNO"

Bagus juga, satu persatu sedang hancur belaka, parti diasaskan penjajah hancur, perpaduan semakin pupus, semakin teruk gila kuasa sehingga segala harta dunia menjadi milik orang-orang kita, pada masa sama semua mencari syurga kah kah kah lembu

YAMTUAN BESAR TELAH SAH DI PECAT


SAH LAGI SAHIH

YAMTUAN NEGERI 9

TELAH DIPECAT

OLEH TOK UNDANG

 NAN BEROMPEK

KHALAS


Unknown commented on 
"YAM DIPERTUAN BESAR
 DAH KENA PECAT !!!"

Tkkn tk poghasan doh...
Yamtuan nk dipocek eh .
Agak² sapo yg nk koso yamtuan tu..
Undang ko?
Cubo tnyo kek bokeh undang johol... 😁😁😁

PAGI INI


PAGI INI 



PAGI INI

SENIN 4 MEI    2026

PERANG HARI KE 65

GENCATAN SENJATA BERJALAN


TERAM ANCAM IRAN
Entah berapa kali Teram kata nak bom Iran .. kah kah kah.... kentut pun tak sampai.

Apa yang menarik ialah jawapan Panglima Perang : lu  Teram akan menyesal ... lu belum lihat lagi senjata ini punya pukulan.... jeng jeng jeng.

SENJATA BARU jenis apa YANG DIMAKSUDKAN OLEH PANGLIMA PERAN IRAN ??

EKONOMI DUNIA
Makin kacau makin kacau – Perang Iran membawa  bala kepada ekonomi kapitalis – KESIAN AMERIKA jadi BARUA Israel. 

PERANG IRAN ADALAH PEROJEK ISRAEL – PROJEK NETANYAHU  NAK HANCUR KAN IRAN – sekarang semua GAGAL.

Politik dan kuasa politik dunia makan berubah – kita tunggu sebulan dua lagi apa akan jadi  bila minyak habis – sekarang banyak Syarikat Kapal Terbang berhenti operasi – minyak  dah habis.. kah  kah kah.

UMNO NAK BERNAFAS KEMBALI
Parti ini makin rahai – malah kini lebih dikenali sebagai PARTI UMDAP  - bak kato orang Negori : Ekau mada kalau kau sokong parti ancuk omak kau ni... kah kah kah.

HARGA BARANG
Harga bahan makanan masih seperti harga lama -  tapi HARGA BUAH – dah naik – buah banyak import – contoh BLUEBERY dari 8RM kini jadi 11RM – ini harga di NSK.

Barang lain gua tak tahu – gua hanya beli buah  dan sayuran di pasar.

ANWAR BIN IBRAHIM NAK POTONG BUJET – SILAKAN – TARIK JUGA SUBSADI – LAGI MOLEK – Amin

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah segar. Matahari dah keluar – sinar di halang awan. Langit cerah tidak biru terbentang – banyak  berawan. KL & KL Sentral berkabus nipis – kemarin hujan lebat.

Ha ha – pagi ini bila gua masuk  Siti dan keluarga datang dari atas bukit -  semua berlari ke jalan besar – ekor mengotek – tanda gumbira.

Pagi ini ramai makan. Gua gumbira.

Dalam sawah rumput Terkukur berlagu – tapi suara agak jauh.  Chip chip chip gua dengar juga.

Pulang ke Wakaf Pertama Siti dan Emak menunggu. Jantan Baik panjat tembok tak sabar nak  rasa Friskies. Tiong Laki Bini berlabuh  sama. Semua mendapat rezeki.

Berjalan pulang di Hutan Belukar di tepi pagar Jantan Berkokok. Ini Jantan Muda suara belum merdu.

Hari ini akan panas. Sinar dah masuk ke balkoni gua. Petang hujan malam jadi sejuk santai. Amin

BRO
Masa nya hari ini – bukan esok tapi sekarang.

BRO
Lu tak tahu – tak salah – tapi lu wajib bertanya arah jalan itu ke mana.

BRO
Lu jangan simpan  dendam – nanti bila lu berjalan jadi berat kerana dendam ada dalam poket lu. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI IN
SELAMAT BEKERJA