Sabtu, 18 April 2020

HARGA SAYUR NAIK




KITA SESAMA

TIDAK ADA

PILIHAN


Harga sayur naik, pembekal kena Covid-19

KES jangkitan koronavirus dalam kalangan pembekal sayur menyebabkan rantaian bekalan sayuran segar keluaran tempatan terjejas, mengakibatkan harga borong melonjak hingga 15% hingga 30%.

Gangguan bekalan itu berlaku selepas Putrajaya mengenakan kawalan harga bagi beberapa sayuran terpilih dari 15 hingga 18 April.

Presiden Persatuan Pemborong Sayur Chong Tek Keong berkata tujuh ahli dan 17 pekerja warga asing didapati positif  Covid-19 dalam tempoh dua minggu lalu.

Beliau berkata jangkitan itu menyebabkan separuh daripada 216 ahli persatuan dikenakan kuarantin atau operasi digantung kerana bimbang dijangkiti virus itu.

Ahli persatuan itu adalah orang tengah antara petani dan peniaga di semenanjung.

Penularan wabak itu dalam kalangan peniaga menyebabkan pengurangan bekalan sayuran segak ke pasar raya dan kedai runcit, menyebabkan kenaikan harga di seluruh negara, kata Chong.

“Ia bergantung pada jenis sayur, tetapi kenaikan harga borong antara 15% dan 30%.

“Situasi koronavirus di seluruh negara nampak lebih baik dengan lebih ramai pesakit pulih. Tetapi suasana tegang dalam persatuan dan peniagaan sayuran kerana ahli dan pekerja sakit.

“Dua lagi diuji positif pada Khamis dan seorang lagi semalam. Virus itu juga menular dalam kalangan pekerja warga asing,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata kebun masih menghasilkan sayuran, tetapi tidak semua hasil dituai akan sampai kepada peniaga dan pengguna kerana orang tengah dalam rantaian bekalan itu dijangkiti virus.

Kerajaan persekutuan dan tempatan tahu masalah itu, tetapi mereka terperangkap antara memastikan bekalan makanan stabil dengan cuba membendung penularan wabak itu, katanya.

Setakat semalam, 5,251 kes jangkitan dilaporkan dengan 86 kematian.

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masuk fasa ketiga minggu ini, melarang pasar basah dan pasar malam dibuka, di mana sayuran segar dijual.

Jumlah pekerja dibenarkan di dalam kedai juga dihadkan kepada tiga orang.

“Kedai kami terpaksa ditutup tiga kali seminggu untuk kerja pembasmian kuman. Sebelum PKP, pasar borong dibuka tujuh hari seminggu,” kata Chong.

“Jadi dengan tenaga kerja dan hari operasi berkurangan, kami tidak boleh menggerakkan jumlah hasil pengeluaran yang sama seperti biasa. Ini menjejaskan bekalan kepada peniaga.

“Peniaga juga takut untuk datang dan beli daripada kami kerana tidak mahu berjangkit. Jadi, ini adalah tempoh sukar bagi perniagaan ini.”

Putrajaya mengumumkan harga siling bagi 12 makanan ruji dan barang makanan hingga akhir bulan.

Senarai penuh belum dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, tetapi dilaporkan ia termasuk ayam, telur, minyak masak, tomato, kobis, tepung dan ikan kembung. – 18 April, 2020.

Tiada ulasan: