Ahad, 19 April 2020

TAHAP BANGANG MENTERI







KOBID TELAH

MEMBUKTIKAN

MENTERI  DAN

POLITIKUS 

BANGANG

SEMAKIN RAMAI 

Timbalan menteri kesihatan makan kenduri waktu PKP?

SEORANG lagi pemimpin kerajaan Perikatan Nasional menjadi sasaran kemarahan rakyat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkenduri.

Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali menjadi pemimpin dirakam berkenduri dengan puluhan penyokong di sebuah sekolah tahfiz di Perak melalui gambar yang tular hari ini.

Turut hadir di majlis makan tersebut exco Perak yang juga pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria.

Beberapa gambar dimuatkan di Facebook antara lain menunjukkan timbalan menteri itu bersila dengan rapat bersama kumpulan individu tersebut untuk menikmati juadah kenduri “masakan kampung”.

Terdapat juga gambar menunjukkan individu dalam kumpulan tersebut mengangkat pinggan makanan dan menunjukkan isyarat tangan dengan ibu jari terangkat, disyaki kerana kesedapan.

Gambar lain pula menunjukkan Noor Azmi mengagih bantuan secara terus kepada kanak-kanak di sekolah tahfiz tersebut.

Kumpulan gambar berkenaan hari ini didapati dipadam daripada akaun Facebook beliau namun sempat dirakam dan muat semula ke media sosial oleh pengguna.

The Malaysian Insight sedang mendapatkan komen Noor Azmi dan juga daripada polis berhubung penyertaan timbalan menteri tersebut dalam kenduri berkenaan.

Pengguna Twitter mengecam keras timbalan menteri tersebut kerana kenduri berkenaan jelas melanggar PKP – yang melarang sebarang perhimpunan, kenduri dan keraian.

“Kenapa mereka dibenarkan langgar undang-undang? Ada undang-undang berbeza untuk orang elit dan rakyat biasa?” soal seorang pengguna, @bobot34428509.

Seorang lagi pengguna Twitter, @ThisBirdy, cuba meraih perhatian polis di akaun @PDRMsia dengan soalannya “Bagaimana dengan ini? Rakyat patuh PKP, menteri ikngar PKP”

“Awak mahu rakyat hormat?” soal seorang lagi pengguna @Bedah52455067.

Pengguna lain juga cuba merujuk isu itu kepada Kementerian Kesihatan di akaun @KKMPutrajaya, Majlis Keselamatan Negara dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Adakah anda akan berdiam diri dan membiarkan sahaja?” soal pengguna Twitter @kiloalpha1968 yang merangkai Ismail Sabri dan Muhyiddin.

PKP tahap ketiga kini sedang dikuatkuasa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967.

Individu yang melanggar akta berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda RM1,000.

Sejumlah 9,090 orang ditangkap sehingga 15 April lalu hari ini kerana melanggar PKP dan sebahagian besar daripadanya merupakan pesalah kali pertama.

Antaranya, seorang pelajar 18 tahun yang meringkuk seminggu di penjara kerana tidak dapat membayar jaminan RM800 selepas didakwa ingkar PKP di Marang, Terengganu.

Individu itu ditangkap selepas meninggalkan rumahnya untuk membeli sebungkus mee segera.

Dalam satu lagi kes, dua lelaki bergaji harian dijatuhi hukuman penjara apabila tidak dapat membayar denda sebanyak RM1,000 oleh mahkamah kerana melanggar PKP.

Menurut akhbar harian Cina, mereka keluar memancing di kolam untuk mendapatkan makanan tanpa ada niat untuk menjual hasil tangkapan itu.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada 14 April lalu mengancam untuk terus mengambil tindakan keras kerana orang ramai memandang ringan kesalahan itu.

The Malaysian Insight sedang mendapatkan maklum balas pihak berkuasa mengenai kes melibatkan Noor Azmi. – 18 April, 2020.


KALAU KOBID

TAK ADA 

RAKYAT TERUS

 DITIPU OLEH

MALAON2 INI 

NASIB BAik

ADA KOBID

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan ckp je..tangkap...ismail sabri seja dulu lagii mmg takda telur..dia hidup jd pencacai je..suci sb tak ditangkap..kalo cukong kapitalis pun tidak ditangkap ini pulak rakan menteri..punai la..org miskin mmg takda harga..org miskin tak bole beli syurga..tangkap menteri agam juga..byk gambo bukti ada..ada berani ke atau dr zul berani ngaku salah dan dilokap??puihhh la...org agama jual nafsu dan momok..kalo smebab pun gagal hapus akta hasutan..ada berani ke nak sumbat menteri dlm lokap??disaster PN sudah mari..kita tibai ramai2..buat pru..sedia kan sop kkm utk pru..panjangkan tempoh pru..hantu pun susah nak terbang ke pasir mas..

Tanpa Nama berkata...

Bangang memang la BANGANG.Stuju bona ese tu. Tapi raso eh kito laei bangang kalau kito bia kan ditipu idup2. Mati2 kito pecayo MCO la, PKP la... tu sumo nak menghalal caro menyamun siang buto. Anak2 kito makan nasik bungkuih kek kampus tak lopeh balik,malaun tu makan ikan tengalan bakar ko salai?
Tak soda yo laei, tak tahu la.... Atok.. atok mano atok nak tanyo ni...polak cam ni bona kelakuan mangga berayun ni Tok? San eh abam pun samo.....

Tanpa Nama berkata...

baru angkat jadik exco perak dah perasan kebal... ]
teringin nak f**k his wife in heaven. di syurga semua permintaan dimakbul kan?

yeop_sepet berkata...

Camnie punyer musibat punyer malaun.

Tanpa Nama berkata...

Gambar2 gelandamgan2 sedang diberi maka ln kot. Dah 13 hari tak makan tu. Lauk2 pun hanya sardin kicap maggi beras hancur dengan air suam aje.