Sabtu, 25 Julai 2020

PROJEK JATUHKAN SHAFIE GAGAL




PROJEK TEMBAK

AFDAL  MELESET

GAGAL

TAPI AWAS


Kerajaan Sabah tidak goyah, kata Warisan

PENGERUSI Tetap Warisan Liew Vui Keong memberi jaminan kerajaan Sabah tidak akan bertukar tangan meskipun terdapat laporan mengenai cubaan membeli wakil rakyat negeri itu.

Liew memberitahu The Malaysian Insight, Warisan bersama Upko dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) masih menguasai DUN Sabah dan tiada keperluan untuk wakil rakyat melompat parti.

“Kerajaan negeri Sabah kukuh,” kata bekas menteri undang-undang itu menerusi webinar yangg dihoskan The Malaysian Insight.

Beliau mengulas laporan berita mengenai beberapa wakil rakyat Warisan dipujuk untuk melompat parti atau menyokong Perikatan Nasional (PN).

Paling baru membabitkan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majlis, yang membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa cuba memujuknya menyokong PN. Perkara tersebut didedahkan Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) di Dewan Rakyat dua hari lalu.

Terdapat khabar angin bahawa kerajaan negeri Sabah di bawah Warisan akan jatuh ke tangan PN selepas beberapa Adun bersetuju untuk melompat parti.

Menurut sumber sekurang-kurangnya 14 Adun setuju untuk berpaling tadah.

Daripada 65 kerusi DUN Sabah, Warisan mempunyai 33 wakil rakyat tambah lima Adun lantikan, manakala Upko (2), DAP (6) dan PKR (2).

Secara keseluruhan, pentadbiran Warisan menguasai 48 kerusi.

Gabungan Bersatu Sabah pula pegang lapan kerusi, Barisan Nasional (1) dan Adun bebas (2). 

“Daripada 17 Adun Umno Sabah, semuanya sudah keluar parti kecuali Sg Sibuga, bekas ketua menteri Musa Aman,” kata Liew.

“Lagi 16 masuk sama ada Warisan atau Bersatu.

“Parti pemerintah sekarang ini pegang dua pertiga kerusi dalam DUN, jadi kerajaan Sabah kukuh.” 

Felo Kanan Institut Perhubungan Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun percaya walaupun Sabah ada sejarah ahli politik melompat parti, tidak mungkin ramai wakil rakyat akan berbuat demikian pada masa yang sama.

“Sekiranya ada wakil rakyat Warisan atau PH mahu berpaling tadah, mereka akan berdepan masalah kem mana yang hendak dipilih; kem Umno pimpinan bekas ketua menteri Musa Aman atau kem yang diketuai Ketua Penyelaras Bersatu negeri Hajiji Mohd Noor.”

Oh berkata Umno dan Bersatu di Sabah belum memutuskan antara mereka siapa yang harus jadi ketua.

“Mereka perlu selesaikan isu ini terlebih dahulu sebelum pujuk wakil rakyat untuk berpihak kepada siapa,” katanya pada webinar.

Liew berkata Warisan dan PH masih parti pemerintah di Sabah, jadi tiada “alasan” untuk Adun menyertai gabungan yang masih belum membentuk kerajaan negeri.

“Ada risiko bagi mereka yang hendak keluar kerana tidak banyak yang boleh ditawarkan kerajaan (persekutuan) sekarang yang dipimpin Muhyiddin Yassin. 

“Kalau kerajaan persekutuan tumbang sekali lagi, ahli politik Sabah yang sudah keluar tadi hendak ke mana.”

Tambah Liew, beliau terkilan kerajaan PH tidak sempat menggubal undang-undang anti lompat parti seperti yang dijanjikan. Kerajaan PH sebelum ini dijadual untuk membentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen awal bulan ini, katanya.

“Bagaimanapun, selepas perubahan kerajaan, RUU itu tak dapat dibentangkan. Saya berharap menteri undang-undang sekarang dapat melaksanakannya.” – 25 Julai, 2020.   


AWAS APA NI?

AWAS

FULUSS SI KOM

EN KUNTUM

TAK MALUUUN

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak lama lagi kena Bedal lah tu!!!

Unknown berkata...

Klu melompat jgn bingung.. .Ikut saja parti yg baru dijenamakan oleh Mantan geng2 umnobn ...Parti Pura-Pura Ada Kesedaran Sabah@PUKAS...sanalah kamurang bersinta. .. .kikikikiki...