Selasa, 18 Mac 2014

MALAM INI -SATU JEMPUTAN






MALAM INI 
semua dijemput datang
mari kita buat ramai

Dari kawasan lombong timah menjadi bandar besar ,Kuala Lumpur telah mengalami banyak perubahan dan merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam pembentukan negara Malaysia. Keistimewaan bandar ini dilihat dengan bangunan-bangunan sejarah dan perkampungan-perkampungan yg telah wujud ratusan tahun.

Namun begitu, tempat-tempat bersejarah ini telah dilenyapkan sedikit demi sedikit atas nama pembangunan. menyedari permasalahan ini, pembikin filem, Wong Siew Ki bersama anak muda yg lain bekerja bersama menghasilkan satu dokumentari “Warisan” untuk mendokumentasikan usaha-usaha rakyat malaysia mempertahankan warisan anak semua bangsa. 

Dokumentari “Warisan” ini mengandungi cerita dari tiga  bahagian perjuangan, iaitu perjuangan Kampung Bandar Dalam, Kampung Railway dan Jalan Sultan. Dokumentari ini disampaikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Perlancaran dokumentari ini akan diadakan pada:

Tarikh: 18 March 2014 (Selasa)
Masa: 8:30mlm
Tempat: Tingkat 1, KLSCAH

Penganjur: Jawatankuasa Mempertahankan Jalan Sultan, Kelab Bangsar Utama
Panelis: Ishak Surin (Kg. Bandar Dalam), Judy Lam (Jalan Sultan), Tahrini Cecil (Kg. Railway), Wong Siew Ki (Pembikin Filem Dokumentari “Warisan”)

Masuk Percuma, sebarang pertanyaan sila hubungi KLSCAH: 03-2274 6645


---------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiga bahasa Bahasa Melaysia, Inggeris dan Mandarin aje ke? Ini tidak adil!!!!! Bahasa Monggolia apasal tak ada?