Sabtu, 2 Mei 2026

IRAN MALUKAN TERAM


    KAH KAH KAH

TERAM MARAH

BILA DIA KALAH

PERANG DENGAN 

IRAN

KAH KAH KAH

 CANSELOR MERZ

KATA TERAM

DIMALUKAN OLEH

IRAN YG BIJAK

KAH KAH KAH

KHALAS 




AS akan bawa keluar 5,000 tenteranya dari Jerman


WASHINGTON: Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS, Donald Trump, mengancam untuk membawa keluar tentera dari negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu

Jurucakap Pentagon, Sean Parnell berkata, AS menjangkakan pengunduran itu selesai sepenuhnya dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan datang, menyusuli pertikaian dengan canselor Jerman, Friedrich Merz, berhubung perang AS-Israel terhadap Iran.

"Keputusan ini dibuat selepas semakan menyeluruh dilaksanakan terhadap kedudukan pasukan itu di Eropah serta mengambil kira keperluan operasi dan keadaan semasa di lapangan," katanya melalui kenyataan.

Merz menjadi sasaran kemarahan Trump selepas beliau pada Isnin menyatakan Iran 'memalukan' Washington di meja rundingan.

Sehari selepas itu, Trump membidas Merz kerana dilihat seolah-olah menyokong Iran yang memiliki senjata nuklear.

Trump kemudiannya memutuskan Washington sedang mengkaji dan menilai kemungkinan untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Jerman, dengan keputusan akan dibuat dalam tempoh singkat.

Sepanjang kedua-dua penggal pentadbirannya, Trump beberapa kali mengancam untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Jerman dan negara sekutu Eropah lain.

Alasan diberikan Trump ialah beliau mahu Eropah memikul tanggungjawab lebih besar terhadap pertahanan sendiri berbanding bergantung kepada Washington.

Trump kini dilihat tekad mahu menghukum negara sekutu yang gagal menyokong perang terhadap Iran atau menyumbang kepada pasukan pengaman di laluan perairan strategik Selat Hormuz.

Khamis lalu, Trump menyatakan kemungkinan untuk turut membawa keluar tentera AS dari Itali dan Sepanyol susulan bantahan kedua-dua negara terbabit terhadap perang itu.

"Itali tidak banyak membantu kami dan Sepanyol sangat teruk, benar-benar teruk. Jadi, mungkin saya akan lakukan. Mengapa tidak?" kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval.

Sehingga 31 Disember lalu, terdapat 12,662 anggota tentera aktif AS di Itali dan 3,814 di Sepanyol, manakala di Jerman seramai 36,436 anggota. - AFP

DAP DUDUK ONTOK ONTOK


KEK NOGORI

HAL UNDANG DAP

ONTOK ONTOK

DUDUK

AMIN 

Unknown commented on
 "DAP JANGAN CAMPUR HAL ADAT !"

DAP nak ikut peraturan nak ikut undang-undang tetapi Malaysia Boleh ikut adat ikut bangsa ikut agama nanti pakai perlembagaan kalah semuanya kah kah kah baik mereka bergaduh berperang bertikam lidah pakai keris parang kah kah kah DAP duduk tepi perhatikan saja, 

diam diam duduk terbaik kah kah kah yang berpecah-belah yang retak yang asyik bergaduh berlawan kerana kuasa wang kedudukan mereka jadi kena faham mereka nak apa kah kah kah rasuah terpaling hebat mereka, wang terbanyak diperolehi guna agama bangsa mereka kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 2 MEI    2026

PERANG HARI KE 63

GENCATAN SENJATA BERJALAN


HURU HARA BERTERUSAN
Teram gaduh dengan Canselor German – Maka Teram tarik 5000 soldadu Amerika yang  duduk BERTUGAS   di German. 

Teram marah kerana Canselor German Merz kata  Iran berjaya MEMBODOHKAN TERAM – malah Merz kata Teram dah kalah dalam perang kah kah kah. INI BAIK UNTUK DUNIA.

TERAM NAIKKAN  TARIF untuk kereta Eropah masuk ke Amerika – kerana Teram kata Eropah tak jujur dalam hal jual beli barang Amerika kah kah kah.

IRAN
Teram buat Auta Keling lagi – nak serang -  nak  serang TAPI tak berani – kah kah kah

SELAT HORMUZ: Kini Iran ada 140 juta tong minyak sedang belayar  untuk di hantar ke pelanggan -  lu kira sendiri –  satu tong harga 120 dolar – kah kah  kah – 

Kapal Amerika hanya buat gempak – BERLABUH  200 kilometer dari tanah besar Iran – NAK SEKAT APA kah kah kah – Amin.

NEGERI SEBILAN
Petang ini di Jelebu ada himpunan Warih – ini projek NAK JATUHKAN UNDANG SEKARANG – ini projek nak bantu tegakkan Yam Tuan yang telah kena pecat kerana langgar adat.

KRISIS ini belum nampak reda -  Silap silap KERAJAAN TITAH  RUNTUH –TITAH  Yam Di Pertuan untuk teruskan MB yang juga melanggar adat terus jadi MB. Amin

HOKKIEN
Pagi ini basah cerah sejuk. Matahari dah keluar. Cahaya indah – langit biru indah  - KL & KL Sentral berkabus nipis – hujan lebat petang kemarin.

Ha ha – Siti dan Keluarga tunggu di tepi jalan lorong masuk – Pagi ini ramai datang kaman – Tapi tak seramai kemarin.

Siti dan Tak Tak dah jadi Abang Adik – baik berjalan dan mesra – Gua gumbira Tak Tak ada Adik Angkat bernama Siti.

Di Wakaf Pertama Jantan Baik dan  saekor lagi dah menunggu. Tiong Laki Bini pun datang sama – Siti makan atas tangan sama seperti gua layan Tak Tak – semua dapat Friskies. 

Gumbira ialah melihat Warga Hokkien makan. Amin

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke  Pasar – seperti biasa - rutin mingguan. Kali ini nak cari Kayu Resdung di Kedai Ubatan Melayu – resdung gua bikin  gatal hidung dan mata. Amin


BRO
SENYUM 
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Cinta yang indah ialah bila lu jatuh cinta lu jadi lebih baik dan lebih rajin membaca dan berani turun berdemo.

BRO
Jadikan demo budaya kita – kembangkan budaya ini  ke anak cucu  cicit.

BRO
Cinta lu tak dapat lihat – lu rasa dengan hati dan perasaan. Amin

LAKUKAN  SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI