Khamis, 12 Februari 2015

LAWAN LAWAN DAN LAWAN







KEPUTUSAN MAHKAMAH 

PERSEKUTUAN TERHADAP KES DSAI


Mahkamah Persekutuan Putrajaya dua hari lalu telah mengekalkan sabitan terhadap DSAI. Hakim Mahkamah juga telah menolak rayuan sabitan bersalah DSAI seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lepas. Satu lagi sejarah hitam negara telah berlaku, mengulangi tragedi sama pernah ditanggung oleh DSAI sebelum ini.

Pakatan Rakyat  (PR) Johor ingin menyatakan kekesalan di atas keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut. Kami menganggap DSAI seorang “prisoner of conscience”.

Kami juga mengecam keputusan Mahkamah yang bersifat politik di mana Institusi Kehakiman telah diperalatkan untuk menghalang DSAI daripada terus membawa perubahan reformasi di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Kepada DSAI, ahli keluarganya dan seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat (PR), semoga kita terus bersabar dan beristiqamah serta meningkatkan azam serta komitmen bagi  meneruskan perjuangan  untuk menegakkan keadilan, demokrasi dan perpaduan seluruh rakyat dalam negara ini.


PAKATAN RAKYAT JOHOR

“SOLIDARITI BERSAMA DSAI”


YB. Hj Aminolhuda Hassan (Pesuruhjaya PAS Johor)        
YB Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)         
Tn. Hj. Hassan Karim (Pengerusi MPN PKR)





--------

Tiada ulasan: